Showing posts with label scha alyahya. Show all posts
Showing posts with label scha alyahya. Show all posts

Scha dedah cerita putus cinta


PUNCA utama keretakan cinta membabitkan dua pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad serta Scha Alyahya akhirnya terlerai apabila Scha bersuara menceritakan perkara sebenar. Dia tidak mahu peminat mahupun media massa terus berteka-teki memberikan pelbagai spekulasi, ditambah 'hukuman' yang diterimanya apabila diserbu pihak polis apabila didapati berada di sebuah pusat hiburan haram bersama rakan pengacaranya dalam Sehati Berdansa 3, Awal Ashaari, baru-baru ini.

“Secara rasmi saya putus cinta dengan Fahrin ketika Ramadan tahun lalu. Kami bercinta pun tak sampai setahun. Saya mengaku, saya yang minta daripada Fahrin, kami putus cinta. Sebelum ini ada beberapa siri, kami putus kemudian sambung kembali, tapi sampai suatu ketika, keadaan semakin tidak terkawal, saya angkat kaki dan terus bertemu media massa memaklumkan saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Kami putus cinta bukan disebabkan orang ketiga, sebaliknya sikap Fahrin sendiri. Saya tahu, Fahrin cuba meraih simpati dengan kegagalan percintaan kami sebab itu dia seolah-olah mendakwa wujudnya pihak ketiga. Mungkin Fahrin berada dalam tekanan apabila gagal bercinta dua kali (Linda Onn dan Scha), tapi tak perlulah menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Fahrin sendiri ada kesilapan dan kelemahan dalam perhubungan kami. Saya mengaku, saya sendiri melakukan kesalahan, bahagian saya, saya ambil, dia pula ambil bahagiannya dan terus ke depan. Kami sama-sama panas baran. Apa yang pernah saya lalui bersama Fahrin, Linda Onn juga pernah melalui situasi yang sama. Saya dan Linda Onn berkongsi perkara yang sama, sangat tepat secara terperinci!

Saya sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikap Fahrin. Saya tahu semua perkara yang dilakukannya. Linda pernah memberitahu saya, jangan terus berdiam diri, nanti orang akan menyalahkan saya, justeru hari ini biarlah saya menceritakan perkara sebenar. Punca utama saya minta hubungan kami diputuskan ialah sikap Fahrin itu sendiri.

Saya mengaku, suatu ketika dulu saya memang menyayangi dan menyintai Fahrin, kami serius dalam perhubungan, tapi saya harus memikirkan masa depan. Sebelum berkahwin sudah berlaku macam-macam perkara, nanti dah kahwin macam mana? Dalam percintaan, memang kami berusaha menyelamatkan perhubungan, masing-masing cuba memperbaiki kelemahan, tapi apabila tiada toleransi, tak perlulah diteruskan lagi.

Saya berkawan dengan Awal dah lama sejak zaman ‘nobody’ lagi. Awal jadi hos pertandingan Dewi Remaja. Apabila tiba-tiba saja ada dakwaan mengatakan Awal orang ketiga, kasihan dia. Dia tak tahu apa-apa. Padahal, perhubungan saya dan Awal semakin rapat apabila saya putus cinta dengan Fahrin. Sekalipun Fahrin tidak pernah menyebut nama Awal sebagai pihak ketiga, orang tahu siapa yang dimaksudkan sebagai orang ketiga itu.

Fahrin tahu, bukan Awal orang ketiga. Sekarang ni Fahrin ‘jack pot’, kebetulan ada isu saya dan Awal ‘kantoi’ serbuan polis di pusat hiburan. Ada dua cerita yang berbeza. Saya putus dengan Fahrin bukan sebab Awal, saya ‘kantoi’ dengan Awal, itu cerita lain. Saya rapat dengan Awal apabila bermulanya Sehati Berdansa 3, ketika itu saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Awal pun berkawan baik dengan Linda Onn juga, jadi dia tahu banyak cerita. Dia tahu punca sebenar saya dan Fahrin putus cinta. Saya mengaku, ketika ini, Awal ialah kawan saya paling rapat. Nak kata kami bercinta... belum lagi, tapi tujuan perhubungan kami memang ke arah itu (bercinta). Berilah kami sedikit masa. Saya tak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Risikonya tinggi. Namun, sekiranya suatu hari nanti kami jatuh cinta, alhamdulillah.”

