Abby Terkilan Anak-anak 'Dieksploitasi'


GAMBAR-GAMBAR mesra pasangan seperti belangkas, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah banyak diedarkan di internet mahupun akhbar.

Memey tidak menafikan hubungannya dan Norman semakin serius namun belum sampai sehingga tahap untuk berkahwin.

Ditanya kepada Memey mengenai bagaimana gambar-gambar itu boleh tersebar, dia beranggapan ada kemungkinan gambar-gambar itu diambil menerusi laman web FaceBook miliknya.

“Bagi saya gambar itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana (pose) yang biasa-biasa sahaja,” kata Memey.

Bagi Memey, mungkin gambar itu tidak mendatangkan apa-apa kesan, namun mana tahu hati orang lain.

Ini kerana gambar itu bukan sahaja melibatkan gambar Memey dan Norman, malah turut mengaitkan anak-anak hasil perkahwinan Norman dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi.

Pabila meminta komen Abby, dia bagaimanapun mengaku gambar-gambar itu tidak terlalu mendatangkan kesan kepadanya.

“Saya dah tengok gambar itu sebelum ini. Biarlah dia… suka nak orang bercerita tentang dia.

“Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar-gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian,” komen Abby.

Gambar-gambar yang diedarkan itu antaranya menunjukkan Mohd Danish Hakim, 6, dan Marisa Dania Hakim, 4, mencium kedua-dua belah pipi Memey.

“Saya berasa kasihan apabila anak-anak yang menjadi ‘bahan’. Tiga orang anak saya itu tidak sepatutnya disuruh melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

“Sebenarnya memang saya dah penat untuk mengambil tahu hal mereka (Norman dan Memey) kerana saya tak berminat pun, tapi ramai yang menyampaikan cerita kepada saya.

“Hendak atau tidak, saya kena ambil tahu juga sebab perkara ini melibatkan tiga orang anak saya,” kata pelakon drama bersiri Gerak Khas ini.

Namun begitu, dalam riak tenang, ada satu perasaan yang mengguris hati pelakon yang digosipkan bercinta dengan pelakon Zul Ariffin ini.

“Ada beberapa insiden yang membuatkan saya menyampah nak tengok NH (Norman Hakim) kerana dia tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga saya,” luahnya

kredit:mstar

Sein-Nana Juarai Sehati Berdansa Musim Ketiga









Pasangan Sein dan Nana dinobatkan sebagai juara program pertandingan tarian, Sehati Berdansa pada Malam Kemuncak Sehati Berdansa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Pasangan suami isteri itu membawa pulang hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8) , pakej bulan madu ke Rom Itali beserta trofi setelah menewaskan pasangan Sazzy dan Nazril pada program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria itu.

Badan kebajikan yang diwakili oleh pasangan juara itu iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur pula menerima wang tunai berjumlah RM20,000.manakala koreografer pasangan tersebut juga, Bayu turut menerima hadiah pakej percutian ke Rom, Itali beserta sebuah trofi.

Dalam pada itu, naib juara badan kebajikan yang diwakili oleh iaitu Persatuan Parkinson Malaysia menerima wang tunai berjumlah RM 15,000.

Juara Sehati Berdansa malam tadi ditentukan 100 peratus berdasarkan undian SMS oleh penonton manakala Joseph Gonzalez, Linda Jasmine, Lisdawati dan Fauzi Nawawi bertindak selaku pengkritik pada program akhir itu.

Kedua-dua pasangan selebriti itu telah mempersembahkan dua jenis tarian iaitu Kurik Kundi dan Tarian Latin dengan bimbingan koreografer masing-masing.

kredit:mstar

lagi gambar mesra memey dan norman hakim















Serina Stres Buat Persiapan 6 Resepsi Perkahwinan




ENAM majlis resepsi akan dilangsungkan sempena perkahwinan anak dara Chef Wan, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, 26, yang bakal menjelang 1 Januari ini.

