Showing posts with label johan. Show all posts
Showing posts with label johan. Show all posts

Johan RL dah jadi bapa

Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya Murai Batu tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan.

memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh...

Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu.

Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini.

Johan dan Zizan buktikan mereka masih satu kepala





GOSIP yang tersebar mengenai dua orang pengacara Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan tidak sekepala pernah menjadi cerita hangat yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya mengenai kesahihannya.

Gosip yang mengatakan kedua-dua mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi satu kepala itu pastinya bukan sesuatu yang benar setelah kedua-dua mereka membuktikannya apabila terus dipilih untuk mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Muhamad Yazid Lim atau Johan dia begitu terjejas dengan gosip tersebut dan tidak suka ada pihak yang ingin memecahbelahkan hubungan baiknya dengan Zizan.

"Bila gosip itu diperkatakan, ia sangat menjejaskan saya... mereka kata saya dan Zizan sudah tidak sekepala dan tidak lepak sekali, sedangkan kami selalu lepak sekali.

"Bagi saya orang yang menyebarkan gosip tersebut adalah seorang yang jahat dan mempunyai niat untuk memecahbelahkan hubungan baik antara kami.

"Bila saya beritahu Zizan tentang gosip tersebut dia juga marah dan terkejut, hubungan kami memang sentiasa rapat dan tidak pernah ada masalah," katanya.

Menurut Johan juga dia tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki terhadap hubungannya bersama Zizan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki pada kami berdua... sedangkan kebenarannya kami bekerja hanya untuk menghiburkan penonton dan tidak pernah ganggu sesiapa.

"Tapi apa saya boleh buat... mulut orang kita bukan boleh tutup dan sayapun tidak ada hak untuk halang orang dari terus menyebarkan berita palsu," kata suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini.

Melihat gelagat Johan dan Zizan ketika ditemuramah, kemesraan dan keakraban dua sahabat ini bagai sudah menjelaskan mereka tidak memiliki sebarang masalah dalam persahabatan mereka.

Bagi Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, dia menerima gosip ini sebagai satu perkara yang positif buatnya dan Johan di mana gosip itu juga membantu mempromosikan mereka berdua.

"Saya pada mulanya agak marah juga, tetapi saya terima gosip ini sebagai satu perkara yang positif dan tidak terlalu memikirkannya.

"Ekoran dari gosip itu juga, ia sekaligus membantu mempromosikan diri kami dan kami banyak terima panggilan dari peminat yang bertanyakan situasi kami," jelas naib juara Raja Lawak musim pertama ini.

Zizan turut menjelaskan dia begitu serasi bekerja dengan Johan dan jika di luar bidang kerja juga mereka sentiasa serasi.

"Jika dilihat kerja kami di Raja Lawak, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berinteraksi... ini kerana kami memang serasi dan biasa kerja bersama.

"Bila di luar bidang kerja juga, kami memang begini, tidak boleh jika tidak melawak, bergurau dan tidak tahu duduk diam.

"Malah dengan artis-artis lain juga kami bersikap begini dan tidak ada sebarang masalah dengan mereka," katanya.

Pada anak muda yang berasal dari Terengganu ini juga, jika dia bergaduh dengan Johan semua itu dilakukan secara profesional dan tidak bersikap kebudak-budakan.

"Nak kata kami tidak pernah bergaduh itu tidak logik, kami pernah bergaduh tetapi ianya berlaku secara profesional... kami bergaduh secara positif iaitu tentang idea untuk memantapkan lagi kerja kami dan benda-benda yang bagus.

"Kalau gaduh lain tu mungkin bila kami sedang bermain playstation dan di situ kami bergaduh sakan, tetapi tidak sampai bertumbuk... sebaliknya hanya bertumbuk melalui permainan video itu sahaja," jelasnya sambil ketawa.

kredit:mstar

Johan-Ozlyn bakal timang cahaya mata


PERKAHWINAN pasangan Johan Raja Lawak dan pelakon Ozlyn Wati pada 25 Julai lalu kini pastinya lebih gembira setelah Ozlyn disahkan mengandung dua bulan.

