Showing posts with label Julfekar. Show all posts
Showing posts with label Julfekar. Show all posts

Gosip Fara Bunuh Diri: Julfekar Menangis



KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2009: Komposer kontroversi Julfekar sebak dan menangis apabila ditanya kesahihan khabar angin yang mengatakan bekas kekasihnya, Farawahida telah mati kerana membunuh diri hari ini.

Bercakap kepada murai.com.my, Julfekar berkata, awalnya dia amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu daripada kenalannya dan semakin cemas apabila ramai pihak media mula menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

"Walaupun kami masih lagi berkonflik dan dalam keadaan tegang, jauh di sudut hati, saya masih sayangkan Fara dan sudah tentu tidak mahu mendengar tragedi seperti itu berlaku ke atas dirinya. Bila pertama kali mendapat khabar angin itu, saya terus terbayangkan saat-saat indah kami bekerja bersama

"Tadi, rakan editor saya sudah menghubungi Fara tadi dan mengesahkan Fara berada dalam kedaan baik. Saya tidak tahu dari mana timbulnya gosip seorang artis telah membunuh diri hari ini dan orang yang disebut itu ada nama Wahida. Hati saya menjadi cemas dan tertanya-tanya apakah dia Farawahida atau ada Wahida yang lain?" kata Julfekar.

Dalam pada sebak dan terharu, Julfekar tertanya-tanya apakah motif berita palsu Farawahida mati bunuh diri itu bertujuan untuk mengalih tumpuan orang terhadap isu krisis beliau dengan penyanyi lagu Rakus itu selama ini.

"Entahlah lepas satu, satu, saya pun tak mahu ulas panjang-panjang lagi. Krisis kami dah jadi kes mahkamah dan biarlah kami selesaikan dengan peguam masing-masing, sekiranya itu yang Fara mahu," kata Julfekar.

kredit:murai.com

Farawahida ada video lucah?




Farawahida membuat laporan polis mendakwa Julfekar mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan

Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.


Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

p/s: kalau Farawahida heroinnya...siapa hero dalam video lucah tu?....