Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka.
Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.
Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing
kredit:mstar
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dijangka akan bersalin hari ini setelah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi.
Primadona filem Melayu ini telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.04 kg yang di beri nama engku aleesya tanpa sebarang masalah. Di fahamkan bahawa Erra Fazira yang memilih nama anaknya ini kerana nama itu lembut dan sedap didengar selain maksudnya ‘yang dilindungi’.
“Saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir dan selamat melahirkan Aleesya. Saya tak sangka berat Aleesya adalah 4.04 kg dan melahirkannya secara normal,” luah Erra ketika dihubungi tadi.
Erra bersalin secara normal dengan dibantu oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist, Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih olehnya sendiri.
Jelas Erra, tipulah jika dia katakan tidak sakit dan mudah untuk bersalin.
Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang Erra untuk menambah anak lagi selepas ini.
“Saya tak kisah untuk mempunyai anak lagi tetapi biarlah Aleesya besar sedikit dalam masa setahun lagi.
"Kalau boleh biarlah Aleesya ada pasangan untuk bermain,” beritahunya yang dijangka akan mula bekerja pada Jun depan.
Sementara itu, Erra juga berharap agar semua pihak bersabar untuk melihat wajah Aleesya yang akan ditunjuk semasa majlis cukur jambulnya nanti.
“Saya menghormati semua orang dan mahu bersikap adil, jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat sekali. Tetapi, kalau kawan-kawan terdekat nak tengok, saya tak kisah jika mereka nak datang melawat,” jelas Erra yang lebih gemar jika Aleesya memanggilnya 'mum'.
Rini tidak keseorangan, sebaliknya pemergiannya turut diiringi oleh peserta lelaki, Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24, selepas mendapat markah tercorot iaitu 5 peratus manakala Rini ditangga ke-12 dengan undian 6 peratus.
Dalam minggu bertemakan lagu 80-an ini, Rini menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal oleh Seha Freedom manakala Obri menyampaikan lagu Abang Beca (Broery Marantika).
Rini berkata, walaupun dia terkeluar, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan yang terbaik dalam konsert minggu ketiga itu.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pihak Astro telah merancang untuk menyingkirkan dua orang pelajar pada konsert minggu ketiga itu.
“Memang kami dah rancang dua peyingkiran dari awal kerana seperti biasa AF sentiasa mempunyai kejutan,” ulasnya dalam sidang media selepas program tersebut berakhir.
Selain persembahan oleh 13 peserta, penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa iaitu Anggun turut diundang menyanyi sekaligus membuat persembahan penutup.
kredit:mstar
Inilah aksi Nikky semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Apabila diminta pose bukan main lagi si Nikki ni posing sampai lupa ada sesuatu yang tertonjol di dadanya.
Agaknya Nikky lupa baju yang dipakainya tu jenis kain yang lembut. Bila agak ketat sikit maka, adalah yang tertonjol-tonjol bila badan dibengkokkan.
Ada majlis yang sesuai nak pakai seksi seksi ni dan ada juga yang kurang sesuai. Tapi artis Malaysia ini memang tak kisah dah sebab itulah sekarang ini banyak gambar-gambar aksi hot mereka berjaya dirakam dan disebarkan.
klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas
kredit: mangga online
Bob sekarang semakin hari semakin susut badannya. Walaupun belum agi boleh dkatakan langsing namun Bob sudah nampak banyak perubahan.
Apa amalan Bob ya? Jangan pula buat fitnah Bb sedut lemak pula, sia-sia Bob berhempas pulas di pusat kecergasan Finess First.
"Sekarang berat badan saya sekitar 80kg sahaja, dulu saya pernah mencecah 95kg. rahsia saya... saya amalkan dietlah, bukan tak makan nasi langsung, tapi makan juga sekali sekala dalam jumlah yang sikit.
"Saya juga aktif di gym. Kalau tak sibuk, saya akan ke gym lah. Kalau ada banyak kerja sebelah siang, saya ke gym lewat sikitlah," kata Bob yang seronok bercerita pasal berat badannya.
Sekarang Bob sudah boleh bergaya dengan baju yang mengikut susuk tubuh. Bob akui sejak badan semakin kurang berat ini dia boleh bergerak dengan lebih aktif.
kredit: mangga online
Fara, krew Melodi, media, Noryn Aziz dan lain-lain diterbangkan ke London sempena promosi penerbangan sulung pesawat tambang murah Air Asia ke London pada 13 Mac 2009 lalu.
Semasa di sana sempatlah Fara bekerja juga untuk dimuatkan dalam program Melodi yang dikelolakannya.
Semasa majlis pelancaran perjalanan sulung itu, Noryn Aziz dan Too Phat mengadakan persembahan.
"Kami di London selama empat hari saja, tapi Fara yang balik lewat sikit," kata jurusolek Zulfazli Suhadi yang menyolek Fara semasa di London.
Memandangkan pada masa itu London masih lagi bersejuk, ada juga aktiviti mengunjungi kampung air panas, iaitu Bath pada hari kedua.
Rombongan juga turut ke Oxford pada hari ketiga. Kiranya melawat pekan yang ada universiti hebat di sanalah.
Hari ke empat kembali semula ke London untuk shopping sebelum berangkat pulang.
Selain membuat rakaman untuk program Melodi, Fara juga turut terlibat membuat penggambaran yang bakal dimuatkan dalam salah satu slot Majalah Tiga.
kredit:mangga online
Bagaikan berkongsi minat dengan abangnya, Rizal Ashram, Ramelle turut memilih anak seni sebagai suri hidupnya selepas hampir lima tahun menyulam cinta. Malah, keruntuhan rumah tangga abangnya dan Nora tahun lalu tidak menjadi penghalang kepada pasangan pengantin baru itu melayari bahtera perkahwinan.
Ramelle, 31, dan Diana, 28, berkenalan sejak hujung 2004. Diana juga mempunyai persamaan dengan adik Ramelle iaitu dilahirkan sebagai pasangan kembar. Jika Diana mempunyai saudara kembar bernama Lina, pemilik bukti PU3 di The Curve, Damansara, Puteri Azalea dan Puteri Yasmin adalah adik kepada Ramelle.
Memilih Shawn Dawnniwati Sulaiman sebagai teman sehidupnya, Yusmal berharap mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar percintaan dapat berkekalan selama-lamanya.
Pada malam tersebut juga, Dewan Merak Kayangan Felda menjadi saksi termetrainya jalinan percintaan antara dua mempelai ini.
Mengenakan pakaian sedondon biru muda, Yusmal dan pasangannya tampak kacak dan jelita mengenakan pakaian tradisional Melayu
“Episod cinta kami? Tak tahulah, cuma apa yang boleh saya cakap saya memang selesa dengannya. Dan memang saya suka dengan dia,” kata Ozlyn
Tambah pelakon yang terkenal dengan watak dalam drama bersiri Akademi Polis ini lagi, sikap Johan yang gemar membuat lawak menyebabkan hatinya tertarik dengan Johan.
“Bulan enam kompem kami akan kahwin, cuma tahun sahaja yang kami tak tahu lagi.” Ujar Johan sambil ketawa.
“Doa-doakanlah kami, kalau ada rezeki tahun ni, tahun ni jugaklah kami kahwin, kalau tahun depan, tahun depanlah,” kata Ozlyn pula.

Nora akui memang dia merancang untuk perkenalkan Rayqal kepada orang ramai di majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini pagi tadi.
“Saya fikir lebih mudah untuk perkenalkan Rayqal pada masa sekarang kerana dia sudah tidak meragam apabila sudah besar,” kata Nora yang juga bersedia merakamkan gambar bersama Rayqal jika dipanggil untuk sesi fotografi.
Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu.
“Semasa beberapa orang memotong sedikit rambut Rayqal, dia tidak menangis dan diam sahaja.
“Kiranya, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar.
“Walaupun sederhana tetapi ia tetap meriah ditambah dengan kehadiran semua tetamu,” luahnya yang berdarah kacukan Melayu dan Myanmar.
Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami dan mertua tidak pernah putus.
"Sekarang, saya selalu berulang-alik ke rumah bekas mertua dan kami berpakat menjaga Rayqal bersama-sama.
"Ikutkan saya dengan bekas suami memang tiada ikatan apa-apa, tetapi saya tetap rapat dengan bekas mertua.
"Jadi, saya terus bersetuju apabila mereka berniat hendak melakukan majlis ini.
"Lagipun Rayqal merupakan cucu dan cicit pertama dalam keluarga ini," tutur Nora dengan wajah yang tenang.
Pelakon utama drama bersiri Puteri ini juga tidak kisah seandainya Rayqal selalu datang ke rumah bekas mertuanya sekurang-kurangnya Rayqal mendapat lebih kasih sayang daripada mereka semua.
Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya.
Antara tetamu yang hadir adalah rakan artis seperti pelakon Lisa Surihani dan adik pelakon Umie Aida dan pengarah Erma Fatima, Betty.