“Semua majlis resepsi ini bukan dibuat atas kehendak saya. Pada mulanya, saya dan Gavin hanya hendak bernikah dan bersanding tetapi saya perlu sedar yang saya mempunyai seorang ayah yang dikenali ramai.

“Saya juga bangga dengannya yang ingin memperkenalkan negara kita menerusi Asian Food Channel (AFC) selama satu jam untuk mempromosikan Malaysia dan budaya perkahwinan Melayu.

“Walaupun majlis-majlis ini belum berlangsung lagi, saya sudah tertekan. Saya berharap kami berdua akan segar dan sihat sepanjang majlis itu nanti,”

“Saya agak tertekan apabila semakin dekat dengan majlis perkahwinan. Betul juga kawan-kawan saya perkatakan sebelum ini yang bukan mudah untuk membuat majlis ini.

“Bagaimanapun, saya amat menghargai bantuan ayah saya dalam menjayakan majlis ini. Kadangkala, kami ada juga bertengkar apabila berbeza pendapat

“Saya pula seorang yang degil, jadi kalau boleh saya nak penuhi semua kehendak saya. Jadi, saya akan berbincang dengan ayah tentang persiapan majlis itu.

“Setakat ini, semuanya mencapai keinginan saya,”

Namun, tidak bermakna anak bongsu daripada dua beradik ini tidak mengeluarkan simpanannya sendiri.

“Saya juga ada mengeluarkan sedikit belanja untuk membantu ayah saya.

“Selepas ini mungkin saya akan hadiahkan percutian kepada ayah dan mak sebagai membalas jasa mereka,” ujarnya yang mengambil cuti selama sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.

Menurut Serina, dia turut menghabiskan masa cutinya untuk menguruskan borang nikah dan imigresen memandangkan bakal suaminya itu berasal dari London, England.

kredit:mstar

Raisuddin, Isteri Kedua Diarahkan Tinggal Berasingan



Pelakon dan penyanyi popular 80-an, Raisuddin Hamzah, 52, hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini agar tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22.

Pasangan berbeza usia 30 tahun ini diarahkan berbuat demikian sementara perkahwinan mereka disahkan.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Bapa Siti Fatimah, Suberi, 48, kemudiannya memfailkan permohonan untuk memfarakhkan perkahwinan pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.

Beliau membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.

(Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu).

Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Sementara Raisuddin dan Siti Fatimah pula memfailkan permohonan balas bagi mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

kredit:mstar

Zul-Isma Kecundang Di Separuh Akhir 'SB'



Malam Debaran Sehati Berdansa minggu ke-9 telah menyaksikan pasangan Zul dan Isma gagal untuk melangkah ke pentas akhir minggu hadapan apabila tersingkir malam tadi.

Pasangan itu mendapat keputusan undian terendah, 58 peratus berbanding pasangan Sein dan Nana, 70 peratus dan pasangan Sazzy dan Nazril dengan 61 peratus.

Penyingkiran pasangan ini bagaimanapun membolehkan mereka menyumbang sebanyak RM9,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.

Menurut Isma yang ditemui di majlis sidang media selepas itu, dia sedikit kecewa kerana terpaksa akur dengan penyingkiran itu.

Tambahnya, dia dan suami, Zul bagaimanapun berpuas hati dan gembira dengan segala usaha dan komitmen yang telah mereka berikan sepanjang sembilan minggu berada dalam program realiti tarian popular ini.

"Saya akui memang agak sedih dan hampa sebab tidak dapat teruskan cabaran ke Malam Kemuncak minggu depan.

"Namun, saya akur dengan keputusan ini. Kami telah memberikan yang terbaik sepanjang sembilan minggu di sini, mungkin setakat ini saja rezeki kami.

"Saya dan suami sangat gembira dengan apa yang telah kami usahakan. Kami sedikit pun tidak tertekan walaupun terpaksa menari dua jenis tarian untuk minggu ini.

