Showing posts with label norkhairiah. Show all posts
Showing posts with label norkhairiah. Show all posts

Noorkhiriah selamat bersalin selepas tiga tahun

Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini.

Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi.

Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa.

“Alhamdulillah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang. Ada rasa gembira, terharu dan tak percaya sebab dulu biasa berlakon dengan anak orang tetapi kali ni anak sendiri yang berada di sebelah. Dia asyik tidur sahaja,” ujarnya yang turut menerima kedatangan rakan artis lain seperti Ann Ngasri sejurus selepas bersalin.

Diikutkan dia dijangka bersalin pada 16 November ini tetapi Noorkhiriah yang pernah keguguran sebelum ini tetap bersiap sedia untuk menerima kehadiran putera sulungnya itu.

“Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembedahan.

“Doktor kata kepala bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil risiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan.

“Bukan senang saya nak tunggu bayi ni keluar..tiga tahun,” tuturnya yang tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata lagi.

Noorkhiriah berkata semuanya bergantung kepada rezeki Tuhan dan sempat mengaitkan aktres Lisdawati dengan dirinya.

“Kalau ada rezeki, memang saya nak anak lagi. Orang kata memanglah bersalin secara pembedahan ni perlu ambil masa untuk mempunyai anak lagi.

“Tetapi ada juga yang cepat dapat anak kedua seperti Lisdawati selepas bersalin anak pertamanya secara pembedahan,” tambahnya yang akan bercuti sementara daripada karier seni sehingga Februari depan.

Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya

kredit:mstar

norkhairiah yang sarat mengandung


Noorkhiriah rindu ke lokasi

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KETIKA ini, usia kandungan aktres berbakat besar dalam dunia lakonan, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie sudah pun mencecah enam bulan.

Berehat sementara daripada segala aktiviti seni, ia memberi ruang sepenuhnya kepada Noorkhiriah untuk menjaga kandungan sementelah dia pernah melalui trauma ekoran keguguran dua tahun lalu.

Dijangka melahirkan anak sulungnya sekitar November depan, keadaannya kini cukup stabil selepas melalui saat genting tatkala tiga bulan pertama kehamilan.

Sungguhpun begitu, biar diselubungi ujian demi ujian, Noorkhiriah tidak henti memanjatkan kesyukuran kerana semuanya itu ditempuhi dengan penuh rasa sabar.

"Tiga bulan pertama hamil, saya alami alahan dan hampir pengsan. Semuanya itu dugaan. Tetapi selepas itu Alhamdulillah segalanya sudah okey.

Menurutnya, dalam meniti detik November ini, dia dan suami sudah pun mempunyai senarai nama untuk anak sulungnya itu.

Diajukan persoalan tentang jantina bayi sulungnya itu, Noorkhiriah bagaimanapun enggan untuk berkongsi dengan semua pihak mengenai perkara tersebut.

"Memang saya sudah periksa (jantina bayi) tetapi biarlah rahsia,'' katanya yang akan merancang untuk bersalin di Hospital Pakar Damansara dan menjalani proses pantang di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Apa yang menariknya, biarpun belum habis berpantang, pelakon berusia 33 tahun ini sudah pun dilamar produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

"Memang sudah ada tawaran tapi hanya cakap mulut sahaja. Belum ada hitam putih. Saya akan lihat dahulu bagaimana tawaran tersebut. Sudah pasti, ketika itu saya akan tumpukan sepenuhnya kepada anak,'' katanya yang berazam untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan nanti.

kredit:utusan