AF7: Penyingkiran Rini, Obri memang dirancang ?



WALAUPUN menunjukkan persembahan yang mempunyai peningkatan pada minggu ketiga semalam, nasib tidak menyebelahi Zuzafrini Zulkifli atau Rini, 25, apabila dia disingkirkan daripada program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Rini tidak keseorangan, sebaliknya pemergiannya turut diiringi oleh peserta lelaki, Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24, selepas mendapat markah tercorot iaitu 5 peratus manakala Rini ditangga ke-12 dengan undian 6 peratus.

Dalam minggu bertemakan lagu 80-an ini, Rini menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal oleh Seha Freedom manakala Obri menyampaikan lagu Abang Beca (Broery Marantika).

Rini berkata, walaupun dia terkeluar, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan yang terbaik dalam konsert minggu ketiga itu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pihak Astro telah merancang untuk menyingkirkan dua orang pelajar pada konsert minggu ketiga itu.

“Memang kami dah rancang dua peyingkiran dari awal kerana seperti biasa AF sentiasa mempunyai kejutan,” ulasnya dalam sidang media selepas program tersebut berakhir.

Selain persembahan oleh 13 peserta, penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa iaitu Anggun turut diundang menyanyi sekaligus membuat persembahan penutup.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment