Norish Terkilan, Tidak Diberitahu Digugurkan


Norish Karman mendapat tahu namanya digugurkan dari musim ketiga ‘Spa Q’ melalui ruangan Soseh Soseh (Harian Metro) pada 16 September lalu. Tetapi ketika itu, dia melihatnya sebagai satu taktik untuk mensensasikan musim terbaru ‘Spa Q’ yang sudah berpindah dari TV3 ke Astro.

Tiada sebab untuknya mempercayai laporan tersebut. Skrip untuk 13-episod 'Spa Q 3' sudah berada di tangan. Ditambah pula, pengarah sendiri mengingatkannya untuk mengosongkan jadual bagi membolehkan penggambaran berjalan lancar.

Tetapi apabila ramai teman menyampaikan berita yang sama, Norish menghubungi pengarah untuk mendapatkan kepastian.

"Dia kata 'sorry' pada saya. Katanya, dia pun baru saja tahu tentang keputusan itu apabila melihat skrip untuk watak saya diberikan kepada pelakon lain. Dia tak boleh buat apa-apa. Keputusan bukan di tangannya," cerita Norish pada GUA semalam.

"Saya okay. Walaupun, seperti yang anda katakan tadi, cerita 'Spa Q' berkisarkan Qistina. Dan sayalah Qistina. Bagaimana jalan ceritanya nanti tanpa dia? Apapun, keputusan ini mungkin lebih mengecewakan para peminat daripada saya."

Yang membuatnya terkilan ialah apabila sehingga hari ini, tiada sesiapa dari pihak Astro yang menghubunginya untuk memaklumkan tentang keputusan itu.

"Tak salah jika mereka nak gugurkan saya. Tetapi sekurang-kurangnya, tunjukkanlah etika kerja yang baik. Beritahu saja yang saya tidak diperlukan lagi. Ini, saya perlu mendengar dari mulut orang lain. Kelakarnya, mereka yang memberitahu saya kata saya tak sepatutnya tahu.

"Saya bukan pendatang baru dalam industri. After all I've done, membawa 'Spa Q' ke satu tahap yang baru dalam drama bersiri tempatan, I deserved to be treated with respect. Give me a proper explanation.

"Saya memang teruja menantikan penggambaran. I’ve done my homework. Dari maklum balas peminat, saya dah tahu bagaimana nak bawa watak Qistina untuk musim ini. Saya juga membelanjakan RM2,000 untuk pakaian Qistina dan 'hair extensions'. Saya benar-benar berusaha untuk memberikan yang terbaik. I feel so, so sad."

Kongsi Norish lagi, alasan yang diberikan untuk pengugurannya adalah kerana wajahnya yang terlalu sinonim dengan TV3, ditambah pula pihak Astro ingin melakukan pembaharuan di dalam 'Spa Q'.

Tentang kononnya dia digugurkan atas sebab dia "banyak buat hal dengan kru produksi hingga ramai yang bengang", Norish menjawab, "Jika benar, mengapa mereka tawarkan watak itu pada saya dan siap beri saya skrip?

"I'm the victim. Tapi saya taknak salahkan sesiapa. Saya hanya ingin menjelaskan kepada peminat bahawa saya digugurkan bukan kerana mempunyai 'attitude problem'."

Ditanya jalan cerita 'Spa Q 3' menurut skrip yang diterima, dedah Norish, musim ini Nora Danish akan membuat penampilan sebagai isteri Dafi. Ketika pernikahan mereka, pembantu rumah Qistina didatangi Julia yang memberikannya sekeping gambar seorang bayi.

"Saya sudah diberitahu fokus musim ini akan diletakkan pada anak-anak Qistina. Walaupun tidak banyak babak yang menampilkan saya tapi takdelah sampai di 'write off' begitu saja," katanya

kredit:gua.com.my

Ifa Raziah menang kes saman fitnah RM50, 000


Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah berjaya dalam tuntutan saman fitnah berjumlah RM50,000 dan ganti rugi terhadap sebuah syarikat pemasaran produk kesihatan, Sain Group Corporation Sdn Bhd (SGSB).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan tersebut hari ini selepas meneliti penghujahan peguam Ifa (plaintif), Shamsul Anuar Kamarudin dan peguam SGSB (defendan), Boestamam Ahmad, semalam.

"Sebagai kesimpulannya, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Ifa) bagi wang berjumlah RM50,000 sebagai ganti rugi reputasi, berserta faedah pada kadar 6 peratus dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya dan ganti rugi kos juga dibenarkan," kata Jagjit Singh dalam prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Ifa tidak hadir ke mahkamah hari ini dan dia diwakili suaminya, Muhd Yani Abdul Rahman.

Tuntutan ganti rugi itu dibuat selepas akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana terbitan defendan bertarikh 29 Jun 2008, menerbitkan artikel yang bertajuk "Ifa Raziah bebas alahan" - ajak rakan artis minum Power Nest.

Dalam artikel tersebut, Ifa (plaintif) telah dikatakan mengeluarkan kenyataan berupa pengiklanan kepada wartawan akhbar berkenaan, M. Rozi Hassan.

Bagaimanapun, Ifa dalam pernyataan tuntutannya menafikan yang beliau memberikan persetujuan atau sebarang kebenaran kepada akhbar tersebut.

Ifa juga menafikan beliau pernah memberikan kenyataan sepertimana yang tersiar dalam tabloid tersebut dan sebarang kenyataan yang disiarkan adalah kenyataan penerbit akhbar tersebut.

Oleh yang demikian, plaintif (Ifa) menuntut daripada defendan wang ganti rugi reputasi berjumlah RM50,000 dan lain-lain kos yang adil dan sesuai.

Dalam prosiding mahkamah hari ini, hakim Jagjit Singh menerima keterangan Ifa telah mengalami kerugian terhadap produk keluaran Ifa sendiri.

"Adalah jelas akibat siaran artikel tersebut, jualan produk plaintif telah merosot kerana peminat keliru yang mana satu produk keluaran plaintif.

"Saya juga menerima penghujahan peguam plaintif di mana jualan produk defendan, Power Nest telah meningkat pada Julai 2008 iaitu selepas artikel tersebut diterbitkan pada Jun 2008. Di samping itu, terdapat usaha promosi lain oleh defendan termasuk siaran melalui Johor FM," ujar Jagjit Singh.

Berhubung dengan penghujahan peguam defendan bahawa Ifa bukan seorang artis yang popular memandangkan beliau tidak memenangi apa-apa anugerah bintang popular penyanyi, pelakon atau pengacara, hakim Jagjit Singh tidak bersetuju.

Jagjit berpendapat itu bukan satu-satunya kriteria untuk menentukan populariti artis.

"Sebaliknya saya menerima keterangan Ifa bahawa beliau merupakan seorang artis dalam industri muzik Malaysia mulai tahun 1996, mempunyai empat buah album muzik, merupakan seorang pelakon drama dan filem juga pengacara 'Wanita Hari Ini' di TV3.

"Beliau juga seorang usahawanita produk kecantikan 'Serifah' dan wajah beliau terpapar hampir setiap hari di Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, NTV7 dan Astro," kata Jagjit Singh.

Hakim Jagjit Singh menambah: "Saya turut bersetuju dengan keterangan Ifa jika dia bukan seorang artis yang popular, kenapa gambar beliau digunakan oleh defendan untuk promosi dan iklan produk defendan."

Sehubungan itu, Jagjit Singh berpendapat Ifa telah berjaya membuktikan dia telah mengalami kerugian dan defendan pula beroleh pertambahan pendapatan dan imej yang baik.

Suami Ifa, Muhd Yani ketika ditemui memberitahu Ifa tidak dapat hadir kerana demam.

Muhd Yani ternyata berpuas hati dengan keputusan hari ini.

Peguam Ifa, Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga telah memfailkan saman terhadap wartawan akhbar berkenaan, M. Rozi Hassan dan akhbar Mingguan Warta Perdana. Kes itu akan dibicarakan pada April tahun hadapan.

Dalam pada itu, peguam SGSB, Boestamam Ahmad memberitahu dia akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sebelum memfailkan rayuan terhadap keputusan kes hari ini.

kredit:mstar

Gambar Black dan kekasihnya




kredit:cari.com

Saya masih siuman


“Sebagai umat Islam, saya tidak akan sama sekali melakukan tindakan paling bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana masalah hidup. Saya masih siuman,” kata penyanyi Farawahida Razali, 24, menafikan khabar angin kononnya dia mencabut nyawa sendiri akibat tekanan emosi.

Dia yang dihubungi Harian Metro semalam terkejut dan tidak menyangka berita palsu terbabit boleh tersebar dan akhirnya sampai ke pengetahuannya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui berita palsu itu selepas beberapa rakan menghubungi selain menghantar SMS bertanya kesahihan khabar angin berkenaan.

“Saya yang masih hidup dan segar bugar pastinya terkejut dan tidak menyangka khabar angin itu boleh tersebar luas.

Farawahida berkata, dia kini dalam keadaan sihat di samping keluarga, apatah lagi dengan ketibaan Syawal yang amat dinanti-nantikan.

“Ketika berita itu diketahui, saya dan keluarga sedang bersiap-siap untuk berhari raya di rumah saudara-mara di Beruas, Perak.

“Apa yang saya tahu, khabar angin itu mendakwa saya membunuh diri gara-gara kontroversi yang melanda sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti motif sebenar individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan, namun dapat mengagak siapa dalang yang bertanggungjawab melakukan kerja nakal itu.

“Sebagai umat Islam, saya menyedari mati membunuh diri perbuatan yang tidak diampunkan dosanya. Pastinya saya langsung tidak terlintas untuk melakukan perbuatan berkenaan.

“Lagipun saya kini gembira dengan kehidupan bersama keluarga selepas kemelut yang melanda sebelum ini kian reda,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri kerana ia membuktikan masih ramai rakan dan saudara-mara mengambil berat terhadapnya berdasarkan panggilan telefon yang diterima sehingga dia tidak menang tangan.

“Saya terharu dan berterima kasih terhadap sokongan mereka yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat agar terus gigih mengharungi apa jua cabaran mendatang,” katanya.

kredit:hmetro

Ifa tuntut ganti rugi RM50,000 dari pengeluar Power Nest



Ifa yang terkenal dengan lagu 'Ser... Ser... Ser....' mengemukakan tuntutan ganti rugi sejumlah RM50,000 terhadap syarikat pengeluar produk 'Power Nest', Sain Group Corporation Sdn. Bhd (defendan).

Kes ini pernah disebut buat pertama kalinya pada 11 September, 2008.

Dalam prosiding mahkamah petang tadi, Ifa telah diwakili peguamnya Shamsul Anuar Kamarudin. Ifa, bagaimanapun tidak hadir.

Tuntutan ganti rugi itu dibuat selepas akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana terbitan defendan bertarikh 29 Jun 2008, menerbitkan artikel yang bertajuk "Ifa Raziah bebas alahan" - ajak rakan artis minum Power Nest.

Dalam artikel tersebut, Ifa (plaintif) telah dikatakan mengeluarkan kenyataan berupa pengiklanan kepada wartawan akhbar berkenaan, M. Rozi Hassan.

Bagaimanapun, Ifa dalam pernyataan tuntutannya menafikan yang beliau memberikan persetujuan atau sebarang kebenaran kepada akhbar tersebut.

Ifa juga menafikan beliau pernah memberikan kenyataan sepertimana yang tersiar dalam tabloid tersebut dan sebarang kenyataan yang disiarkan adalah kenyataan penerbit akhbar tersebut.

Oleh yang demikian, plaintif (Ifa) menuntut daripada defendan wang ganti rugi reputasi berjumlah RM50,000 dan lain-lain kos yang adil dan sesuai.

Dalam kenyataan pembelaannya, Syarikat Sain Group Corporation Sdn Bhd, sebagai pihak defendan memohon mahkamah mengenepikan tuntutan defendan atas alasan "menyaman pihak yang salah".

Peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Sain Group berkata, saman plaintif sepatutnya gagal kerana plaintif telah menyaman pihak yang salah.

Dalam hujahnya, Boestamam berkata, "parti yang sepatutnya disaman ialah wartawan, akhbar Warta Perdana dan pengedarnya."

Sementara itu, Shamsul Anuar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, "Artikel itu dikeluarkan tanpa kebenaran Ifa.

"Gambar yang dikeluarkan dalam artikel tersebut diambil semasa pameran Power Nest di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bulan Jun tahun lalu.

"Apabila gambar itu dikeluarkan, ini bermaksud pengiklanan dibuat tanpa pengetahuan Ifa sendiri.

"Di situlah timbulnya tindakan sebenar. Saman dikeluarkan atas alasan fitnah (defamation suit). Kami menafikan semua yang ditulis dalam artikel itu. Ini bukanlah kenyataan Ifa tetapi akhbar itu sendiri, jadi kami tuntut saman ganti rugi," kata Shamsul.

Pada masa yang sama, Shamsul berkata, anak guamnya Ifa mempunyai produk sendiri berjenama 'Serifa'. Ekoran penerbitan artikel tersebut, beliau mendakwa produk Ifa sendiri merosot selepas artikel ini dikeluarkan.

Bagaimanapun, dakwanya, jualan produk Power Nest pula meningkat.

"Peminat keliru mana satu produk sebenarnya - Serifa atau Power Net? Dari situ, kita tuntut ganti rugi reputasi untuk RM50,000," tambah Shamsul.

Shamsul juga memberitahu, pihak Ifa telah memfailkan satu lagi saman di Mahkamah Tinggi terhadap akhbar terbabit dan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada tahun depan.

Selepas mendengar hujah-hujah daripada peguam plaintif, Shamsul Anuar Kamarudin dan defendan Boestamam Ahmad, Hakim Mahkamah Sesyen, Jagjit Singh a/l Bant Singh telah menetapkan hari ini (30 September 2009) pukul 11.30 pagi untuk keputusan kes

kredit:mstar

Amy Mastura bagi 'lampu hijau' pada anaknya ceburi bidang lakonan



Amy yang ditemui pada sidang media teater muzikal Gamat di Istana Budaya mengatakan dia begitu teruja ketika ditawarkan berlakon di dalam teater tersebut kerana ianya merupakan teater muzikal kanak-kanak yang begitu diminatinya.

anak kedua Amy iaitu Adalia, 5, turut sama berlakon dan Amy sudah memberikan 'lampu hijau' buat anaknya itu untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Pada mulanya Adalia hanya mengikuti saya hadir ke sesi latihan teater ini dan pada masa itu lah dia diberi peluang untuk berlakon sama di dalam teater ini.

"Adalia seorang yang pemalu jadi bila dia diberi peluang sebegini saya rasa ianya satu perkara yang baik buat dia.

"Bila saya tanya dia sama ada dia ingin berlakon atau tidak, agak lama juga masa yang dia ambil untuk mengatakan 'ya' dan saya ada jugak pujuk dia dengan memberi kata-kata semangat untuk membuatkan dia lebih bersemangat.

"Akhirnya dia bersetuju untuk berlakon dan saya tengok sekarang dia seperti sudah bersedia untuk berlakon teater dan dia lebih sanggup datang buat latihan dari pergi ke sekolah..

"Saya tidak memberi apa-apa halangan pada dia... saya benarkan anak saya berada dalam industri ini asalkan dia sentiasa gembira," jelas Amy yang ingin terus berlakon teater jika diberikan peluang.

Di dalam teater muzikal Gamat ini, Amy memegang watak sebagai ibu gamat yang memiliki sikap suka membeli belah di pasaraya sehingga mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

"Dalam teater ini saya berlakon sebagai ibu gamat, yang suka membeli belah di pasaraya hingga mengabaikan keselamatan anak-anak.

"Ibu gamat juga memiliki kelebihan dalam mengubati setiap penyakit dan sentiasa diperlukan hidupan laut.

"Kerana itulah ada hidupan laut yang jahat cuba untuk menculik ibu gamat, namun mereka telah menculik anak gamat.

"Dari situlah bermula cerita watak saya yang ingin mendapatkan semula anak gamat," kata Amy.

kredit:mstar

Umie-Datuk K nikah awal Januari secara tertutup





Umie Aida tidak menyangka hatinya terbuka juga akhirnya untuk menerima cinta yang diberikan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, dan setelah majlis merisik dibuat pada 17 Mei lalu, pasangan kekasih ini sepakat untuk meneruskan ikatan hubungan mereka dengan tali pertunangan.

Anggun dengan persalinan rekaan Bill Keith, aktres berusia 36 tahun ini akhirnya sah bergelar tunangan kepada Khairuddin yang dipanggil 'Abang' oleh Umie pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.

Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai.

Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora.

Majlis tersebut disempurnakan oleh ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Umie. Khairuddin atau turut digelar Datuk K yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh para tetamu bagaimanapun tidak hadir pada majlis pertunangan itu.

Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, dalam nada ceria, Umie memanjatkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan lancar meskipun akui, ramai yang bertanyakan mengapa bakal suaminya itu tidak turut serta di dalam majlis tersebut.

"Sebenarnya, dia ingin mengikut adat. Lagipun, dia jenis yang tidak suka bergambar sangat. Pada Abang, biarlah saya saja yang berada dalam 'limelight' macam ini.

"Tetapi, sekarang ini pun memang ramai yang sudah mengenali siapa bakal suami saya. Cuma dia sendiri belum bersedia untuk tampil berdepan dengan semua. Memang dia seorang yang pemalu.

"Tetapi dua orang anaknya, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, datang pada malam ini," ujar Umie yang dilamar oleh Khairuddin dua minggu sebelum majlis merisik diadakan.

Menurutnya lagi, majlis akad nikah pula akan menyusul sekitar awal Januari depan, namun aktres ini menegaskan majlis bersejarah mereka itu nanti akan diadakan secara tertutup.

"Saya meminta sedikit ruang untuk kami adakan majlis itu nanti secara privasi. Majlis pernikahan itu akan hanya libatkan keluarga. Ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak sebenarnya.

"Saya hanya mampu berkongsi dengan media untuk majlis pertunangan malam ini dan resepsi yang akan diadakan dua minggu selepas bernikah kelak. Tapi apapun untuk media, kami tetap akan edarkan gambar pada majlis pernikahan nanti.

"Saya ingin meminta maaf awal-awal dan saya harap semua pihak dapat menerima keputusan ini," kata Umie.

Buat masa ini, tutur Umie, dia masih belum memikirkan konsep majlis perkahwinan yang akan berlangsung nanti.

"Saya tidak pernah ada impian bentuk majlis perkahwinan yang ingin saya buat. Maklumlah, selama ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Tetapi, saya sudah jumpa tempat istimewa untuk pernikahan nanti.

"Cuma untuk resepsi kelak, saya belum pasti sama ada ingin bersanding atau tidak. Lagipun, saya lebih suka buat secara sederhana saja," jelasnya.

Ditanya tentang persediaannya bergelar isteri, sambil tersenyum, Umie akui, dia memerlukan tempoh untuk cuba menyesuaikan diri dengan status baru apatah lagi selama ini dia sering melakukan sebarang urusan seorang diri.

"Saya cakap pada dia, saya sudah terbiasa buat semua benda sendiri selama saya hidup. Jadi, kena perlahan-lahanlah untuk sesuaikan diri dengan kehidupan rumahtangga.

"Insya-allah, selepas berkahwin nanti kami akan tinggal di rumah ini (I-Zen). Memang ini pemberian Abang, tetapi bukan saja-saja bagi. Sebaliknya, kami akan duduk bersama di rumah ini bersama dua anak angkat saya, Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15.

"Dua orang anaknya pula ketika ini tinggal bersama ibu mereka. Apapun, saya amat mengalu-alukan kehadiran mereka untuk tinggal bersama di rumah ini bila-bila masa saja," kata Umie yang menambah, hubungannya dengan dua anak tirinya itu juga cukup baik.

Cuba mengimbas semula detik hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran lelaki istimewa di dalam hidupnya, kata Umie, semuanya berlaku cukup pantas sehinggakan dia sendiri 'terlupa' bagaimana dia menyatakan persetujuannya menerima lamaran Khairuddin yang baru dikenalinya secara serius selama lima bulan itu.

"Saya tidak ambil masa yang lama untuk terima lamarannya. Tapi itulah...saya sendiri tak tahu macam mana saya kata 'yes' kepadanya.

"Sebenarnya, sebelum ini dia adalah rakan kongsi kakak saya, Erma Fatima. Ketika itu memang saya tidak bercakap langsung dengannya. Tetapi sebelum arwah bapa saya meninggal tidak lama dulu, Erma ada meminta bantuannya untuk menguruskan proses pertukaran hospital yang merawat bapa saya.

"Dari situlah saya mula mengenali dia. Lama-kelamaan, saya nampak kejujurannya.Saya akui, dia mempunyai karektor yang berbeza dengan saya. Saya jenis yang aktif dan dia agak pemalu.

"Tapi, saya tertarik dengan dia kerana dapat menerima anak-anak angkat saya serta keluarga. Bagi saya, tidak kiralah sekaya mana pun seseorang itu, kalau dia tidak boleh menerima keluarga saya, tidak ada gunanya.

"Tapi berbeza dengan Abang. Dia melakukannya secara perlahan-lahan dan sentiasa ambil berat terhadap anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain. Dan itulah yang membuatkan saya yakin dengannya," ujar Umie tentang tunangnya yang sebelum ini hidup menduda selama 15 tahun.

Dalam pada itu, Umie turut meminta semua pihak agar tidak melabelkan Khairuddin sebagai 'jutawan' seperti mana yang sering diwar-warkan.

"Dia sebenarnya adalah ahli perniagaan biasa, bukanlah jutawan seperti yang digembar-gemburkan. Bila timbulnya perkara itu, dia dan keluarganya jadi tidak selesa.

"Dan saya juga tidak mahu ada pihak yang ingin memanggil saya Datin. Itu semua tidak perlulah," luah Umie yang akan meneruskan karier seninya seperti biasa selain cuba menjalankan bisnes sendiri seperti mana yang digalakkan oleh Khairuddin.

kredit:mstar

Konsert KL: Beyonce Setuju Pakai Sopan



KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2009: Sekali lagi superstar dunia, Beyonce, akan cuba membuat konsert di Malaysia pada 25 Oktober ini selepas mendapat bantahan daripada pihak tertentu kira-kira 2 tahun lalu yang akhirnya menyaksikan dia hanya beraksi di Indonesia.

Konsert jelajah terbaru yang dikenali sebagai Beyonce I Am… World Tour Live in Malaysia 2009 dibawakan oleh Marctensia sebagai penganjur yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Difahamkan, bagi menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia, penyanyi antarabangsa kesayangan ramai itu telah bersetuju memenuhi permintaan pihak penganjur untuk mengenakan pakaian yang tidak terlalu menjolok mata.

Beyonce dikatakan telah bersetuju mematuhi norma-norma serta tatasusila ketika beraksi di sini kelak, sebagaimana dilakukan oleh Mariah Carey dan Avril Lavigne ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam sidang media, baru-baru berkata, konsert sulung Beyonce di Malaysia itu akan tetap diteruskan sebagai satu cara mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan negara serta hiburan.

"Teater, seni, muzik, hiburan merupakan faktor utama sesebuah negara dikenali, peminat-peminat muzik akan mengikuti penghibur kesayangan mereka ke mana juga destinasi. Kerana hal itu banyak bandar utama di dunia dikenali ramai selain menampilkan budaya dan warisan," katanya selepas pelancaran Logo 1Malaysia Kementerian Pelancongan pada 25 September lalu.

Bagaimanapun kata Ng, adalah di luar bidang kuasa kementerian untuk campur tangan dalam soal lesen dan permit konsert berkenaan.

Konsert penyanyi dan pelakon filem Dreamgirls sebelum ini telah mendapat tentangan daripada sesetengah pihak di negara ini yang menyifatkannya ia sebagai punca keruntuhan moral generasi muda. Beyonce baru sahaja beraksi di Singapura sempena kejohanan F1.

kredit:murai.com

Siti: Datuk K hanya untuk saya..


GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.

Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:

“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.

kredit:mstar

Emelda nak timang anak dua tahun lagi


AGENDA tahun 2009 ini bukanlah untuk menimang cahaya mata bagi aktres cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid namun dia tidak menolak takdir andai rezeki anak itu tiba lebih awal.

Selepas diijabkabulkan pada 23 Mei lalu, isteri kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli ini belum menunjukkan tanda-tanda hamil sekaligus menafikan dakwaan yang menyangka wanita mesra dengan panggilan Mel ini telah hamil.

Emelda yang ceria dihujung talian berkata: “Tunggulah dulu..lagi dua tahun baru saya bersedia dan merancang untuk menimang cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki...sekarang saya pula sibuk dengan lakonan kerana tahun 2009 ini jadual kerja saya memang penuh.”

Jelas Emelda, selepas berkahwin aktiviti hariannya lebih sibuk berbanding sebelumnya sehingga nak buat sesi fotografi pun tak sempat.

“Mungkin sebab tu orang tak tau tentang cerita terbaru saya kerana jadual saya memang sangat padat.

Kata Emelda, sudah menjadi adat, kalau sebelum kahwin orang akan sibuk tanya tentang bila nak kahwin tetapi selepas kahwin orang akan tanya tentang anak pula.

“Perasaan saya berbelah bagi samada hendak ada anak atau tidak. Kalau dah ada anak, komitmen saya akan berubah.

“Sekarang saya mahu kumpul duit dulu untuk masa depan. Apabila sampai sasarannya dan kalau saya ada anak, saya akan fikirkan untuk berehat selama dua tahun.

kredit:mstar

KD tuntut hak penjagaan kedua anaknya


AKHIRNYA penyanyi terkenal Krisdayanti (KD) memilih tarikh semalam, Isnin, 29 September, untuk mendaftarkan tuntutan cerainya.

Namun demikian, kelibat KD tidak kelihatan dan pendaftaran cerai hanya dilakukan oleh Harry S Marpaung di Jakarta Selatan.

"Krisdayanti tak perlu hadir. Inikan daftar saja. Yang jelas, mereka berdua sudah bersepakat untuk bercerai," kata Harry sewaktu diwawancara selesai proses pendaftaran cerai.

Sementara itu, peguam KD Elsie Lontoh, berkata pihaknya sedang berusaha agar proses penceraian itu dilakukan dalam satu sidang sahaja.

"Ini adalah kerana sudah ada kesepakatan bercerai di antara keduanya," katanya. Namun, Elsie tidak dapat memberi jaminan samada kedua-duanya akan hadir atau tidak pada sidang itu nanti.

"Kalau untuk menghadirkan kedua belah pihak dalam persidangan nanti memang harus ada koordinasi terlebih dahulu," ujarnya.

Menurut Elsie, KD pernah memberitahunya dia ingin hadir pada persidangan itu kerana ianya sangat penting dalam kehidupan dia selama 13 tahun pernikahan bersama Anang.

Ketika ditanya tentang pendaftaran perceraian, Elsie menegaskan hal tersebut bukanlah hal yang penting.

"Sebelum pendaftaran cerai ini, kedua mereka sudah adakan pertemuan dan sepakat pendafatran cerai atas nama Krisdayanti," jelas Elsie.

Meskipun baru mendaftarkan cerai, dari segi ugama status hubungan suami istri Anang dan KD sudah pun berakhir. Mereka bercerai setelah Anang menjatuhkan talak tiga hari sebelum Ramadan baru ini.

Walaupun sudah tiada ikatan lagi dengan Anang Hermansyah, KD tidak berhasrat untuk berpisah dengan dua buah hatinya, Auriel dan Azriel.

Untuk tujuan itu, KD ingin membuat tuntutan pembagian hak pengasuhan kedua anaknya itu.

"Masalah perceraian, kedua mereka sudah sepakat. Sekarang, KD menitikberatkan kepada masalah anak," kata peguamnya.

"KD akan mengajukan kepada hakim mengenai hak pengasuhan anak kerana ia juga ingin memenuhi peranannya sebagai ibu. Soal pengajuan pembagian waktu bersama anak-anak akan terjawab setelah proses pembuktian nanti," kata peguamnya.

Sejak Anang Hermanysah menjatuhkan talak kepada KD Ogos lalu, kedua anak mereka memilih tinggal bersama Anang di studio rakaman/kantor KD Production di Jalan Radio Dalam, Jakarta Selatan.

Menurut laporan, Anang belum lagi memberi izin kepada KD untuk bertemu dengan anak-anaknya disebabkan secara psikologi, anak-anak masih menyimpan marah terhadap KD. Meskipun begitu, KD tetap berharap mendapatkan izin untuk mengunjungi dan memberikan kasih sayang sebagai seorang ibu.

"Di manapun dan bila-bilapun, mereka memerlukan saya sebagai ibu kandungnya," ujar KD.

kredit:mstar

Rozita terkenang suasana di Mekah


Berstatus ibu tunggal, seperti ibu-ibu lain, persiapan berhari raya untuk anak-anak menjadi perkara wajib saban tahun bagi pemilik nama sebenar Rozita Che Wan ini.

Berhari raya di kampungnya di Alor Setar, Kedah, kata Rozita, itulah itulah sahaja kesempatan yang ada untuknya setelah sibuk menjalani pengambaran untuk sebuah telemovie raya, Gondoruwo yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Biarpun teruja dan gembira kerana berkesempatan membeli belah untuk anak-anaknya namun, jauh di sudut hati jelitawan ini masih terkenangkan Tanah Suci Mekah yang dikunjunginya menerusi ibadah Umrah pada 29 Ogos lalu.

Malah katanya, itulah kali pertama dia berpeluang merasai nikmat menjalani ibadah puasa di sana.

Perasaan seronok dan gembiranya bertambah apabila dia dapat berkongsi suasana berpuasa di tanah suci bersama ibu tercinta, Zabedah Saad.

"Syukur, dapat juga saya merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci. Saya dengar daripada kawan-kawan berpuasa di Mekah lain suasananya berbanding di negara ini.

"Sebab itu saya cuba juga dapatkan cuti dan rancang sebaik mungkin membawa mak untuk menunaikan Umrah sekali gus merasai nikmat berpuasa di sana," kata Rozita.

Menurut Rozita, tahun lalu dia pernah merancang untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadan, namun kesibukan serta jadual kerja yang tidak menentu mengekang hasratnya itu.

Masih tidak mahu mengalah, sekali lagi dia merancang untuk menunaikan umrah sambil menjalani ibadah puasa di Tanah Suci.

Bezanya kali ini dia merancang awal sejak bulan April lagi.

"Alhamdulillah kesempatan itu dapat saya penuhi dengan menjalani pelbagai ibadah. Malah, masa yang terluang saya cuba isi dengan pelbagai ibadah sunat.

"Tambah menggembirakan, pengalaman berharga itu dapat saya kongsi bersama mak saya," kata Rozita yang mengakhiri ibadah Umrah pada 11 September lalu.

Bercerita lanjut tentang suasana Ramadan di tanah suci, kata Rozita, biarpun cuaca panas mencecah 48 darjah celcius, namun kerana keterujaan berada di Tanah Suci membataskan kesukaran yang dilaluinya.

"Masa berpuasa di sana memang lain dari Malaysia. Di sana pada pukul 4.30 pagi sudah masuk waktu subuh sementara berbuka pula lebih kurang pukul 6.30 petang.

"Menariknya, saya sama seperti orang lain di sana dapat berbuka puasa beramai-ramai di masjid sambil makan nasi dan roti Arab," cerita Rozita dengan nada ceria.

Kali pertama Rozita menunaikan Umrah bersama bekas suaminya enam tahun lalu.

