Syukur kepada Allah kerana isteri Ako, Kartina selamat melahirkan bayi perempuan comel yang dinamakan Merissa Tempawan di Tropicana Medical Center.
nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seperti yang kita tahu Ako adalah cucu kepada kakak sulung Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah.
Bagaimanapun, buat masa ini, Ako dan Kartina belum bersedia menayangkan wajah anak mereka kepada pihak media.
kredit:hmetro

Pelakon Ako Mustapha memohon supaya hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan berkhalwat diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini kerana ia bakal menjejaskan sumber pendapatannya.
Katanya, sebagai pelakon yang dikenali ramai, kerjaya dalam bidang hiburan itu akan terjejas sekiranya terpaksa menjalani hukuman penjara lebih-lebih isterinya kini sedang sarat mengandung.
Dalam hujahan bertulis yang difailkan pada 2 Disember lalu, Ako yang popular dengan watak 'Kapten Boleh' dalam drama bersiri kanak-kanak itu mendakwa Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman.
Katanya, hukuman itu tidak mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama serta pengakuan bersalah selain ketiadaan nas undang-undang yang menunjukkan pesalah khalwat dihukum penjara sebelum ini.
Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan bagi hujahan balas pihak pendakwaan terhadap rayuan kes khalwat tersebut.
Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.
Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, dihukum penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada 21 April lalu.
Hukuman dijatuhkan selepas Ako mengaku bersalah berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pukul 1.20 pagi pada 27 Jun 2007.
“Saya ada berita baik untuk dikongsi bersama peminat di luar sana. Sekarang ini isteri saya, Tina telah pun hamil tiga bulan dan jika semuanya selamat, hujung tahun ini saya akan bergelar bapa. Saya memang tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Tidak kisahlah dapat anak perempuan atau lelaki, yang penting baby itu nanti sihat. Dengan masa yang banyak terluang sekarang ini, saya dan Tina sama-sama belajar cara untuk menjaga kandungan. Maklumlah, ini kelahiran anak pertama.”
kredit:gua.com.my
Pelakon Ako Mustapha yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Bagaimanapun, Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Ako berkata dia sedang membuat permohonan untuk penggantungan perintah sementara menunggu rayuan terhadap kedua-dua hukuman tersebut dan memfailkan permohonan tersebut pada petang ini.
Dimaklumkan, Ako juga sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa.
Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
kredit:mstar



