seksinya Akma Hisyam













Pelakon Di Bawah Ketiak Isteri, Akma Hisyam atau nama penuhnya Maizatul Akma Hidayathullah Sahib atau juga dikenali sebagai Klon Teja kelihaan lebih seksi dari aksinya di dalam drama bersiri itu. Mana taknya, dalam drama itu, dia berlakon sebagai isteri yang pada normalnya akan berpakaian seperti isteri-isteri biasa di alam kehidupan sebenar.

Ramli MS juga menyumbang untuk Gaza..




Ramli antara selebriti yang terbabit menyahut usaha yang dikelolakan akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mewujudkan Tabung NSTP Untuk Gaza.

Sebanyak 12 koleksi miliknya iaitu jaket, kemeja, seluar jeans, semburan pewangi badan, tali pinggang dan tali leher akan dilelong dengan harga yang cukup istimewa dan munasabah.

Jika ada yang ingin memiliki sepasang sut jenama Hugo Boss yang hanya dipakainya selama tiga jam sewaktu Anugerah Era berlangsung beberapa tahun lalu dan dibeli dengan harga mencecah empat angka tetapi akan dibida dengan harga permulaan dari RM500 hingga ke RM600. Kebanyakan koleksinya ini dibeli di Paris dan London. Ada antaranya koleksi yang dibelinya sejak 20 tahun lalu, malah ada yang hanya dipakai sekali saja.

Menurut Ramli, 100 peratus keuntungan lelongan akan disalurkan ke tabung terbabit. Malah apabila melihat sambutan deretan nama selebriti yang menyatakan persetujuan untuk turut terbabit di dalam karnival ini, Ramli meluahkan rasa gembira dan bersedia untuk memberi sokongan.

Apa yang dianjurkan NSTP ini satu perkara yang bagus dan pembabitan artis menunjukkan kepekaan dan keprihatinan selebriti tempatan terhadap kemelut kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin. Kita sama-sama akan membuat kebajikan (hari ini). Kalau nak menderma sekalipun biarlah setulus hati dan tidak terbit langsung kekesalan untuk saya 'mengorbankan' barangan ini semua. Lagipun, ia untuk tujuan baik dan tidak salah saya melelong barang yang masih elok untuk dipakai

Barangan lelongan Ramli MS


•Kemeja berkolar Hugo Boss dan kemeja T berlengan panjang, Armand Basi dilelong pada harga permulaan RM150.
•Dua pasang jeans jenama Paul Smith dan Aigner akan dilelong pada harga permulaan RM450 setiap satu.
•Jaket Christian Dior dan Zegna, kedua-duanya dibida dengan harga permulaan RM350 dan bersaiz 50
•Sepasang sut denim Hugo Boss dilelong pada harga permulaan sekitar RM500 hingga ke RM600
•Set pewangi Estee Lauder dan Clinique masing-masing dijual pada harga RM150
•Tali pinggang Prada dan Gucci boleh dengan harga bidaan RM550 dan bersaiz 85
•Tali leher Hermes pula dilelong pada harga permulaan RM400

Menarik ABPBH 2008 Untuk Gaza


•Selain lelongan dan jualan amal, turut dilakukan sesi bergambar bersama artis dikenakan bayaran berpatutan dan persembahan artis popular. Setiap bayaran dimasukkan terus ke Tabung NSTP Untuk Gaza.
•Anita Sarawak melelong dan menjual pakaian yang pernah dipakainya sewaktu membuat persembahan pentas dan menghadiri acara hiburan.
•Pelakon Sherry Ibrahim menjual biskut dan setiap RM2 daripada jualan akan disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza.
•Chef Wan akan menjual buku masakan, kek, mi segera Cintan dan kari ayam di dalam tin, Ayamas
•Pasangan suami isteri, Erra Fazira dan Engku Emran masing-masing akan melelong beg kantung Christian Dior dan jaket denim Levis.
•Alyah akan menjual koleksi cenderahati yang akan dibelinya sewaktu bercuti.
•Dia Fadila pula melelong dua pasang kasut jenama Adidas dan Kickers serta tas tangan Guess dan kemeja United Benetton.
•Aznil Nawawi melelong satu baju yang pernah dipakai sewaktu Anugerah Skrin

kredit: bharian

penampilan baru Azean Irdawaty - bertudung







penampilan baru Azean Irdawaty - bertudung, nampak ayu dan sopan.
Azean menyertai Karnival Jualan Lelong Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH) 2008 Untuk Gaza di Amcorp Mall hari ini.
kredit: budiey.com

lelongan baju dato' siti nurhaliza















Dato Siti Nurhaliza telah melelong dua helai baju kesayangannya kepada dua orang peminat yang membida sehingga ke angka RM500 di Karnival jualan amal dan lelong Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 Untuk Gaza .
Dato’ Siti Nurhaliza begitu gembira dengan sambutan dan diharapkan sumbangannya dapat meringankan penderitaan rakyat di bumi Gaza.
kredit:budiey.com

siti dan selendangnya..