Apabila saya putus cinta dengan Fahrin, saya mengaku, saya sering berkongsi kesedihan dengan Awal, itu yang membuatkan kami bertambah rapat. Apabila mengacara Sehati Berdansa 3, membuka ruang kami terus rapat. Ditambah peristiwa hitam di pusat hiburan itu, kami sama-sama berkongsi kesedihan dan kesilapan, itu juga membuatkan kami semakin rapat. Terus-terang, antara saya dan Awal, kami serius berkawan.

Saya akui, kejadian saya diserbu pihak polis pada malam Krismas, baru -baru ini, memang kesilapan saya, saya tak fikir panjang, akal pendek. Terpulanglah apa orang nak fikir, tapi pada malam kejadian, saya memang tidak dipengaruhi dadah mahupun alkohol. Saya juga berpakaian sopan, bukannya mencolok mata dan melakukan perkara tidak senonoh dengan Awal seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

kredit:bharian

Scha Alyahya:bottom of my heart


Bismillah.

i dunno wether i shud do this or not. but my heart says i shud,so here i am. a confession im gonna make..

i believe most of you know about whats going on between me and him. ya, haluan masing2.. dulu when we were together, i admitted and went public about it. jadi bila dah habis juga, i know i should come clean and tell the thruth as well. didnt wana prolong this.

as human, as a girl, to me breaking up is one hell of a thing to do, the hardest thing to do i must say. people may think im a strong girl. im kasar and i can deal with this easily =) and i always look fin and happy but only God knows what im going thru now. we can say things that help to ease the pain, yes terima kasih sangat atas semangat yg diberi. i really appreciate it. i really do, thanks tapi selalunya its easier said than done.

im dealing with it now. its time, my time. scha terpaksa deal dengan benda yg tak enak, yg tak dapat dielakkan. hope it happened for good. saya kurang bernasib baik, bila benda ni berlaku jugak ke atas saya. its sad. really sad.

kita plan, kita usaha, kita doa tapi it still His call. kalau Dia dah tentukan mcmtu, macamtu lah jadinya. kita usaha, dont give up and give the hardest to fight for what we want but things dont always turn out the way kita nak. kan? jadi kita telan lah walau sakit mcm mana pun. saya ada bahagian saya, dia ada bahagian dia.

saya cuma minta semua orang faham, dan tak payah menyalahkan sesiapa sebab benda yg terjadi ni pun sebenarnya bukan kami yg minta.. it happened just like that no matter how hard we avoid it.
Breaking up is not a nice feeling. jadi i hope people would give time or space to both of us. dont speculate, dont judge dont label.. we all go thru this, dont we? we forgive and forget, no hatred, suci dan bersihkan hati. jadilah orang baru, yg lebih berjaya di dunia dan akhirat.

belum habis pasal ni lagi, timbul cerita baru. yg ada macam2 versi.orang bercakap seolah olah mereka tau apa yg terjadi sedangkan yg tau hanya me and him.. timbul pihak ketiga, which to me is the most ridiculous ive ever kena. itulah adat. bila berkawan pulak dengan orang lain,dikatakan bercinta. Dan timbul ceritra kononnya dia romeo..

all this while, i always sincere and i will always be. trust me. baru 'luka', belum pulih, terus nak 'berlari' lagi? impossible ! God knows how i feel and what i do. Cukuplah..
scha tak sepatutnya go public mcm ni tapi TUJUAN scha tulis note ni adalah sebab scha nak jawab kebanyakkan soalan fans kat sini. what u heard is true.
jadi lepas ni, please understand. we both going thru some changes in life, shitty ones. just need to toughen up and move on, kan?

its part of life, a process that can better ourselves, and make us stronger. apa yg terjadi , biarlah kept to ourselves. im sure he agress with me =)

please respect my future, and his future as well.

last but not least, its not easy, susah sangat but we have no choice. whatever happens, i hope you guys will support me, and him. and the show that we gonna do together. teruskan menyokong. teruskan bersama kami, dan juga maaf kalau kami menghampakan semua.

scha harap anda akan sokong SB dan saya akan cuba yg terbaik. teruskan menonton Awan Dania 2 dan Papadom di pawagam .

we look good together,we are made for each other but we dont meant to be together....
my prayers are with you and family. have a wonderful life ahead.

D.

p/s: harap semua tidak menjadikan note ini sebagai isu, terima lah confession ikhlas dr hati saya. habiskan terus di sini, look forward. bukan untuk publisiti,hanya utk menjawab persoalan semua di sini.

no more why when and how.
byebye
have a great monday
salam

scha alyahya.

kredit:facebook scha alyahya