konsert "SATU" siti nurhaliza















gambar perkahwinan nikki














kredit:mstar

Maya akhirnya sah isteri kerabat

Hanya dengan sekali lafaz, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38 dan Maya kini sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Darul Ehsan, Ampang, selepas Asar, hari ini (Jumaat).

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Darul Ehsan, Muhamad Khairi Hussein manakala abang sulung Maya, Harris Faizal Ruslee bertindak selaku wali pengantin perempuan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran antaranya al-quran, telekung, cincin dan kasut serta dibalas sebanyak sembilan dulang hantaran termasuklah kereta kawalan jauh, kasut, kemeja, wangian, cincin dan tali pinggang.

Maya turut menerima mas kahwin sebanyak RM80 tetapi pelakon dan penyanyi itu bagaimanapun ingin merahsiakan wang hantaran yang diterimanya.

Majlis bersejarah pasangan itu telah disaksikan oleh kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah rakan-rakan artis seperti Nadia Mustafa, Sharifah Zarina, Haiza, Ida Moin, Jaafar Onn, Haziq dan Den Wahab.

Maya yang ditemui sejurus berakhirnya majlis itu memanjatkan rasa syukur setelah hubungan cinta yang terjalin itu akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan.

kredit:mstar

Sharifah Aleya selamat lahirkan kembar perempuan

Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26 selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi tadi di sebuah hospital kerajaan.

Leya yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa syukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya.

“Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi.

“Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar,” luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Leya yang bersalin tiga minggu awal ini berkata dia belum dapat memberitahu nama dua orang puteri kembarnya itu.

“Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi,” jelas Leya.

Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, “Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu.”

kredit:mstar

Amelina diusir dari rumah sewa

Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu

AWAL minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

"Perintah mahkamah sudah menetapkan mereka perlu melangsaikan semua tunggakan sewa mereka dalam masa dua minggu, kalau mereka masih gagal juga, kesemua harta mereka akan dirampas." jelas Madhavankutty.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang 'Datuk' telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.

"Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.

"Salah satu cek yang dikeluarkan kepada anak guam (K. Madhavankutty) semasa berpindah masuk ke rumah ini adalah cek tendang," dakwa Andrew.

Menurut Andrew, mereka terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah tersebut walaupun puas membunyikan loceng rumah itu, sehinggalah suami penyewa rumah itu datang bersama seorang peguam.

"Bila suami dia sampai baru isteri dia buka pintu dan pada masa itu juga saya terperanjat dan kenal yang isteri dia ialah Amelina," kata Madhavankutty yang juga pemilik itu.

Kata Madhavankutty, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin lengkap berpakaian tudung dan berjubah ketika ditemui pada hari penyanyi dan suaminya itu diusir dari kediaman tersebut.

Menurutnya lagi, pasangan ini bukan sahaja tidak membayar sewa rumah tersebut, bil elektrik dan air juga tertunggak dan jumlahnya telah menjangkau lebih RM 2 ribu.

"Saya tak tahu apa yang mereka buat, saya pernah menyuruh kontraktor TNB untuk potong elektrik di rumah tersebut, tetapi suami Amelina telah mengamuk dan mengancam untuk menembak semua orang.

"Jadi pada hari yang saya datang dengan pegawai-pegawai TNB dan Syabas, mereka masing-masing datang bersama polis bantuan yang lengkap bersenjata untuk mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Elektrik dan air dirumah tersebut telah dipotong pada hari tersebut juga," dakwanya lagi.

Kata Madhavankutty, dia membuat laporan itu bagi memastikan dia tidak kerugian apa-apa dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya buat laporan polis sebab saya takut bila mereka pindah, mereka akan ambil semua barang-barang saya yang ada di dalam rumah itu dan saya takut juga kalau-kalau mereka akan rosakkan barang-barang saya." kata pemilik rumah ini.

Menurut cerita Madhavankutty juga, jiran-jiran ada memberitahunya bahawa setiap petang mereka kerap mendengar Amelina menangis.