fauziah latif dan anaknya

KEMUNCULAN FAIRUZ SELAMAT



Mohd Fairus Selamat dilahirkan pada 23 Mei 1985. Artis berbintang Gemini ini memberanikan diri untuk kembali ke dunia seni selepas lama mendiamkan diri. Dahulunya beliau merupakan vokalis untuk kumpulan Q-FACE. Namun jodoh beliau dengan Q-FACE tidak panjang. Beliau meneruskan perjuangannya dengan kumpulan ANTZ pula. Kini beliau ingin dikenali sebagai FAIRUZ SELAMAT.

Muncul sebagai artis solo merupakan percubaan terbaru untuk beliau terus di kenali dalam dunia seni Malaysia ini. Harapan awal beliau ialah dapat dikenali dan kekalkan nama sebaris penyanyi solo yang sedia ada seperti Jamal Abdillah, Anuar Zain, Hazami, M.Nasir dan angkatan baru seperti Imran Ajmain, Aliff Aziz, Dafi, Aizat dan Faizal Tahir.

Single pertama Ku Undur Cinta ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Norulhisyam. Single kedua iaitu Palsu adalah ciptaan Gnola dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Single kedua ini dijangka hits. Single ketiga ialah Alahai Sayang berentak Etnik Kreatif dan ia adalah edisi istimewa untuk album ini. Single terakhir ialah Cinta Tak Sehalun ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Siso. Dirakam kembali dalam bentuk okestra.

Album ini dijangka keluar di pasaran pada akhir Februari atau awal Mac. Kepada mereka yang merindui kumpulan ANTZ dan Q-FACE bolehlah dapatkan album ini tak lama lagi.

Nubhan Sanggup Dirinya Dilelong


Idea ini sebenarnya datang daripada pengurus Nubhan sendiri, Vernon Kedit. Kata Vernon, selalunya orang nak lelong baju, gaun, kasut dan aksesori tetapi demi satu kelainan, dia mahu memberikan peluang kepada peminat Nubhan untuk 'membeli' Nubhan dengan harga paling tinggi.

Kemudian, untuk tempoh beberapa lama, mereka boleh membuat apa saja kepada Nubhan kecuali sesuatu perbuatan yang di luar batasan kemanusiaan atau dianggap melampau. Itulah komitmen Nubhan demi membantu Tabung NSTP Untuk Gaza.

"Sesiapa yang menawarkan Nubhan dengan 'harga' yang paling tinggi, dia akan mampu meluangkan masa bersama Nubhan untuk beberapa ketika pada satu tarikh yang sesuai kelak. Tapi janganlah suruh dia buat kerja-kerja yang berat atau 'mendera' Nubhan sebab dia pun baru pulih daripada sakit belakangnya.


Acara lelong itu akan berlangsung esok, Sabtu, 31 Januari di Amcorp Mall, Petaling Jaya antara jam 10 pagi hingga 6 petang. Bagaimanapun kata Vernon pada hari itu, hanya gambar besar Nubhan yang menjadi pengganti diri untuk acara lelongan kerana kebetulan Nubhan berada di Kota Kinabalu untuk menjayakan konsert uji bakat Akademi Fantasia 7 (AF7).

Azwan Ali umum sertai ujibakat AF7



Ini adalah kenyataan daripada blog kepunyaan selebriti kontroversi, iaitu Azwan Ali. Azwan Ali menyatakan dia akan menyertai uji bakat Akademi Fantasia (AF7) yang diadakan di Johor Bahru. Katanya lagi, dia sudah menempah tiket bas ke sana, tidak lupa juga mengingatkan peminat bahawa beg LV miliknya adalah original.

Azwan Ali berpendapat, kalau Mama Rina yang mempunyai 2 cucu pun mampu bertahan hingga minggu ke 6, ini kan pula status dia sebagai selebriti popular tanah air. Dia juga amat optimis akan terpilih menjadi finalis AF7, kerana dirinya anggun serta mempunyai suara seperti Jamal Abdillah.

Luahan hati AC Mizal about kes nafkah anak...



berikut adalah luahan rasa AC Mizal tentang kes nafkah anaknya di face book ac...

"ok sekarang i nak share dengan u all pasal kes yg dah bertahun menghantui i.KES NAFKAH ANAK.kat sini i nak share yg i ada bukti bank slip n buku bank anak i dulu yg emylia masukkan duit every month.Tu sebabnya baru-baru ni my EX WIFE GAGAL MEMENJARAKAN I DI MAHKAMAH!The reason i senyap bcoz tak nak mengaibkan sesiapa n tak anak jadi mangsa.

And at the moment i tengah fight utk dapatkan dua dua anak i yg dulu...so kepada ada yg mengata i ttg kes TAK BAGI NAFKAH NI...alhamdullilah i ucapkan sebab bagi pahala u all kat i...yg understand the situation tq for the support.Ibukan tak nak atau lupa dgn anak dulu TETAPT DI HALANG BERJUMPA DENGAN MEREKA!HP yg i beli pun tak berjawab.And ramai tak tahu yg my EX WIFE dah kahwin lain selepas bercerai dgn i dan bercerai lagi...ok u all fikir sendiri siapa betul n siapa salah!Hanya pesan i TUHAN TAHU SIAPA BETUL,SIAPA SALAH....ALHAMDULLILAH!"

"tak de lah i kesian my wife emylia,tak pasal pasal dia kena tempias,every month dia yg masukkan duit nafkah but the other party cakap tak ada,even on hari raya emy masukkan 1000k,but the next week ,keluar article my ex wife ckp tak bagi..tapi kita tetap sabar .Tuhan akan tunjukkan nanti siapa betul siapa salah...hanya mcm i ckp i tak nak mengaibkan walaupun sebenarnya i blh saman malu,sebab kenyataan tak benar.Tq for ur support guys,it was a long 8 years,jaga mahkamah pun dah kenal i....ada parking spot lagi...punyalah lama!"

"Doakan utk i...sebab tengah fight utk dapatkan anak....sebenarnya i tak dapat jumpa anak i dah 2 tahun....!I hope u all will understand kenapa i luahkan perasaan ni sebab reporter tak minat nak tulis pasal i,they r more interested in condeming me..tapi tak pe i tawakal je!tq again guys!"

kita tunggu saja lah keputusan mahkamah, masa t ubaru kita tahu siapa yang betul...siapa yang salah...

Saman Amy Search dibatal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan penyanyi Amy Search untuk membatalkan saman terhadapnya berhubung dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak melecur terkena tom yam panas di Restoran Cheng Ho yang dia mempunyai kepentingan.

Hakim Sabariah Othman membatalkan saman dan tuntutan itu dengan kos setelah mendengar hujah peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili Amy, dan peguam Adnan Seman, bagi pihak plaintif. Ahmad Zaharil dalam hujahnya berkata Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu dalam tuntutan itu kerana pemilik sebenar bagi restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd.

kredit:hmetro

Nabila enggan ikut jejak langkah Amy Search?

LAGU 'X-Ray' nyanyian anak perempuan kepada rocker terkenal tanahair, Amy Search ini saban hari semakin kerap diputarkan di radio-radio. Tidak dinafikan, lagu yang 'catchy' ciptaan sepenuhnya oleh Edry Hashim itu cukup sesuai dengan 'jiwa' Nabila Huda.

Meskipun lagu tersebut makin mendapat tempat di hati ramai peminat muzik tempatan, populariti yang diraih oleh lagu itu nyata mengejutkan tuan empunya diri, apatah lagi Nabila sendiri tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi agar lagu 'X-Ray' itu berjaya mencuri tumpuan ramai.

"Lagu single itu memang sudah lama saya rakamkan. Rasanya lima bulan sebelum saya berkahwin. Itu pun atas cadangan Papa. Kebetulan pula saya memang minat menyanyi, jadi saya 'try' sajalah.

"Tapi memang tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk hasilkan album penuh. Saya tidak bersedia ikut jejak langkah Papa bergelar penyanyi walaupun dia sendiri cukup 'supportive'," kata pelakon berusia 24 tahun ini.

"Setakat diundang untuk buat 'show', saya rasa tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi apapun, bidang lakonan tetap menjadi keutamaan saya," kata Nabila.