Johan yang hadir ditemani Ozlyn pada sesi santai Raja Lawak bersama media yang berlangsung di restoran Marche Movenpick, The Curve semalam mengatakan dia menyedari isterinya mengandung setelah Ozlyn mengadu sakit perut dan muntah-muntah

"Saya tak ingat bila yang pertama kali saya bawa dia (Ozlyn) berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, tetapi saya menyedarinya setelah dia mengadu pada saya dia selalu sakit perut dan muntah-muntah.

"Bila kami pergi berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengandung dan perasaan saya sangat gembira hingga tak terkata apa-apa," katanya.

Menurut Johan juga, isterinya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengidam makan sesuatu ketika mengandung, sebaliknya dia yang mengalami masalah tersebut apabila kerap mengidam makan makanan yang manis.

"Dia tidak mengalami sebarang masalah mengidam walaupun dia yang mengandung, cuma kadang-kadang tu adalah... tapi tidak begitu serius.

"Yang peliknya, saya yang menghadapi masalah tersebut apabila sekarang saya kerap mengidam makan makanan yang manis.

"Sedangkan sebelum ini saya bukan suka sangat makanan manis, tapi sejak dia mengandung, saya asyik nak makan kek, ais krim dan semua makanan manis sampai saya rasa berat badanpun dah naik," jelas bekas peserta Raja Lawak musim pertama ini.

Johan juga mengatakan dia tidak membuat sebarang persediaan bagi dirinya yang pertama kali akan menjadi seorang bapa, sebaliknya lebih menumpukan persediaan untuk menanti kelahiran anaknya itu.

"Pada saya tidak ada sebarang persediaan yang perlu saya lakukan pada diri saya walaupun ini pertama kali bakal bergelar bapa.

"Saya ingin lebih menumpukan persediaan terhadap anak saya itu nanti seperti membeli barangan bayi dan berbagai lagi.

"Selain itu, jika nanti saya sibuk dengan tugasan, saya akan tetap bawa Ozlyn bersama saya jika dia larat untuk ikut saya, jika tidak saya akan bawa dia tinggal bersama ibu saya untuk menjaganya," jelas Johan yang mahukan anak kembar.

kredit:mstar

Ozlyn dan Johan selamat bernikah




Sabtu lalu bersamaan 25 Julai, dengan sekali lafaz pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri apabila melangsungkan pernikahan secara tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang, selepas solat Asar.

Dari awal lagi Johan dan Ozlyn tidak mahu mengalu-alukan kehadiran wartawan ke majlis pernikahan atas alasan permintaan keluarga. Bagaimanapun, mereka berjanji memberikan gambar pernikahan mereka kepada wartawan selepas selesai majlis.

Ozlyn ketika dihubungi semalam, terlebih dahulu memohon maaf kerana terpaksa merahsiakan lokasi pernikahan sekali gus melarang wartawan membuat liputan.

"Alhamdulillah, saya amat lega kerana semuanya selamat. Walaupun pada awalnya ada beberapa masalah timbul, namun pada saat majlis dilangsungkan semuanya berjalan lancar.

"Saya mewakili keluarga mohon maaf kepada semua saudara-mara termasuk pihak media kerana tidak dapat mengundang mereka ke majlis penikahan kami kerana majlis ini hanya untuk keluarga kedua belah pihak yang dihadiri orang tua dan adik-beradik kami.

"Lagipun, ini cuma majlis pernikahan dan kami berdua mempunyai keluarga besar. Jadi, dengan kehadiran mereka saja, majlis kami sudah menjadi sesak. Sebab itulah keluarga memutuskan agar majlis pernikahan ini dibuat untuk keluarga kami saja.

"Insya Allah pada 26 September nanti, kami akan mengadakan majlis resepsi dan pada majlis itulah semua saudara-mara akan diundang termasuklah pihak media," katanya.

Akui Ozlyn yang kini terbabit dengan penggambaran drama bersiri, Akademi Boleh, dia lega kerana selepas setahun menjalinkan hubungan, mereka akhirnya sah bergelar suami isteri.

Apatah lagi, timbul pelbagai cerita kurang enak membabitkan mereka sebelum ini antaranya aksi berpelukan di khalayak ramai hingga mengundang sensitiviti masyarakat di negara ini.

kredit:hmetro