"Pernah jiran beritahu saya, dia terdengar bunyi seperti Amelina menangis. Malah suami Amelina pernah memarahi jiran tersebut kerana keluar berjalan bersama Amelina.

"Jiran juga ada beritahu saya, yang Amelina sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang ke-7," tambahnya lagi.

kredit:mstar

ako bakal bergelar bapa



“Saya ada berita baik untuk dikongsi bersama peminat di luar sana. Sekarang ini isteri saya, Tina telah pun hamil tiga bulan dan jika semuanya selamat, hujung tahun ini saya akan bergelar bapa. Saya memang tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Tidak kisahlah dapat anak perempuan atau lelaki, yang penting baby itu nanti sihat. Dengan masa yang banyak terluang sekarang ini, saya dan Tina sama-sama belajar cara untuk menjaga kandungan. Maklumlah, ini kelahiran anak pertama.”

kredit:gua.com.my

Hunny Madu sudah bertunang

Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Hatim merupakan DJ Fly FM. Pada usia 25 tahun, akhirnya dia telah bertunang pada 13 Jun 2009 dengan jejaka pilihan hatinya bernama Khairul Azhar Abdul Wahid berusia 34 tahun. Perkenalan singkat selama 10 bulan bakal menyaksikan pasangan ini berkahwin pada tahun hadapan.

dina seksi?...

Sekitar rakaman video muzik Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta








Rossa takut bergelar janda



Rossa dan suaminya Yoyok sudah setahun tidak tinggal sebumbung. Rossa juga terbuka mendedahkan statusnya yang tergantung tidak bertali. Namun dia tidak memikirkan pasal perceraian.


"Tidak saya belum lagi memfailkan perceraian," kata Rossa pasal kesudahan rumah tangganya kepada media Malaysia dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur 22 Jun lalu.

Rossa mengakui dia sebenarnya takut untuk bergelar janda kerana bimbang pandangan negatif masyarakat terhadap wanita yang memegang status itu, lebih-lebih lagi seorang selebriti sepertinya

Namun dia pasrah sekiranya suatu hari nanti rumah tangganya berkesudahan macam itu dan akan memastikan dirinya kuat menghadapinya apabila detik itu datang dan tidak akan mempedulikan apa yang orang nak kata.

"Walaupun saya terbuka membicarakan pasal status saya, tapi saya masih menyimpan masalah yang kami lalui. Biarlah hanya kami sahaja yang tahu apa masalah di antara kami. Saya sebenarnya masih cintakan Yoyok dan kami masih berjumpa.

"Kami ada anak dan kami tidak mahu anak kami menjadi mangsa masalah yang kami lalui," kata Rossa yang turut ditemani ibu dan anaknya Rizky Ramadhan sepanjang seminggu di Malaysia

kredit:mangga online

Aizat cium maknyah?


Aizat kena cium mak nyah? Jangan terkejut... Aizat kena denda mencium pengacara program Suria FM Together-gether Bersama Media di Hotel Concorde pada 19 Jun lalu sebab dia tersalah menyebut nama stesen radio lain semasa di atas pentas.

Pengacara lelaki yang berpakain wanita dengan menggunakan nama Puteri itu terus keluar dari belakang pentas dan mendenda Aizat.

"Saya mintak maaf dan saya sedia melakukan apa sahaja sebagai denda," kata Aizat kepada Puteri.

Puteri dengan selamba menyuiruh Aizat mencium pipinya sebagai denda itu. Nak buat macam mana... sebab sudah janji sanggupp lakukan apa sahaja, maka Aizat pun kenalah cium pipi Puteri.

kredit:mangga online

gambar terbaru family Dr.Fazley

kredit:murai.com.my

Hairi Tewaskan Mai

Bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan teater, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi, akhirnya berjaya memikat hati penonton dengan menewaskan Maisarah Sojangi, 19; atau Mai, dalam saingan ketiga Anak Wayang

Hairi mendapat AWUNDI sebanyak 52% manakala Mai pula hanya meraih undian sebanyak 48%. Hairi yang ditemui pada sidang media siang berkata dia sangat terkejut dan tidak menyangka dengan keputusan ini.

kredit:murai.com.my