Edi Rizal 'kempunan'



Anak ketiga pelakon veteran, Norlia Ghani iaitu Edi Rizal Ramli, 33, tidak sempat berhari raya dengan bapanya walaupun telah berjanji untuk pulang ke rumah orang tuanya itu di Gombak hari ini.

Ramli Ismail, 60, berkata, ketika kali terakhir bertemu Edi Rizal tiga bulan lalu, arwah memberitahunya mahu beraya bersamanya di rumahnya.

"Saya memang menunggu kedatangannya untuk beraya dengan saya dan adiknya hari ini.

"Tetapi ketika saya berada di rumah jiran kerana menghadiri kenduri, ada ahli keluarga menelefon dan beritahu Edi Rizal meninggal dunia kerana terjatuh dari pangsapuri,''

Menurut Ramli, walaupun jarang berhubung, namun sebagai bapa dia tetap menanti anaknya untuk beraya bersama.

Katanya, dia reda dengan pemergian Edi Rizal meskipun mereka tidak sempat berjumpa dan saling bermaafan.

Sementara itu abang mangsa yang juga pelakon Rusdi Ramli, 38, memberitahu, adiknya pernah menjadi mangsa samun sebulan lalu dan tindakannya cuba menangkap pencuri hari ini dipercayai akibat geram dengan jenayah yang berlaku itu.

''Dalam kejadian samun itu, adik saya kehilangan wang tunai hampir RM500 dan telefon bimbit.

''Sejak itu dia pantang mendengar atau melihat jenayah kecurian berlaku dan saya percaya kejadian hari ini ada kaitan dengan insiden yang berlaku terhadapnya,'' ujarnya.

kredit:utusan

Maut buru pencuri


“Di jangan Di, bahaya, nanti jatuh,” laung beberapa penduduk yang menyaksikan saat cemas ketika adik pelakon Rusdi Ramli, Edi Rizal, 33, berpaut pada balkoni di tingkat tujuh pangsapuri dengan sebelah tangan memegang kayu hoki.

Bagaimanapun, kebimbangan mereka menjadi nyata apabila melihat anak ketiga pelakon Norlia Ghani itu jatuh selepas pautannya di dinding balkoni itu terlepas.

“Kami yang berada di bawah pangsapuri menjerit supaya dia tidak cuba memasuki rumah yang disyaki ada pencuri di dalamnya, tetapi dia tetap mahu cuba memberkas pencuri terbabit,” kata saksi Faisal Rizal, 35.

Menurut Faisal, beberapa penduduk mendakwa melihat kelibat individu yang mencurigakan kira-kira jam 12 tengah hari cuba memecah masuk rumah penghuni Pangsa Murni Titiwangsa Keramat Jaya 2, Jalan Gurney, Keramat yang kosong kerana masih di kampung sempena Aidilfitri.

“Kami beramai-ramai keluar mengepung suspek yang dipercayai berada di sebuah rumah di tingkat tujuh, ada antara kami yang berada di tingkat berkenaan dan ada yang menunggu di bawah,” katanya.

Namun, Edi cuba memasuki rumah di tingkat tujuh terbabit bagi memeriksa sama ada penjenayah berada di rumah berkenaan atau tidak.

“Segalanya berlaku begitu pantas, malah ketika pautan tangan Edi terlepas, kami sempat melihatnya terjuntai beberapa ketika sebelum jatuh dan terkena bumbung sisi sebuah rumah di bawah sebelum terjatuh di kaki lima,” katanya.

Faisal berkata, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaannya sangat parah dan terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

Seorang lagi penghuni, Jamaluddin Ahmad, 58, yang turut dalam kumpulan penduduk untuk mengesan pencuri terbabit tidak menyangka niat baik Edi untuk membanteras penjenayah berakhir dengan tragedi.

“Saya terkejut melihat kejadian itu dan tidak menyangka Edi menemui ajalnya ketika cuba memberkas pencuri, jelas niatnya murni, namun Tuhan lebih menyayanginya,” katanya.

kredit:hmetro

Norlia Ghani harap pencuri sebabkan kematian anaknya insaf


Pelakon Rusdi Ramli, 39, (dua, kiri) bersama ayahnya, Ramli Ismail, 68, (dua, kanan) menunggu jenazah Edi Rezal Ramli, 33, di luar Bilik Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur di sini, hari ini. Turut serta adik beradiknya, Emi Atkashina Ramli, 26, dan Romiza Ramli, 36. Mangsa yang juga adik Rusdi dikatakan terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat

SENIWATI popular Norlia Ghani tidak mampu menolak takdir Ilahi apabila anak keempatnya, Edi Rizal Ramli, 31, telah meninggal dunia semalam.

Adik kepada pelakon popular Rusdi Ramli ini meninggal akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala setelah terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di Kuala Lumpur sekitar pukul 12 tengah hari ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh salah sebuah unit di tingkat yang sama.

“Jenazah anak saya sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat selepas Isyak.

“Arwah meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 12 lebih tadi (semalam).

“Doktor kata dia tidak dapat selamatkan anak saya kerana dia cedera teruk di kepala,” kata Norlia dalam nada terisak-isak dan tidak mampu membendung kesedihannya.

Bercerita mengenai keadaannya sewaktu anaknya berada di tempat kejadian, Norlia berkata dia berada di rumah anak perempuannya di Ampang.

“Semalam (dua hari lalu), saya tidur di rumah kakaknya di Ampang. Jadi, saya mendapat maklumat daripada abangnya, Romiza yang dia jatuh bangunan. Saya terus balik dan ke hospital.

“Saya sempat jumpa dia semalam tetapi hari ini (semalam) tak sempat jumpa.

“Saya macam tak percaya sebab dia cepat sangat pergi. Dia jatuh dan terus meninggal.

“Pada mulanya memang saya tak boleh terima tetapi memang dah ajal dia nak buat macam mana. Alhamdulillah semuanya dah selamat,” ujarnya.

Menurut pelakon yang lebih dikenali menerusi drama komedi ini, anak bujangnya itu tinggal bersamanya di pangsapuri itu.

Kiranya, Syawal yang diraikan kali ini agak meruntun hatinya namun dalam berduka, pelakon yang dikenali dengan nama Joyah ini tidak lepas mendoakan agar pencuri itu berubah dan mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku kepada anaknya.

“Arwah cuba menangkap pencuri yang masuk ke rumah orang lain tetapi selepas itu dia terjatuh.

“Ramai orang nampak dia jatuh dan saya pun tak pasti samada pencuri tu berjaya ditangkap atau tak sebab orang lain lebih menumpukan kepada anak saya yang jatuh.

“Saya harap pencuri itu insaf sebab anak saya pun dah meninggal..

“Saya terkejut kerana ia berlaku semasa kita seronok beraya dan tak sangka yang tahun ini merupakan tahun terakhir dia sambut raya dengan saya dan ahli keluarga yang lain.

“Masa raya baru-baru ini, kami sempat juga raya bersama dan mak saudara dia pun ada datang dari Amerika. Jadi, kami dapat beraya beramai-ramai.

“Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong anak saya dan yang mengucapkan takziah,”

kredit:mstar

gambar anak malique dan melissa


'Jangan pisahkan cinta kami'




TIBA waktunya mereka akan disatukan juga. Biar apapun dugaan yang mendatang, hati Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Ahmad Nabil Ahmad, 26, terhadap kekasihnya, Irma Hasmie Ibrahim, 27, tidak akan tergugat.

Bukan tiada yang cuba 'cucuk jarum' untuk memusnahkan ikatan yang terjalin, malah lebih itu, ada yang iri hati melihat kebahagiaan yang dikecapi pasangan merpati dua sejoli itu, tetapi cinta mereka tetap utuh. Tiada yang mampu memisahkan hati mereka, melainkan maut menjemput.

Malah jika ditakdirkan jodoh mereka tiba awal, Nabil dan Irma sudah bersedia melayari bahtera hidup sebagai suami isteri. Mereka kini sedang berusaha mempercepatkan hari bersejarah jika diizinkan Tuhan.

