Showing posts with label cerai. Show all posts
Showing posts with label cerai. Show all posts

emma akma cerai talak 3


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengesahkanpelakon, Emma Akma bercerai talak tiga dengan suaminya, Mohd KamalJaafar Sidik.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkanperceraian Emma Akma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus selepas MohdKamal, 35, seorang pengarang akhbar melafazkan cerai dengan talak satu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 1 Januari 2005 dan pernah dua kali bercerai sebelum merujuk semula Mac lalu.

Anang ceraikan Krisdayanti


Anang Hermansyah, atau anang, suami kepada krisdayanti telah mengaku menceraikan penyanyi itu 4 hari sebelum bulan puasa bermula.

"jangan salah faham, bukan saya yang meminta cerai tetapi dia yang memintanya"

Anang jua berkata bahawa mereka telah berbincang dan telah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepada Anang.

Anang, yang berkahwin dengan Krisdayanti pada 1996 enggan memberitahu sebab perceraian mereka,tetapi anak perempuan sulung Krisdayanti, Titania Aurelie Hermansyah,11,memberitahu bahawa ada sekali semasa dia sedang berenang, kris telah membawa seorang lelaki, ahli perniagaan dari Timur Timor masuk kedalam bilik tidurnya.

pengakuan anang menceraikan krisdayanti boleh dilihat disini

kredit:jakarta globe,seleb.Tv

sarimah dan amir berpisah


Sarimah Ibrahim, 31, yang terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan suami tercinta tidak dapat dipertahankan sehingga menuju persimpangan berbeza.

Disember 2008 menjadi titik noktah kepada hubungan wanita berdarah Melayu-Irish ini dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah, 38, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga walaupun beberapa bulan sebelum itu berpisah sementara.

“Saya dan Amir berpisah sementara sebelum mengambil jalan bercerai penghujung tahun lalu untuk menimbulkan rasa rindu, sekali gus memperbaiki hubungan kami.

“Namun jodoh kami hanya sampai di situ dan kami terpaksa berpisah,” kata anak kelahiran Dublin, Ireland ini yang menafikan wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.

Menurut Sarimah, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menghebahkan cerita rumah tangganya kepada khalayak, apatah lagi pasti ada yang menuding jari menyalahkan seorang daripada mereka menjadi punca kepada perceraian itu.

Malah, mereka mengambil keputusan itu atas dasar tiada lagi keserasian antara mereka dan memikirkan itu jalan terbaik supaya tidak terus dibelenggu perbezaan cara hidup yang mereka lalui.

“Memang perit apabila terpaksa menerima hakikat kami tidak lagi bersama, namun saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa ini.

“Kami sama-sama berusaha menyelamatkan hubungan ini, namun ternyata jodoh kami tidak panjang dan saya akur dengan ketentuan Tuhan,” kata Sarimah

kredit:hmetro