Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy





Sinopsis KAPOWW!!! Atoi The Kultur Boy

Sebuah keluarga superhero – “keluarga Astromen” berbakti melindungi rakyat Malaysia daripada anasir-anasir jahat. Mereka adalah superhero yang disukai oleh ramai orang.

Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung, diketuai oleh Faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya yang memahami dan menggalakkan misi Atoi. Aboo cuba yang terbaik membantu Atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu. Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik Spiderman, Superman, Batman dan lain-lain. Dan mereka mencuba pelbagai cara… disengat tebuan, kejutan eletrik, dilanggar keretapi… namun sia-sia belaka, malahan menambahkan kekecewaan dan kesedihan ibunya.

Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang kerana lari dari rumah. Dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir, Atoi keluar mencari Dolet. Ketika berteduh di bawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setelah sedar daripada pengsan Atoi memperolehi kuasa superheronya - boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam mata pisau…

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru untuk dilatih. Selepas menyelamatkan Siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia dan penduduk kampung, Atoi terpilih sebagai superhero baru Malaysia. Atoi kemudiannya mengikut Din Abu (pengurus kepada superhero) ke KL, dan berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.

Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi terkini di KL. Namanya meniti di bibir. Beliau menumpaskan banyak jenayah, lebih pantas dan lebih baik daripada Geng Astromen. Orang ramai menjadikannya idola dan menyayangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya. Beliau menukar namanya kepada Azroy. Atoi kini dikelilingi oleh arak dan gadis-gadis cantik. Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menghina ibu sendiri yang datang mencarinya di sidang akhbar pelancaran album barunya. Atoi malu dengan ibu yang berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidak mengenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semua orang terkejut. Atoi kehilangan peminat, rakan-rakan, penaja, rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini dipulaukan oleh semua orang.

Mengetahui Atoi sangat bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransang kuasanya, arahan dikeluarkan oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi Atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa… beliau kehilangan kuasa, juga keluarga. Beliau sedar kesilapannya tetapi sudah terlambat! Keluarganya telah diculik oleh kuasa jahat, Alakazambo! Superhero lain juga tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.

Mampukah Atoi menyelamatkan keluarganya? Adakah beliau akan memiliki kembali kuasanya? Siapa Alakazambo dengan kuasa sihir jahatnya itu?? Tonton Kapoww!!! untuk memengetahui jawapannya… KAPOWW!!!

JANGAN TEGUR..












SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.

poster syurga cinta

Sinopsis Film Talentime arahan Yasmin Ahmad







Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.

Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.

Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya?

'Saus Kacang' Popularkan Ashraf Di Indonesia

Selepas mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair mengambil keputusan untuk menetap di Indonesia. Selain untuk hidup bersama isteri tercinta, Ashraf yang sebelum ini popular melalui filem ‘Gol & Gincu’ mahu mencuba nasib sebagai pelakon di persada seni Indonesia.

Penghijrahan Ashraf ternyata tidak sia-sia apabila kehadirannya di dalam dunia lakonan di Indonesia diterima baik oleh masyarakat di sana. Terbaru, dia bergandingan dengan isterinya melalui filem ‘Saus Kacang’ yang telah mencatat jualan tiket yang memberangsangkan.

‘Saus Kacang’ mencatat jualan tiket 285,000 penonton untuk tayangan selama lapan hari. Jumlah tersebut kini dilaporkan seramai 410,000 penonton.

Penonton Malaysia turut berpeluang menyaksikan filem ini apabila ia bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 19 Mac depan. Selain Ashraf dan Bunga, filem yang menampilkan keindahan pulau Bali ini, turut mengetengahkan lakonan dan kehadiran sulung kumpulan Samsons di layar perak.

*********************************************

sinopsis 'saus kacang'

mengisahkan tentang perjalanan Dewi (Bunga Citra Lestari) yang bekerja sebagai chef de cuisine di sebuah hotel lima bintang di bandar peranginan Bali. Sebelum itu, Dewi telah mengalami pengalaman putus cinta akibat ditinggalkan oleh kekasihnya.

Oleh sebab itu, Dewi memerlukan masa yang agak lama untuk mengubati luka di hati lalu memberi tumpuan dan komitmen terhadap kerjayanya.

Selepas lima tahun, Dewi semakin matang dan mempunyai sikap yang lebih optimis untuk menghadapi hidup tetapi masih berhati-hati dalam soal percintaan. Sehingga satu hari, di hotel tempat Dewi bekerja muncul seorang tetamu dan pelancong dari Malaysia yang memiliki sikap resah, panas baran, kuat mengadu dan tidak mempedulikan hal ehwal orang sekeliling.

Jejaka tersebut ialah Fredo (Ashraf Sinclair). Pertemuan pertama dengan Fredo menjadi igauan dan mimpi buruk bagi Dewi. Dewi mengibaratkan Fredo seperti 'seekor singa liar yang sukar untuk dijinakkan'.

Setiap pekerja hotel yang pernah menjadi mangsa sikap panas baran Fredo berkonspirasi untuk memberi pengajaran kepadanya. Namun, apabila rancangan tersebut dilaksanakan, ianya ternyta menjadi sesuatu yang di luar kawalan. Fredo di biarkan berkeliaran seorang diri sewaktu sambutan malam Hari Raya Nyepi kaum masyarakat Bali.