Secara jujur, Irma akui: "Saya sedar tak semua orang merestui hubungan saya dengan Nabil, malah ada yang cuba menyebarkan cerita bukan-bukan untuk memisahkan kami. Ada kalanya saya tak tertahan dengan tohmahan yang ditabur, saya dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan pengarah itu, penerbit ini. Bagaimanapun, mujurlah Nabil tidak cepat melatah, dia juga tidak mudah mempercayai cakap-cakap orang tanpa melihat dengan mata kepala sendiri.

"Saya hairan apabila saya berbaik dengan mana-mana pengarah atau penerbit mula timbul cerita saya menjalinkan hubungan sulit dengan mereka, sedangkan saya berbaik dengan mereka disebabkan urusan kerja, bukan ada skandal. Dan seharusnya seorang pelakon berbaik dengan pengarah atau penerbit untuk masa depan kerjayanya.

"Bagaimanapun, saya dan Nabil berfikiran terbuka dalam banyak perkara dan apa pun tindakan yang diambil perlulah rasional, bukan mengikut kata hati. Alhamdullilah, sehingga hari ini, apapun ujian yang cuba menggoncangkan hubungan, kami belum lagi tergugat. Nabil kenal hati budi saya, begitu juga saya mengenali Nabil secara mendalam."

Pelakon drama Lima dan Awan Dania itu mengakui ada juga yang cuba menggoda, tetapi jangan kata nak layan, dipandang pun tidak kerana hatinya hanya ada pada Nabil seorang.

Sambil menjeling kekasihnya itu, Irma akui: "Prinsip saya mudah, jika tidak dilayan, kecurangan tidak akan berlaku. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, jadi saya tak berminat nak melayan lelaki-lelaki yang cuba menggugat hubungan saya dengan Nabil. Pokok pangkal diri sendiri.

"Saya sedar hubungan yang belum ada ikatan sah tidak lepas daripada dugaan, lebih lagi saya bercinta dengan seorang terkenal seperti Nabil tetapi saya yakin jika pandai mengemudi sebuah kapal, sudah tentu akan tiba ke dasarnya walaupun ada kalanya kapal dipukul ribut dan gelombang."

kredit: bharian

artis dan kek








Lebih 30 artis bakal terlibat dalam jualan kek amal yang disediakan 14 hotel terkemuka pada 3 Oktober 2009 di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, dari 3 p.m. hingga 5 p.m.

kredit:mstar

Azwan doa depan Kaabah mohon Allah ampunkan dosa musuh







PENGACARA popular, Azwan Ali memang sudah sinonim dengan mulut 'laser' setiap kali berbicara. Malah dia juga sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, Azwan yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah mengakui, dia dapat merasakan perubahan terhadap dirinya dan seboleh mungkin, dia tidak lagi mahu ada pihak yang ingin menyamakan Azwan Aliyang dahulu dan sekarang.

"Alhamdulillah, setelah saya selamat mengerjakan umrah, saya dapat rasakan ada perubahan pada diri saya dan moga-moga ini adalah Azwan Ali yang baru.

"Saya juga berharap supaya masyarakat dan juga orang-orang industri hiburan tidak lagi menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

"Inya-Allah, saya berharap selepas ini jika masih ada pihak yang ingin memfitnah atau gosipkan saya, saya akan maafkan mereka awal-awal... malah saya akan terima dengan senyuman dan redha sahaja," kata Azwanketika dihubungi mStar Online.

Kata Azwan lagi, dia amat bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah, dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali.

"Saya bersyukur sangat apabila nama-nama yang saya anggap musuh saya, iaitu 10 orang wartawan yang pernah saya maki-hamun, saya dapat sebut dengan terang dan jelas berulang kali di hadapan Kaabah.

"Tapi tujuan saya sebut nama mereka bukanlah nak minta Tuhan turunkan bala kepada mereka. Sebaliknya saya minta Tuhan ampunkan dosa saya dan juga dosa mereka.

"Saya pun bukanlah nak bermusuh selama-lamanya, jadi dengan cara ini saya minta Tuhan boleh beri petunjuk kepada kami," jelasnya.

Ditanya mengenai pengalamannya ketika mengerjakan umrah pada 7 September sehingga 24 September lalu, Azwan mengatakan ia adalah satu perjalanan yang mengasyikkan dan satu nikmat yang tidak terhingga buatdirinya.

"Saya telah berada di sana selama 18 hari 16 malam, di mana lima hari saya berada di Madinah dan selebihnya di Kota Mekah.

"Saya merasa nikmat sangat kerana tidak ada berlaku sebarang musibah terhadap diri saya walaupun saya sering dicop dengan pelbagai gosip liar.

"Tetapi apabila saya sampai di sana saya rasa semua yang positif terhadap diri saya dan saya yakin semua itu adalah rezeki dari Allah s.w.t terhadap Azwan Ali," kata Azwan

Menurut Azwan juga kejayaannya mengerjakan umrah adalah di atas berkat doa peminat-peminatnya dan juga rakan-rakan artis yang sering menyokongnya.

"Saya telah mendapat banyak doa restu dari ribuan peminat saya dan juga rakan-rakan artis yang sentiasa menyokong saya.

"Saya berterima kasih sangat kepada Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Amy Search, dan Rosyam Nor kerana banyak menyokong dan mendoakan saya.

"Saya tidak sangka walaupun saya dilanda dengan pelbagai kontroversi, tetapi masih ramai yang sayangkan saya," jelasnya.

kredit:mstar

Umie-Datuk K bertunang Selasa depan


kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaan tersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya, Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29 September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.

"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini, pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunangan pasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalam proses persiapan".

Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakan dan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinan akan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.

Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umie bagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlis pertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnya itusecara sederhana.

Difahamkan, Umie juga bakal menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal, Bill Keith untuk persalinan pada majlisnya itu nanti.

Pada 17 Mei lalu, majlis merisik antara Umie dan Datuk K telah diadakan dan ia dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Umie bagaimanapun pada waktu itu lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita tentang kekasihnya yang berusia pertengahan 40an itu dan hanya menjelaskan, lelaki itu "berkulit cerah dan berwajah Cina".

Dalam pada itu, sambutan Hari Raya tahun ini agak istimewa buat Umie kerana dia berpeluang berkunjung ke rumah kekasihnya itu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari kedua lebaran.

Menurut Umie, dia turut membawa bersama dua anak angkatnya, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, serta adiknya.

kredit:mstar

Pelakon cilik Fimie tak dapat duit raya sebab berlakon





DUIT raya pasti menjadi agenda pertama yang difikirkan oleh kanak-kanak namun berlainan dengan pelakon Shafimie Saedon atau Fimie, 11, yang sudah tidak dapat mengumpul banyak duit raya gara-gara bergelar seorang pelakon.

“Ramai bapa dan ibu saudara saya yang sudah tidak memberi duit raya kepada saya sebab mereka kata saya berlakon dah banyak dapat duit. Jadi, mula umur saya 9 tahun, saya dah tak dapat banyak duit saya.

“Tahun lepas pun saya mendapat kurang dari RM100. Duit-duit tu termasuk duit lakonan, saya akan simpan atau beri kepada mama dan papa.

“Selain itu, saya gunakan duit itu untuk membeli barang keperluan sekolah dan pakaian. Untuk baju raya saya beli sendiri dalam dua hingga tiga pasang,” kata pelakon utama siri ‘Hikayat Putera Shazlan’ dan ‘Bong’ yang bijak berkata-kata ini.

Bercerita mengenai rayanya, Fimie berkata dia beraya di empat tempat iaitu Sungai Petani dan Alor Setar, Kedah, Perlis dan Bidor, Perak.

“Raya tahun ni saya ‘free’ berbanding tahun lepas sebab terlibat dengan program ‘Nasi Lemak Kopi O’,” ujarnya yang mula berlakon sejak berusia 5 tahun.

Fimie berkata dia menceburi industri lakonan menerusi drama yang disiarkan di RTM dan telah berlakon lebih 30 buah drama, tiga buah filem dan 50 buah iklan seperti drama ‘Kudrat’, ‘Ramadan ke-30’, ‘Mencari Sinar Lailatulqadar’, ‘Malam Tujuh Likur’, filem ‘Magika’, ‘Aman’ dan ‘Seram’.

