kekasih Burn

Ketika menghadiri Konsert Jelajah 11 Era Bersama Perodua di Shah Alam, baru-baru ini, satu-satunya penyampai radio ERA berbangsa India, Burn, 27, membuat kejutan apabila telah mendedahkan kekasih barunya di khalayak ramai.

Burn yang datang bersama gadis yang berbangsa Melayu itu tidak lagi berahsia mengenai hubungan mereka. Burn akui gadis yang bernama Sabrina itu adalah kekasihnya sekarang.

Difahamkan, Sabrina, 22, masih lagi menuntut dalam jurusan undang-undang di Kolej Brickfields dan berasal dari Kuala Lumpur. Menarik juga kerana walaupun mereka baru saja berkenalan tetapi sudah pun declare sebagai pasangan kekasih.

kredit: murai.com.my

0 comments:

Post a Comment