Showing posts with label elyana. Show all posts
Showing posts with label elyana. Show all posts

Elyana dah bertunang




BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernah dilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namun atas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang hari ini dalam majlis yang sederhana.

Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

"Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas.

"Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yang berlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul)," jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.

Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.

Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D'ramo yang bertempat di Bangsar. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah 'Glam Punk Traditional Contemporary'.

Elyana bertunang 11 Julai



Penyanyi Elyana sudah bersedia untuk ke gerbang hidup dewasa apabila mula memikirkan pasal alam perkahwinan.

Elyana akan bertunang pada 11 Julai ini di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Lelaki yang dikaitkan dengannya ialah seorang lelaki yang dikenali sebagai K sahaja.

Tunggulah apabila majlis pertunangan mereka sempurna nanti.

Elyana, 22, sudah mula menghantar kad undangan dan undangan melalui e-mel kepada rakan media dan kenalannya.

K pernah muncul dalam majlis sambutan ulang tahun Elyana tidak lama dulu. Lelaki yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya itu beberapa kali dilihat bersama-sama Elyana dalam beberapa buah majlis yang dihadiri oleh penyanyi yang gemar berkaki ayam di atas pentas itu.

Elyana bakal bertunang pada 11 Julai ini

HUBUNGAN cinta yang terjalin selama lebih tiga tahun itu pernah dilanda badai. Bagi Elyana, dia sendiri tidak menyangka kasih yang hampir retak itu nampaknya masih utuh. Ternyata dugaan yang melanda itu berjaya menguatkan lagi cinta Elyana dengan jejaka berusia 34 tahun itu.

Elyana dan kekasihnya yang bertugas sebagai pengusaha sebuah restoran sushi itu akan bertunang pada 11 Julai depan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, beberapa hari selepas hari lahirnya yang ke-22, iaitu pada 5 Julai.

saya sudah mengenali kekasih saya ini lebih tiga tahun. Perkara ini bukan main-main dan saya rasa memang dia adalah orang yang tepat untuk saya hidup bersamanya kelak.

"Mungkin apa yang kami alami sebelum ini telah banyak menguatkan hubungan ini. Saya akui, hubungan kami pernah 'goyah', malah selama beberapa bulan juga kami 'berpisah' akibat perselisihan faham.

"Tetapi, dalam tempoh itu, saya tidak nafikan susah untuk kami ambil keputusan berpisah dan buat haluan masing-masing...kerana perasaan sayang itu masih menebal. Alhamdulillah, nampaknya kami masih dapat mempertahankan juga percintaan kami ini," kata Elyana yang masih ingin merahsiakan nama jejaka tersebut.

kredit:mstar