"Walaupun tak berjaya ke Malam Kemuncak, tapi kami telah berikan yang terbaik. Mereka lebih layak ke Malam Kemuncak," kata Isma yang gagal menahan emosinya.

Zul pula menyifatkan, dia tidak pernah menyangka akan bertahan sehingga ke minggu ke-9.

kredit:mstar

Ako bimbang penjara jejas pendapatan


Pelakon Ako Mustapha memohon supaya hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan berkhalwat diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini kerana ia bakal menjejaskan sumber pendapatannya.

Katanya, sebagai pelakon yang dikenali ramai, kerjaya dalam bidang hiburan itu akan terjejas sekiranya terpaksa menjalani hukuman penjara lebih-lebih isterinya kini sedang sarat mengandung.

Dalam hujahan bertulis yang difailkan pada 2 Disember lalu, Ako yang popular dengan watak 'Kapten Boleh' dalam drama bersiri kanak-kanak itu mendakwa Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman.

Katanya, hukuman itu tidak mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama serta pengakuan bersalah selain ketiadaan nas undang-undang yang menunjukkan pesalah khalwat dihukum penjara sebelum ini.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan bagi hujahan balas pihak pendakwaan terhadap rayuan kes khalwat tersebut.

Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, dihukum penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada 21 April lalu.

Hukuman dijatuhkan selepas Ako mengaku bersalah berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pukul 1.20 pagi pada 27 Jun 2007.

Liyana Jasmay nyanyi OST duhai si pari pari



video klip terbaru Liyana Jasmay bertajuk “Aku Jatuh Cinta” (Facebook), juga merupakan soundtrack untuk filem Duhai Si Pari Pari yang akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Filem yang bergenre komedi khayalan ini dibarisi pelakonkan hebat seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik serta dibantu oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac dan Din Beramboi.

Sedikit sinopsis Duhai Si Pari Pari, mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda). Namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk mengaut wang simpanan Syadon.

Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak, dia cukup pandai berjimat. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa sebuah teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay). Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, ayah Pari Pari iaitu Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari Para Para. Apakah yang terjadi selepas itu?

Model iklan vitagen ber'sosial'






kredit:slyfynx@cari.com

Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi


Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.

Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini.

pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Beberapa ahli parlimen mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

kredit:mstar

Zizie Ezette sah bernikah dengan Datuk Bung Mokhtar Radin



Pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette, 31, mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.

Bagaimanapun, aktres berkulit gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun ketika ini timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.

Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.

"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie ketika ditemui di lokasi drama Suraya di sini hari ini.

Aktres itu berkata, sememangnya sudah sampai masa untuknya memikirkan secara serius mengenai perkahwinan apatah lagi usianya sudah mencecah 31 tahun.

Namun begitu, buat masa ini, Zizie tidak dapat memberikan kepastian bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

"Setakat ini kami masih berkawan. Saya dan dia dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terlalu awal untuk saya bercakap mengenai perkahwinan. Kami baru sangat kenal," jelasnya.

Pada masa sama, Zizie menegaskan, dia tidak pernah meletak sasaran untuk berkahwin dengan lelaki berstatus, hartawan mahupun tokoh politik.

"Kriteria lelaki yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang boleh menjadi pemimpin yang baik dalam keluarga dan boleh membimbing saya menjadi muslim yang baik.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh menghalang ketentuan Allah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus," jelas Zizie.

Tambahnya, sebelum ini dia sering mengelak untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki berpengaruh terutamanya untuk mengelakkan pandangan kurang manis masyarakat.

Justeru penjelasannya ini, katanya, diharapkan tidak akan membuka ruang kepada pihak tertentu mencetuskan spekulasi liar.

"Sebetulnya saya kurang gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi. Lebih-lebih lagi dalam konteks ini, semuanya masih baru dan saya sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada masa depan.

"Justeru saya mengharapkan anda (wartawan) bersabar. Kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya akan umumkan," kata Zizie lagi.

Selama ini juga, Zizie berkata, dia lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak bercerita lanjut mengenai hubungannya kerana bimbang penjelasannya akan menimbulkan banyak salah faham.

