Showing posts with label gadis melayu 2. Show all posts
Showing posts with label gadis melayu 2. Show all posts

Fiqa Dinobat Juara Gadis Melayu Musim 2




Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu, yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur malam tadi.

Bagi yang sempat mengikuti siaran langsung program realiti itu di TV9 sejak 8.30 malam tadi, tidak dinafikan persembahan Fiqa pada malam ini lebih mantap berbanding peserta lain. Malah persembahan lakonannya di samping Fauzi Nawawi berjaya juga menyentuh hati juri jemputan, Rosyam Nor.

Fiqa memenangi wang tunai RM10,000 dan diikat kontrak selamat setahun bersama TV9. Dia juga membawa pulang anugerah sampingan, Gadis Safi Balqis.

Keputusan ditentukan melalui undian SMS (50%) dan juri (50%). Malam ini, panel juri terdiri daripada Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam.

Selain Gadis Safi Balqis, satu lagi anugerah sampingan telah diberikan iaitu Gadis Bijaksana yang dimenangi Finas. Dia mendapat sebuah trofi dan cek bernilai RM2,000.

gambar Sharifah Jasmine Soraya Clubbing (Gadis Melayu Musim Ke 2)













pencarian gadis melayu musim ke 2 sudah bermula. tetapi apabila melihat aksi salah seorang peserta gadis melayu yang tidak menampakkan dirinya sebagai seorang "gadis melayu" amat mengejutkan.

Diatas adalah beberapa keping gambar aksi panas Sharifah Jasmine Soraya,salah seorang peserta gadis melayu musim 2.persoalannya sekarang....layakkah dia menjadi gadis melayu?

“Walaupun saya berdarah kacukan Melayu dan Cina, saya Gadis Melayu sejati kerana saya memahami dan mempraktikkan budaya dan adat Melayu.” source: mstar.com.my