Showing posts with label Zizie Ezette. Show all posts
Showing posts with label Zizie Ezette. Show all posts

Bung dan Zizie




PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas
'Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun," katanya.

"Kami sudah menjadi suami isteri yang sah. Pada saya tiada apa yang perlu disorokkan lagi. Malah, kami sama sekali tidak pernah berselindung mengenai perkahwinan ini," ujarnya.

Ditanya bilakah dia dan Bung bersedia untuk berkongsi gambar-gambar mereka secara rasmi dengan pihak media, Zizie berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan khalayak buat masa ini.

Namun, Zizie juga tidak menlak kemungkinan akan berkongsi cerita kebahagiaan mereka di masa akan datang.

"Buat masa ini, saya minta maaf sangat sebab masih tidak dapat kongsi gambar-gambar atau cerita perkahwinan kami dengan lebih mendalam.

"Harap semua pihak faham kami perlu menjaga hati banyak pihak.

"Bagaimanapun, di satu masa terbaik, saya tidak menolak kemungkinan untuk kami berkongsi perkara ini kepada umum. Tunggulah nanti," ujarnya mengakhiri perbualan.

Ketika diusik dengan pertanyaan bilakah mereka akan berbulan madu, Zizie berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan kedua-duanya sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Zizie yang enggan memaklumkan mengenai butiran lanjut pernikahan mereka termasuklah tarikh nikah, bagaimanapun mengakui dia dan Bung kini sedang bahagia

kredit:mstar

Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi


Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.

Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini.

pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Beberapa ahli parlimen mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

kredit:mstar

Zizie Ezette sah bernikah dengan Datuk Bung Mokhtar Radin



Pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette, 31, mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.

Bagaimanapun, aktres berkulit gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun ketika ini timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.

Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.

"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie ketika ditemui di lokasi drama Suraya di sini hari ini.

Aktres itu berkata, sememangnya sudah sampai masa untuknya memikirkan secara serius mengenai perkahwinan apatah lagi usianya sudah mencecah 31 tahun.

Namun begitu, buat masa ini, Zizie tidak dapat memberikan kepastian bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

"Setakat ini kami masih berkawan. Saya dan dia dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terlalu awal untuk saya bercakap mengenai perkahwinan. Kami baru sangat kenal," jelasnya.

Pada masa sama, Zizie menegaskan, dia tidak pernah meletak sasaran untuk berkahwin dengan lelaki berstatus, hartawan mahupun tokoh politik.

"Kriteria lelaki yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang boleh menjadi pemimpin yang baik dalam keluarga dan boleh membimbing saya menjadi muslim yang baik.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh menghalang ketentuan Allah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus," jelas Zizie.

Tambahnya, sebelum ini dia sering mengelak untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki berpengaruh terutamanya untuk mengelakkan pandangan kurang manis masyarakat.

Justeru penjelasannya ini, katanya, diharapkan tidak akan membuka ruang kepada pihak tertentu mencetuskan spekulasi liar.

"Sebetulnya saya kurang gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi. Lebih-lebih lagi dalam konteks ini, semuanya masih baru dan saya sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada masa depan.

"Justeru saya mengharapkan anda (wartawan) bersabar. Kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya akan umumkan," kata Zizie lagi.

Selama ini juga, Zizie berkata, dia lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak bercerita lanjut mengenai hubungannya kerana bimbang penjelasannya akan menimbulkan banyak salah faham.

"Berdiam diri lebih baik sebenarnya daripada bercerita panjang lebar. Seperti yang saya katakan, kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya kongsi khabar gembira ini dengan semua orang," ujarnya.

kredit:utusan

Aktres Zizie Ezette sah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu dan esok hanya majlis jamuan sahaja akan diadakan.
Bila dan di mana mereka berkahwin belum dapat dipastikan.

Sumber -Malaysia Instinct

Zizie Ezette Dilamar Ahli Politik Dari Sabah?


"Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.

Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.