“Iklan pertama yang saya lakonkan adalah iklan untuk JPJ ‘Tengok kiri tengok kanan’ sewaktu berusia 6 tahun.

“Semasa mula-mula berlakon dulu, saya rasa seronok tetapi sekarang dah penat sehingga kadangkala saya rasa tak nak berlakon lagi sebab tiada masa untuk diri-sendiri,” luahnya yang sudah pandai membaca buku sewaktu berusia 4 tahun.

Fimie bukan sahaja tampak bijak menerusi lakonannya malah dia juga pernah menerima anugerah pelajar cemerlang ketika berusia 8 dan 9 tahun.

Di sekolah, Fimie merupakan seorang pelajar yang aktif dan banyak bertanya kepada guru tentang pelajarannya.

Apabila dewasa anak bongsu daripada tiga beradik ini bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang atau arkitek.

Namun, dia juga menyimpan hasrat untuk bergelar pengarah secara kebetulan dirinya telah menceburi bidang lakonan.

“Saya ada banyak cita-cita. Saya nak jadi pengarah sebab ia lebih mencabar daripada berlakon kerana saya suka melakukan perkara yang aktif dan mencabar.

“Jadi, saya nak ikuti aktiviti lasak dalam program PLKN,” ujarnya yang mengaku kaki bangku dan meminati sukan badminton serta nyanyian.

Adik kepada pelakon siri 'Kisah Kaisara', 'Cuit-Cuit Sayang' dan 'Hikayat Putera Shazlan', Shafinie, 18, ini berkata dia ingin mengikuti jejak langkah pengarah Prof Dr Hatta Azad Khan dan Edry KRU.

“Dalam banyak-banyak artis, saya lebih suka memilih pengacara Aziz Desa sebagai idola kerana saya suka cara dia menulis sajak,” tutur Fimie yang turut terlibat dalam beberapa program raya.

Antaranya adalah 'Ketupat Rendang Kopi O' yang disiarkan di TV9, 'Kuih Goyang Seha' (TV3), 'Rumah Kembar 4' (RTM) dan 'Gabra' (RTM).

kredit:mstar

Noorkhiriah Teruja Menanti Anak Pertama


Seperti ramai wanita yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya, Noorkhiriah tidak sabar menanti kelahiran anak sulungnya pada November ini.

"Tak dapat saya gambarkan perasaan seronok itu. Malah bila kami mendapat pengesahan dari doktor, kami terlalu teruja sampai tak terkata. Ia anugerah yang tak ternilai," katanya.

Sejak disahkan hamil, pelakon berusia 33 tahun ini yang pernah mengalami keguguran dua tahun lalu, lebih berhati-hati dalam menjaga kandungannya. Ini termasuk mengurangkan aktiviti penggambaran. Namun bagi peminat yang rindu melihat lakonannya, Noorkhiriah bakal tampil di pawagam melalui filem terbarunya, 'Papadom' pada 8 Oktober ini.

Bercerita pengalaman mengandung anaknya, dia memberitahu seperti kebanyakan wanita mengandung, dia juga mengalami alahan pada tiga bulan pertama walaupun ia tidaklah seteruk mana. Pada bulan keempat, alahan itu makin berkurangan.

Dan seperti ramai wanita mengandung, dia tidak terkecuali dari mengidam. Antara makanan yang diidamkan seperti peria goreng, gulai tempoyak dan sayur maman. Nasib baik ibunya ada untuk melayan permintaannya.

"Ada-lah dalam tiga bulan saya kuat mengidam. Suami (Azfaidzul Antan) pun cukup memahami. Beritahu saja apa saya nak, dia carikan. Tapi kesian juga kat dia. Penat dia kerja. Sebab itu saya banyak menghabiskan masa di kampung. Tak perlulah dia terlalu bimbang keadaan saya.

"Bagus juga saya tinggal bersama mak kerana dari hujung kepala ke hujung kaki, dia jaga, dari mandi herba, memberi petua seperti jangan tidur sampai pukul 10, 11 pagi, tuala jangan lilit di leher, jangan garu perut ...."

Kini, dalam bulan ketujuhnya, Noorkhiriah memberitahu kandungannya semakin ligat bergerak. Tidak kisah apa jantina anaknya, katanya yang sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga, "Mendapat kurniaan ini, kami sudah bersyukur atas rahmat-Nya."

Bakal berpantang di Raub, Pahang, kongsinya, jikalau boleh, ingin ditambah dua orang lagi cahaya mata sebelum dia mencapai usia 40 tahun.

"Tapi kalau cukup seorang je anak, saya redha. Semua ini dibawah kuasa Tuhan," katanya yang pernah terfikir untuk mengambil anak angkat jika gagal mengandung lagi.

kredit:gua.com.my

Sazzy Falak ubahsuai rumah untuk kelainan


Bagi pasangan Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus, yang beraya di sekitar Kuala Lumpur pada tahun ini, telah menghias serta mengubah suai rumah mereka agar kelihatan berlainan pada raya tahun ini.

"Sepanjang bulan puasa lalu, saya telah menghias serta mengubah suai rumah saya agar ada kelainan pada raya tahun ini.

"Saya memang suka menghias rumah, jadi saya ambil peluang ini untuk melakukannya... saya juga turut dibantu oleh ibu saya, kawan ibu saya serta pembantu rumahnya.

"Tema tu mungkin tiada, tapi boleh dikatakan saya mengubah suai rumah saya ala-ala bohemian, sebab saya memang suka kumpul berbagai perhiasan sama ada klasik atau moden. Jadi saya gabungkan antara klasik dan moden untuk menghias rumah saya," jelas Sazzy.

Selain suasana baru dalam rumahnya, Sazzy mengatakan ada lagi kelainan pada raya tahun ini di mana suaminya telah memotong pendek rambutnya agar kelihatan seperti David Beckham.

"Raya tahun ini juga suami saya telah potong rambut pendek... sebab dia nak jadi macam David Beckham.

"Lagipun saya yang suruh dia potong pendek macam tu... sebab saya suka tengok dia berambut pendek dari berambut panjang," katanya.

Sazzy juga mengatakan dia dan suaminya telah beraya tanpa henti di sekitar Kuala Lumpur untuk menziarah sanak saudaranya kerana kebanyakan mereka menetap di Kuala Lumpur.

"Masa malam raya tu memang saya beraya di rumah datuk saya di Ampang, memang kebiasaannya seperti raya tahun-tahun lalu kami akan beraya di rumah datuk saya dahulu.

"Selepas beraya di rumah datuk saya, kami akan sibuk pusing satu Kuala Lumpur untuk menziarah sanak saudara kerana mereka semua menetap di Kuala Lumpur.

"Jadi beberapa hari ini, kami tanpa henti beraya di rumah sanak saudara sahaja," kata Sazzy yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Galaksi di TV9.

Selain itu Sazzy mengatakan pada tahun ini dia dan suaminya tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka berikutan ketiadaan pembantu rumahnya yang telah berhenti untuk membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

"Saya dah fikir banyak kali juga sebelum ini sama ada nak buat rumah terbuka atau tidak. Sejak pembantu rumah saya berhenti kerja, semuanya saya uruskan sendiri.

"Jadi saya rasa agak sukar untuk mengadakan majlis rumah terbuka jika segalanya saya perlu uruskan sendiri.

"Jadi saya dan suami putuskan untuk tidak buat rumah terbuka dan hanya turut serta pada majlis rumah terbuka datuk saya tempoh hari sahaja," kata Sazzy yang telah muncul di pawagam pada hari raya pertama lalu dalam filem 'Jin Notti' yang dibintanginya.

kredit:mstar

Nur Eishal penyeri lebaran Eja tahun ini


SYAWAL tahun ini memang cukup bermakna buat pemilik nama Siti Shahrizah Saifuddin atau mesra dengan panggila Eja ini.