Roda Impian musim baru

Pelakon Fauziah Ghous bertindak sebagai gadis pembuka kotak dalam gameshow Roda Impian.





Kieran dan Fauziah Ghous bergandingan buat kali pertama sebagai host Roda Impian musim terbaru.

“Roda Impian telah pun menjalani rakaman bermula pada 10 Januari yang lalu. Setiap minggu, ada tema yang berlainan akan ditampilkan seperti minggu selebriti, penyampai radio, personaliti TV3, Hari Ibu dan Anak, Hari Bapa dan Anak, Selebriti Kanak-kanak dan Ulang Tahun TV3 yang ke-25,” ujarnya.

Bagi penonton di rumah jangan lupa saksikan gelagat dan telatah artis kesayangan mereka menjadi peserta Roda Impian seperti Lydia Ibtisam, Kartina Aziz, Shamsul Ghau Ghau, Naz, Azhar Sulaiman, Zizan Nin, Maria Tunku Sabri, Farah Wahida, Awal Ashaari, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Nora: "Saya bahagia dengan Rayqal"

Pelakon jelita, Nora Danish akui hidupnya kini lebih terisi setelah kehadiran cahaya mata pertamanya, Putera Rayqal Ramli, yang selamat dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.

Walaupun ketika itu dia mengambil keputusan untuk 'mendiamkan' diri dan enggan mendedahkan kisah kelahiran bayi lelaki itu, Nora menjelaskan, semua itu dilakukannya kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu baik.

"Sebenarnya, ketika itu saya masih 'trauma' sejak melahirkan Rayqal. Saya bersalin secara normal, tetapi hampir tujuh jam juga saya bertarung nyawa sebelum bersalin.

"Hidup saya kini juga lebih bahagia dengan kehadiran Rayqal. Seronok sebenarnya mempunyai anak sendiri. Hilang kesakitan yang dialami ketika bersalin dulu bila lihat wajahnya," tutur Nora yang selamat melahirkan bayi comel seberat 3.05 kg itu pada jam 11.50 malam.

Enggan berbicara tentang 'episod' lama itu, kata Nora, dia ingin menjalani hidup baru sambil 'ditemani' Rayqal. Malah, tutur pelakon berusia 26 tahun ini, hubungannya bersama bekas suami juga masih baik.

"Rizal sendiri ada bersama dengan saya ketika di dalam bilik bersalin dan bersama-sama menyambut kelahiran Rayqal. Malah, nama bayi ini juga kami yang pilih bersama.
"Dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa. Kerap juga dia datang melawat. Malah, ibu mertua saya juga hampir setiap hari akan datang melawat saya dan 'baby'.

"Tak mahulah cakap tentang perkara itu. Bagi saya, sekarang ini saya hanya mahu fokus pada anak saya dan karier lakonan," ujarnya ringkas.

Kata Nora lagi, dia juga akan kembali aktif dalam bidang lakonan setelah tamat pantang nanti. Projek pertamanya ialah sitkom Puteri yang akan memasuki musim ke-11.

kredit:mstar

Elyana terkena buatan orang?









TIGA minggu berdiet, berat dan bentuk badan Erneelya Elyana Emrizal, 22, atau Elyana, sedikit pun tidak berubah. Bahkan, semakin hari dia dapati badannya terus mengembang dan perutnya buncit.
Perubahan fizikal mendadak itu serta emosi yang sering terganggu mengundang tanggapan yang bukan-bukan kepada mereka yang rapat dengannya. Ada yang menyangka dia berbadan dua.Akhirnya rahsia penyakit misteri Elyana terbongkar selepas dia menyuarakan kepada seorang teman yang mengalami penyakit sama.
Seperti hendak gugur jantungnya apabila dimaklumkan terkena buatan orang sewaktu mendapatkan rawatan tradisional di Kuala Lumpur dan penyakit misteri yang dialaminya itu dipercayai busung.

"Masa berubat, orang yang merawat saya itu memaklumkan orang yang melakukan perkara itu kawan saya sendiri. Tetapi saya kurang percaya pada amalan sebegini tambah pada zaman moden ini. "Saya tidak sangka masih ada yang mengamalkannya dan lebih mengejutkan, orang yang dimaksudkan kawan sendiri.
Tetapi saya nampak perubahan pada dirinya sejak saya sakit cuma saya tidak pernah bertanya dengannya. "Bagaimanapun, saya tidak marah atau berdendam dengannya walaupun perbuatannya itu kesalahan besar di sisi agama."Saya reda dan minta maaf kepada semua jika ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung perasaan mereka," katanya.

Mungkin sahabatnya itu ada alasan berbuat demikian. Namun, apa yang dikesalkan akibat perbuatan itu bukan saja menjejaskan kesihatan dan kerjaya seni, tetapi juga mengeruhkan hubungannya dengan keluarga.

"Saya tidak sedar perubahan pada diri, tetapi ramai perasaan terutama keluarga dan kawan rapat. Sejak terkena penyakit itu, saya sering menyendiri dan panas baran sehingga mereka yang tidak bersalah pun jadi mangsa amukan saya."Selalunya ahli keluarga menjadi tempat melepaskan amarah.

Malah, saya jadi malas bekerja, sering pening dan sakit perut sampaikan persembahan yang sudah dipersetujui terpaksa dibatalkan saat akhir," katanya.Mengakui keadaannya semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional, Elyana kembali semangat untuk bekerja.

kemesraan antara danny x-factor dan ana alisha













betul ke diaorg ni couple?...atau teman tapi mesra?...
ape-ape pn...cute couple...

Linda: "Kami saling melengkapi!"








Kehadiran Linda di Habib tidak ditemani oleh Que sebaliknya rakan setugasnya, Zuhana yang hadir kerana bakal suaminya itu sedang sibuk di lokasi pengambaran.
Que, seorang pelakon popular dan berbakat yang pastinya sentiasa menjadi perhatian umum.
Sambil memperhalusi pengalaman yang bakal dilalui oleh setiap pasangan artis yang mendirikan rumah tangga, Linda juga cuba membuang jauh-jauh perasaan cemburu buta terhadap Que.

"Saya rasa buang masa sahaja kalau nak terlalu cemburu buta. Setakat ini, saya masih dapat mengawal situasi tersebut.

"Tipulah kalau katakan yang saya tidak mempunyai perasaan cemburu tetapi tidaklah sampai tahap cemburu buta.

"Katakanlah jika suatu hari nanti saya betul-betul serius cemburu dan meragui sikap Que, sikap itu datang dari gerak hati saya.

"Kita akan dapat rasa sama ada melalui perlakuan dia terhadap kita. Kalau dia bersalah, kita dapat rasa yang perasaannya terhadap kita sudah hilang.

"Saya pernah mendengar melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 di mana salah seorang penceramah itu berkata seseorang wanita itu mesti mempunyai naluri," ujar guru tari dalam program realiti Akademi Fantasi ini.

"Dulu, saya tidak mempunyai sikap timbang rasa, terlalu ‘control’ dan cerewet tetapi sekarang saya sudah berubah.

"Saya selalu banyak sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan," jelasnya yang berubah bukan disebabkan Que tetapi diri-sendiri yang ingin mengubahnya demi mengeratkan perhubungan masing-masing.

Tambah Linda, untuk berubah, beliau tidak boleh bergantung kepada pasangannya semata-mata tetapi perubahan itu perlu berlandaskan usaha murni antara satu sama lain.
Yang jelas disebalik usia bakal suaminya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya itu, Linda berkata sikap matang Que menyenangi dirinya.

"Que bukan jenis malas. Dia terima diri saya seadanya. Walaupun dia lebih muda, tetapi dia lebih matang daripada saya.

"Saya akui yang saya ini mempunyai perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi, hubungan kami boleh dianggap saling melengkapi antara satu sama lain.
kredit:mstar

Habib Jewels taja lebih RM3 juta aksesori kahwin Linda Jasmine

Keunikan tiara berharga RM156,395 yang diperbuat dari South Sea Pearls akan digayakan oleh Linda Jasmine ketika acara memotong kek.















Set persandingan (safir biru dan berlian)berupa rantai berharga RM2.35 juta, anting-anting: RM629,000, gelang: RM74,800, cincin: RM21,000 digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine


Akad nikah
Anting-anting: RM127, 830
Gelang: RM165,000


Persandingan (Set safir biru dan berlian)
Rantai: RM2.35 juta
Anting-anting: RM629,000
Gelang: RM74,800
Cincin: RM21,000

Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
Tiara: RM156,395
Anting-anting: RM88,325

"Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput," beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari Amerika Syarikat semasa majlis itu nanti.

Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.
Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikan oleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea, Farhan dan Riz.