"Berdiam diri lebih baik sebenarnya daripada bercerita panjang lebar. Seperti yang saya katakan, kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya kongsi khabar gembira ini dengan semua orang," ujarnya.

kredit:utusan

Aktres Zizie Ezette sah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu dan esok hanya majlis jamuan sahaja akan diadakan.
Bila dan di mana mereka berkahwin belum dapat dipastikan.

Sumber -Malaysia Instinct

Asyik-Asyik Ally Iskandar


Begitulah sentimen segolongan penonton yang merasakan sudah terlalu ‘over-exposed’ Ally Iskandar. Hampir setiap program terbitan TV3 pasti akan menampilkan dia sebagai pengacara.

Seperti yang dijangka, pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang bakal dilangsungkan pada 10 Januari depan, Cheryl Samad dan Faizal Ismail akan sekali lagi digandingkan dengan Ally sebagai pengacara.

Bila ditanya mengapa Ally dipilih, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato’ Sri Farid Ridzuan memberitahu, “‘On the contrary’, ramai yang meminta dia."

"Tetapi untuk pemilihan pengacara bagi sebuah acara besar begini, kita kena lihat pada ‘aura’ dan kebolehan seseorang pengacara. Ally ‘is consistent’ dan membuktikan dia boleh memenuhi apa yang dikehendaki darinya.

“Kita ingin menunjukkan variasi, menengahkan bakat-bakat baru ‘but when push comes to shove’, untuk sebuah acara seperti AJL, kita perlukan seseorang yang berpengalaman 'and has the stability’.

"Kemantapan seseorang itu penting. Kita tidak berani mengambil risiko yang terlalu tinggi bila ia berkaitan dengan pemilihan pengacara kerana tugas itu amat penting.”

kredit:gua.com.my

Liyana Jasmay Jelas Isu Restoran Terlalu Mahal


PELAKON dan penyanyi Liyana Jasmay menafikan Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati yang didakwa menjual makanan terlalu mahal itu adalah miliknya.

Sebaliknya restoran yang terkenal dengan menu 10 jenis ikan sungai itu merupakan milik bapanya, Jasmay Shah, 56, yang diusahakan di bawah syarikat Besta Corporation Sdn Bhd sejak November 2008.

Oleh sebab itu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tidak layak untuk menjawab isu harga makanan yang dianggap mahal di restoran itu.

"Saya tidak layak memberikan komen kerana restoran itu tiada kena-mengena dengan saya. Jadi, saya tidak tahu kenapa harga makanan di restoran itu terlalu mahal.

"Tetapi saya memang tahu yang harga makanan di situ agak mahal. Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ...," jawab Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini.

Jelas Liyana, dia menganggap mungkin harga makanan di situ agak mahal kerana jenis ikan sungai yang digunakan.

"Saya sekeluarga memang penggemar ikan sungai. Kami pernah makan ikan sungai di sebuah restoran di Pahang. Harga makanan di restoran itu juga mahal kerana menggunakan ikan-ikan sungai yang segar.

"Walaupun harganya mahal, kami tetap berpuas hati kerana ikan itu memang sedap.

“Sama seperti restoran bapa saya, ia lebih menjual makanan Melayu kampung seperti ikan-ikan sungai segar yang jarang ada di setengah restoran lain.

“Lagipun restoran bapa saya bukan seperti gerai di tepi jalan,” kata pelakon filem Papadom ini.

Tambah penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta ini lagi, “Mungkin orang ingat makanan Melayu ni murah dan makanan barat adalah mahal.”

Dalam pada itu, ibu Liyana, Habsah Simpon, 52, yang lebih arif tentang restoran milik suaminya itu berkata harga makanan mahal disebabkan oleh kesukaran mendapatkan ikan-ikan sungai dari Sungai Pahang dan Sungai Perak itu.

“Ikan-ikan sungai ini merupakan ikan sungai liar yang segar dan bukannya ikan yang dibela dalam sangkar.

“Restoran itu dibuka untuk peminat-peminat ikan sungai. Antara ikan sungai yang boleh didapati di restoran ini adalah Ikan Nanas, Ikan Tengalan, Ikan Kerai dan Ikan Sebarau.

“Ikan Patin pun ada pelbagai jenis dan lebih mahal. Ikan lain yang mahal iaitu dicaj RM35 per 100gm untuk seorang makan seperti Ikan Tengalan, Ikan Sebarau dan Ikan Kerai,” jelas Habsah.

Walaupun mahal, namun restoran itu menjanjikan makanan yang sedap dan menyelerakan dengan menu istimewa seperti ikan masak asam, ikan masak tempoyak, ikan goreng, ikan bakar termasuk beberapa jenis masakan kampung yang lain oleh Chef Kamarul Arifin.

Chef Kamarul merupakan rakan baik selaku rakan kongsi perniagaan di restoran itu.

Di restoran itu juga terdapat poster gambar dan maklumat 10 jenis ikan sungai untuk tujuan pendidikan.

kredit : mstar

Zizie Ezette Dilamar Ahli Politik Dari Sabah?


"Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.

Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.

Timang cahaya mata, Adlin tak sabar, Emelda belum bersedia


setelah hampir setengah tahun berumah tangga dengan suami tercinta, Adlin Aman Ramli. Tanpa berselindung, Mel mengakui hingga kini masih belum ada rezeki untuknya menimang cahaya mata.

“Sebenarnya, nak kata saya dan Adlin merancang, tidak juga tetapi secara jujurnya saya katakan saya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini. Saya memang sukakan budak-budak dan kadang-kadang bila melihat orang lain berjalan dengan anak, terasa juga nak anak cepat. “Tapi, bila difikirkan semula saya sebenarnya belum bersedia. Namun, sekiranya Allah sudah beri rezeki kepada saya, saya terima dengan penuh kesyukuran.

Adlin juga ada bertanya-tanya, bila nak ada anak. Nampak juga dia tak sabar untuk bergelar seorang ayah, tetapi dia tidaklah begitu mendesak. Dia begitu memahami dan buat masa ini masih belum ada rezeki. Kami redha dan nikmati kehidupan suami isteri dengan baik,” ujar Mel atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid ketika diajukan persoalan mengenai anak. melihat orang lain berjalan dengan anak, terasa juga nak

“Tapi, bila difikirkan semula saya sebenarnya belum bersedia. Namun, sekiranya Allah sudah beri rezeki kepada saya, saya terima dengan penuh kesyukuran. Adlin Dia begitu memahami dan buat masa ini masih belum ada rezeki. Kami redha dan nikmati kehidupan suami isteri dengan baik,” ujar Mel atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid ketika diajukan persoalan mengenai anak.

Menyentuh soal kehidupan berumah tangga, Mel berkata dirinya kini bahagia kerana membuat pilihan yang tepat. Tempoh perkenalan selama empat tahun tidak menjamin dirinya benar-benar mengenali peribadi Adlin, tetapi katanya dia amat bersyukur kerana Adlin begitu memahami dan dia menerima kelebihan serta kekurangan dirinya.

“Begitu juga Adlin, kelebihan dan kekurangan saya juga diterima dengan baik dan kami hidup saling melengkapi. Mana yang tidak betul, Adlin akan nasihat saya dan kami sentiasa berbincang. Sebelum berkahwin dengannya, memang sedikit sebanyak saya sudah mengenali dirinya dan apabila hidup bersama, saya boleh terima dirinya dengan baik. Tabiat lelaki, biasalah sebagai isteri kita kena belajar menerima.

“Mengenai perubahan setelah berumah tangga, tentulah banyak. Kalau dulu, jaga diri sendiri tapi kini, ada suami yang perlu diberi perhatian. Makan, minum, pakai dan semuanya perlu diberi perhatian. Saya seboleh-bolehnya mahu menjadi seorang isteri yang baik, yang boleh siapkan makan minum dan uruskan suami tersayang.

“Tetapi, kadang-kadang apa yang dihajatkan tak dapat dilaksanakan.Maklum sahaja, kami mempunyai karier masing-masing. Ada masanya, bila saya nak keluar bekerja, Adlin pula baru dapat berehat dan melelapkan mata. Masing-masing sibuk dan saya tak dapat melakukan seperti yang saya inginkan.

“Mujurlah Adlin juga dalam bidang yang sama dan faham keadaan ini. Jadi, kami biasanya akan mencari waktu luang yang lain untuk bersama melakukan aktiviti. Misalnya sekarang, Adlin dan saya memang sibuk mengemaskan barang-barang rumah untuk berpindah. Walaupun penat tapi ini juga antara waktu luang kami,” tambah Mel lagi.


kredit:mingguan wanita

Remy Punca Suami Larang Rita Berlakon Drama ‘Suraya’?


"SIAPA jahat mulut ni...siapa cakap macam tu?” soal pelakon cantik Rita Rudaini Mokhtar setelah disoal mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak menghalangnya berlakon drama berjudul Suraya kerana aktor Remy Ishak turut membintangi drama itu.

Baru-baru ini, sebuah laman web hiburan melaporkan Aidil, pemain bola sepak kebangsaan tidak senang duduk setelah isterinya itu menerima banyak tawaran berlakon.

Aidil dikhabarkan menghalang Rita berlakon kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut berlakon sama.

Laman web itu juga mengatakan Remy dan Rita pernah mempunyai sejarah berlakon bersama dalam drama Jalan Pintas Ke Neraka termasuk berlakon dalam satu babak di bilik air.

“Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya.

“Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau... lagipun saya tiada babak dalam bilik air,” jawabnya lagi penuh dengan rasa terkilan.

Menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan.

“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah.

“Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak.

“Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya,” tegas Rita yang sudah mula berlakon sekarang.

Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.

“Saya baru sahaja lepas bersalin dan berpantang. Jadi saya bukan nak kurangkan lakonan.

kredit:mstar

Pertaruhan 'Kelakar Tak Ingat' Raja Lawak 4


PROGRAM realiti bakat komedi, Raja Lawak Astro bakal kembali untuk musim keempat dengan tema 'Kelakar Tak Ingat', bermula 24 Disember ini.

Lebih segar dan lucu, kembara Raja Lawak diteruskan dengan mempertaruhkan tema ini agar diterima sebagai sebuah program hiburan yang benar-benar santai dan ringan

Tema 'Kelakar Tak Ingat' ini mudah difahami, ringkas dan bersesuaian sekali untuk pengisian komedi yang bakal kami tampilkan di musim ini.

"Ia juga satu tema yang sinonim untuk menggambarkan tahap kelucuan, jenaka dan hiburan yang dipersembahkan oleh peserta dan program ini secara keseluruhannya," jelasnya.

"Barisan juri tetap dan peserta musim ini juga boleh dianggap sebagai lebih lawak dan kelakar, di mana kami yakin ia mampu untuk menarik lebih ramai penonton berbanding musim-musim yang lalu

Menampilkan 10 finalis, musim keempat ini bakal membariskan enam peserta solo iaitu Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28 (Johor), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang bakal bersaing ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat musim ini menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9 malam.

Ceritera Raja Lawak Astro yang memaparkan segala gelagat, aktiviti dan rutin harian finalis akan membuka tirai tahun 2010 apabila disiarkan pada 1 Januari 2010.

Sedikit berbeza daripada musim lalu, Gelanggang Raja Lawak yang bersiaran pada hari Jumaat, bagaimanapun akan bertukar siarannya pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 3 Januari 2010 pada musim ini

kredit:mstar

Gambar Awek Baru Aziz M Osman




Gadis tersebut bernama Puteri Lily Lokman dan merupakan seorang model & bakal pelakon hasil bimbingan Aziz M Osman kita.