Dihantui perasaan bersalah maka Dewi mencari Fredo. Ketika keduanya bertemu, mereka ditahan kerana berada di luar rumah di Hari Raya Nyepi. Maka kedua-duanya terpaksa menjalani hukuman untuk membersihkan perkarangan kawasan bandar Bali selama beberapa hari.

Pertembungan kedua pasangan ini yang pada mulanya diibaratkan seperti air dan minyak, semakin berubah. Perasaan saling membenci dengan perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah percintaan.

Dari seorang jejaka yang panas baran serta tidak mempedulikan perasaan orang disekelilingnya, Fredo berubah kepada seorang yang sabar dan tenang. Dalam kehebatan dan keasyikan percintaan yang bersemi di antara Fredo dan Dewi, tiba-tiba muncul bekas tunang Fredo yang pernah meninggalkannya dan berazam untuk memiliki semula hati Fredo.

kredit: gua.com.my

Geng: Pengembaraan Bermula bakal kutip RM4 juta?


Selepas 11 hari ditayangkan, filem yang mempertaruhkan watak Upin dan Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Ros dan Oopet ini telah berjaya mengutip sebanyak RM3.7 juta.

“Sehingga hari Ahad lalu, filem ini telah mendapat RM3.7 juta. Saya belum tahu tentang kutipan sehingga hari ini. Saya sasarkan untuk mendapat kira-kira RM4 juta pada Rabu ini (hari ini).

“Tetapi, kami mahukan filem ini lebih mendapat pulangan yang lebih tinggi dari itu iaitu RM10 juta. Kalau tak dapat RM10 juta pun, dapat RM8 juta pun sudah boleh pulang modal.

“Setakat ini, saya diberitahu filem ini masih berada di posisi nombor satu di dalam carta 10 filem teratas GSC sekaligus berjaya mengatasi filem luar negara yang sedang ditayangkan sekarang,” beritahu Mohd. Nizam Abd. Razak, 26 selaku pengarah filem ini.

Fouziah tahan malu demi Rasukan Ablasia








Fouziah gous terpaksa menahan malu apabila perlu melakukan sendiri adegan dirinya terkencing di dalam seluar gara-gara terlalu takut akibat dirasuk.

"Saya rasa macam 'teraniaya' betul pada awalnya bila kena berbuat demikian. Waktu itu pula saya masih baru lagi sebagai pelakon. Tetapi saya lihat semua itu dalam aspek positif.

"Boleh dikatakan filem ini adalah filem pertama menyaksikan saya sebagai pelakon utama. Malah, disebabkan filem inilah telah mendorong saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang ini.

"Prof Razak banyak memberi motivasi kepada saya dalam aspek lakonan," kata Fouziah yang memegang watak Elly dalam filem ini

Aksi 'berahi' Almy goda Yusry KRU






MEMBAWAKAN watak penggoda adalah satu cabaran yang berat buat bintang muda, Almy Nadia. Apatah lagi karektornya di dalam filem 'Rasukan Ablasia' itu perlu menampakkan dirinya lebih seksi dan menggoda dalam keadaan mengghairahkan.

Memang cukup sukar untuk dilakukan oleh gadis berusia 23 tahun ini, apatah lagi ketika penggambaran filem arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen itu dijalankan kira-kira tiga tahun lalu, Almy masih lagi 'hijau' dalam bidang seni.

Lebih 'menggerunkan' dirinya ialah ketika dia perlu menggoda Yusry KRU di dalam lif serta satu lagi babak 'panas' ketika Kim, watak yang dipegangnya itu dimasukkan di wad gila.

Walaupun cukup segan dan kekok, Almy berjaya juga menangkis perasaan itu dan melakukan karektornya sehabis baik.

"Dalam filem ini, watak Kim sebenarnya adalah seorang gadis yang baik. Tetapi setelah dirasuk, dia bertukar menjadi penggoda. Memang saya akui amat sukar untuk saya membawakan karektor tersebut.

"Saya memang malu sangat pada mulanya. Bukan setakat menggoda, tetapi saya perlu jadi seksi dan banyak bermain dengan lenggok badan untuk menampakkan keseksian itu.

"Risau juga untuk lihat reaksi penonton kelak. Bayangkanlah ketika itu saya masih baru dalam bidang lakonan. Rasukan Ablasia adalah lakonan pertama saya sebagai tunggak utama.

"Tetapi saya bernasib baik kerana mendapat bimbingan Prof Razak. Kami pelakon-pelakon yang terbabit dalam filem itu diberikan motivasi dan latihan lakonan sebelum bermulanya penggambaran,"

Filem Rasukan Ablasa



Penerbit:
Latiff Mohaideen

Penerbit Eksekutif
Puad Onah

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Cerita Asal dan Lakon Layar:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon:
Fouziah Ghous
Gambit Saifullah
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Fairul
Yusry KRU
Datuk Jalaluddin Hasan
Eric Fuzi

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa

Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan.