Showing posts with label Datuk Rosman. Show all posts
Showing posts with label Datuk Rosman. Show all posts

Resepsi Noniswara tetap meriah










resepsi aktres Datin Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan berlangsung semalam dalam suasana yang sederhana namun tidak kurang meriahnya.

Pasangan ini lebih senang dengan majlis makan malam meraikan sahabat handai dan keluarga sambil menjemput rakan artis untuk menghiburkan para tetamu.

Noniswara kelihatan anggun dengan gaun rona putih rekaan Amir Luqman sementara Rosman tampak bergaya mengenakan sut serba putih dan bertali leher kelabu.

Resepsi tersebut yang berlangsung di Hotel Berjaya itu menggunakan warna tema iaitu putih dan merah jambu.

Pasangan mempelai yang bagai pinang dibelah dua ini mencuri tumpuan para hadirin apabila mereka memasuki dewan bersama irama gesekan biola.

Antara artis yang memberikan persembahan termasuk Farahdhiya Mohd Amin dan Liza Aziz.

Mereka yang hadir termasuk Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group, artis Anne Abdullah, Sharifah Shahora, Norjuma, Radhi Khalid, penerbit filem David Teo.

Aktres jelita Noniswara Baharudin selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak, malam kelmarin.

kredit:mstar

Perkahwinan Noniswara-Datuk Rosman 'eksklusif'





Aktres jelita Noniswara Baharudin akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara.

Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran 'dirahsiakan' kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.

"Biar saya dan suami saya saja yang tahu...," kata Nonis dengan senyuman yang manis terukir di bibir.

Ini adalah perkahwinan kedua bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon.

Noniswara, 39, yang mesra disapa Nonis itu kelihatan sungguh menawan dengan busana pengantin rekaan Butik Cosry sementara pasangannya Datuk Rosman, 5o tahun, tampan bergaya dengan pakaian baju Melayu putih senada.

Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.

Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.

Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak

"Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dan kini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Saya harap peminat akan mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti," kata Nonis di sidang akhbar sebaik akad nikah selamat berlangsung.

kredit:mstar

Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini



Pada hari ini, pelakon cantik yang berstatus janda, Noniswara Baharudin (39tahun) akan berkahwin dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan(umur: 50 tahun) yang akan berlangsung selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi akan berlangsung pada1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berstatus ibu tunggal ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama. Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.Majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Buat apa saya nak berkahwin secara senyap-senyap diThailand dan merahsiakannya dari pengetahuan pihak media? Bagi saya,soal mendirikan masjid ini wajib diberitahu kepada orang ramai keranaia perkara yang baik. Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dankini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Apa yangsaya harapkan sekarang, peminat juga mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti"

Noniswara begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau. Akui agak kelam kabut jugak.

"Saya juga mengambil masa dua minggu untuk menguruskan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk majlis pernikahan saya ini.Rupa-rupanya memang rumit untuk bernikah di Wilayah Persekutuan. Kataorang, bercerai susah berkahwin semula pun susah juga."

Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhdberkata, setakat ini ia sudah siap 80 peratus membabitkan baju, kadundangan dan jamuan makan.

"Kad undangan sudah diedarkan kepada jemputan yang juga saudara-mara dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan rakanmedia. Majlis resepsi yang berkonsep moden dan tradisional ini juga tidak ada majlis persandingan. Kami hanya mengadakan jamuan makan dan ada acara memotong kek perkahwinan nanti. Pada majlis akad nikah, saya bakal menggayakan rekaan dari butik Cosry dan pada majlis resepsi pularekaan Amir Luqman. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis yang juga teman rapat pada majlis resepsi itu nanti. Maaflah, saya tidak boleh beritahu siaparakan artis yang diundang untuk buat persembahan kerana ingin memberikan kejutan buat tetamu nanti."