Jika sejak 10 tahun yang lalu, hari lebaran disambut hanya dengan suami tercinta dan ahli keluarga yang lain, tetapi kali ini kehadiran Nur Eishal nyata lebih menambah keceriaan buat Eja dan keluarga.

Permata hati Eja dan suaminya itu yang lahir ke dunia pada 3 September lalu memang amat dinanti-nantikan oleh aktres jelita itu. Eishal yang digelar 'bayi Ramadan' oleh Eja kerana dilahirkan pada bulan mulia itu dianggap sebagai 'penyeri' Hari Raya tahun ini.

"Walaupun saya masih dalam pantang, tetapi saya memang 'excited' sambut raya tahun ini. Memang lebih ceria nampaknya raya kali ini dengan kehadiran Eishal.

"Memandangkan saya sedang berpantang di rumah ibu di Puchong, jadi suasana raya akan meriah kerana selalunya, memang rumah ibu akan menjadi tumpuan ahli keluarga dan saudara-mara semua bertandang.

"Cuma bezanya tahun ini, saya tidak buat sebarang persiapan raya. Maklumlah, saya sedang dalam pantang.

"Mungkin tahun depan saya akan sibuklah menjelang raya kerana Eishal juga makin besar nanti," ujar Eja ceria menceritakan tentang bayi perempuannya itu.

Bercerita tentang kehidupannya kini bergelar ibu, tutur aktres berusia 37 tahun, dia akui sedang menyesuaikan diri dalam meniti fasa hidup yang baru.

"Dapat menjadi seorang ibu memang akan membuatkan hidup seseorang wanita itu lengkap. Itulah yang saya rasai sekarang. Tidak saya nafikan, hidup saya sudah berubah 360 darjah sejak Eishal dilahirkan.

"Semua kerja kena buat dengan pantas sekarang ini kerana pada masa yang sama kena menjaga 'baby'. Saya akui, pertama kali menjadi ibu memang agak kekok pada awalnya.

"Saya tidak dapat lupakan saat anak anak saya menghidap demam kuning selepas beberapa hari dilahirkan. Memang panik betul saya ketika itu apatah lagi badan Eishal juga dipenuhi ruam yang saya tidak tahu apa puncanya.

"Empat hari anak saya dimasukkan ke hospital selepas itu. Tetapi alhamdulillah, keadaan Eishal semakin 'ok' selepas ibu turut cuba cari tradisional dengan memberikan dia minum susu kambing," cerita Eja tentang pengalaman awalnya bergelar ibu.

Eja juga turut berkongsi cerita di sebalik nama Nur Eishal yang dipilih oleh suaminya, Mohd. Silahuddin Jamaluddin, untuk anak sulung mereka itu.

"Saya memang teringin nak namakan anak perempuan dengan nama 'Nur'. Dan saya beritahu suami saya, kalau boleh, saya ingin anak kami nanti berpangkal nama 'E' selepas perkataan 'Nur' itu.

"Saya pun tak tahu mengapa saya suka sangat huru 'E' itu, mungkin juga kerana mengikut nama saya, Eja.

"Suami saya kemudiannya cari tiga pilihan nama yang sesuai dan akhirnya, kami bercadang untuk ambil nama Nur Eishal yang bermaksud 'bunga syurga'. Alhamdulillah, ramai yang puji dengar nama ini," kata Eja.

Ditanya tentang perancangannya selepas habis berpantang nanti, ujar Eja, dia akan kembali menghabiskan penggambaran drama bersiri Tasbih Cinta arahan Erma Fatima.

"Saya akan berpantang selama 44 hari. Memang saya kena ikut betul-betul proses pantang ini kerana ibu saya memang tegas dalam hal-hal seperti ini.

kredit:mstar

Jin Notti berjaya menarik satu juta penonton pada hari pertama



Hampir sejuta penonton telah menonton filem yang dinanti-nantikan sempena Hari Raya Aidilfitri, Jin Notti, pada hari pertama tayangannya di 70 pawagam di seluruh negara semalam.

Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli berkata syarikatnya mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai.

Beliau juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan lain-lain.

Jin Notti merupakan kisah seorang jin perempuan yang baik hati dan jujur menyebabkan semua jin marah terhadapnya kerana sikapnya itu seperti melanggar etika jin-jin.

Filem yang diterbitkan oleh KRU Studios ini dijangka ditayangkan selama dua minggu dan selepas itu, dipasarkan ke seluruh negara dalam bentuk cakera serba guna digital dan cakera padat video (DVD & VCD).

kredit:mstar

Qaqa At-Tameemi penyeri hari lebaran Amy Search


PASTINYA hari lebaran tahun ini begitu mengegmbirakan buat lagenda rock tanahair, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, apabila isterinya Norhasniza Hassan (Norish)telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 3.55 petang semalam di Hospital Gleneagles, Ampang.

Malah Amy melahirkan rasa kesyukurannya setelah anak kelimanya Qaqa At-Tameemi selamat dilahirkan seberat 3.5 kilogram. Norish telah melahirkan Qaqa secara pembedahan.

dia begitu bersyukur masih dikurniakan cahaya mata kerana Amy tidak menjangka selepas usianya menjangkau 50 tahun dia akan memiliki cahaya mata lagi.

"Saya sangat bersyukur setelah Qaqa selamat dilahirkan, saya sendiri tidak menjangka akan mendapat cahaya mata lagi selepas usia saya menjangkau 50.

"Saya tidak pernah bercita-cita untuk ada anak lagi selepas umur saya sekarang ini, tetapi rezeki yang Tuhan beri pada saya dan saya amat bersyukur," katanya.

Ditanya mengenai makna yang terdapat pada nama anaknya, Amy mengatakan dia memilih nama Qaqa At-Tameemi itu adalah kerana tertarik dengan kisah Ketua Tentera Islam, Qa'qa bin Amr Al-Tameemi yang cukup disegani.

"Makna pada nama anak saya ini adalah ruang kesempurnaan atau dalam sesetengah buku lain bermaksud kehidupan sempurna.

"Nama ini saya yang pilih dan saya ambil dari salah sebuah buku yang berjudul 'The Great Muslim Commander' yang saya beli ketika berada di Madinah.

"Buku itu menceritakan mengenai sejarah pejuang-pejuang Islam dan saya tertarik dengan cerita mengenai Ketua Tentera Islam, Qa'qa bin Amr Al-Tameemi," jelas Amy.

Amy turut mengatakan, dia tidak akan membuat sebarang persiapan raya kerana ingin menumpukan perhatian kepada isteri dan anak-anaknya.

"Tahun ini tiada sebarang persiapan raya... saya hendak tumpu kepada isteri dan anak-anak saya.

"Saya pun tidak merancang untuk balik beraya ke kampung, tambah dengan keadaan isteri saya, jadi tahun ini cuma akan beraya di Kuala Lumpur saja.

"Rumah terbuka pun tak pasti lagi akan dibuat, cuma jika ada saudara mara atau rakan-rakan yang ingin melawat kami alu-alukan," kata penyanyi utama kumpulan Search ini.

Amy yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali, kini telah mempunyai lima orang anak hasil perkahwinannya dahulu dan kini. Nabila Huda anak sulung Amy hasil perkahwinan pertama. Perkahwinan seterusnya melahirkan seorang lagi anak perempuan, Alisha.

Amy telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 5, Sania Samara, 4 dan terbaru Qaqa At-Tameemi, 2 hari bersama isterinya Norish.

kredit:mstar

Faizal tetap balik kampung beraya selepas jalani pembedahan


Artis yang terkenal dengan lagu popular 'Bencinta', Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampung halamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannya pagi ini.

Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalani pembedahan pada pagi ini.

"Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya kerana bermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama dan selepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.

"Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor, kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya, kecederaan lutut kanannya mungkin melarat," kata Haryadi ketika dihubungi di sini hari ini.

Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.

"Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnya kepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalam tempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.

kredit:mstar
"Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini," tambahnya.

Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya.

"Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapi kesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.

"Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jika tiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan dia ingin terus pulang ke Pinang untuk beraya sambil berehat," katanya.