KETIKA budak kecil, selebriti terkenal, Sarimah Ibrahim digelar dengan nama-nama julukan seperti 'gemuk badak', 'orang putih celup' dan macam-macam lagi.
Menurut Sarimah, badannya berisi sejak kecil apatah lagi berat badan sewaktu dilahirkan sudah mencecah 10 paun.
Katanya, ini mungkin disebabkan dia berdarah kacukan Irish dan Malaysia tetapi dia tidak terkilan malah menguatkan azamnya untuk berjaya.
"Saya selalu diejek. Misalnya, semasa belajar, saya terpaksa menempah baju kerana beli baju di Globe Silk Store, tak dapat saiz badan... buat malu aje.
"Bagaimanapun, saya menghadapinya (nama-nama julukan) secara positif. Parts of my life Saya buat lawak, acting, public speaking, debating. Dan saya sapu semua semua hadiah, anugerah... kerana itu adalah fokus saya," kata Sarimah.
Pengacara, pelakon, aktres dan pemuzik ini ditemui pada sidang akhbar pelantikannya sebagai pengacara program realiti Amerika Syarikat, 'The Biggest Loser Asia' menerusi saluran televisyen Hallmark di Plaza Mont Kiara, semalam.
Sarimah akan menjadi personaliti program realiti tersebut yang menampilkan 30 peserta dari negara-negara Asia berebut mendapatkan gelaran 'The Asian Biggest Loser' sekali gus meraih hadiah wang tunai USD100,000 (anggaran RM380 ribu).
kredit:mstar
Sungguhpun hanya tiga tahun dapat merasa manisnya madu dalam kehidupan sebagai suami isteri, kesan penceraian yang diterima wanita ini amat mendalam.
Malah sehingga ke hari ini, mencecah usia lima bulan penceraiannya, Sarimah masih lagi tidak dapat menyesuaikan dirinya yang kini solo.
"Perasaan saya sekarang ini bercampur-aduk. Bila dah berpisah dengan orang yang pernah berkongsi hidup dengan kita, membuatkan susah untuk kita menyesuaikan diri dalam jangka masa yang pendek.
"Sebelum bercerai pun kami dah tinggal berasingan selama tujuh bulan untuk membaiki semula hubungan. Macam-macam kami usahakan seperti membuat kaunseling dan berbincang bersama keluarga.
"Nak buat macam mana, itu semua takdir dan saya terimanya dengan reda walaupun ia pahit. Malah inilah keputusan muktamad kami, bercerai dengan cara baik walaupun peritnya dirasai sehingga kini," ungkapnya yang juga sedang membahagikan aset masing-masing termasuk kucing kesayangan mereka
kredit:kosmo
Sarimah Ibrahim, 31, yang terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan suami tercinta tidak dapat dipertahankan sehingga menuju persimpangan berbeza.
Disember 2008 menjadi titik noktah kepada hubungan wanita berdarah Melayu-Irish ini dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah, 38, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga walaupun beberapa bulan sebelum itu berpisah sementara.
“Saya dan Amir berpisah sementara sebelum mengambil jalan bercerai penghujung tahun lalu untuk menimbulkan rasa rindu, sekali gus memperbaiki hubungan kami.
“Namun jodoh kami hanya sampai di situ dan kami terpaksa berpisah,” kata anak kelahiran Dublin, Ireland ini yang menafikan wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
Menurut Sarimah, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menghebahkan cerita rumah tangganya kepada khalayak, apatah lagi pasti ada yang menuding jari menyalahkan seorang daripada mereka menjadi punca kepada perceraian itu.
Malah, mereka mengambil keputusan itu atas dasar tiada lagi keserasian antara mereka dan memikirkan itu jalan terbaik supaya tidak terus dibelenggu perbezaan cara hidup yang mereka lalui.
“Memang perit apabila terpaksa menerima hakikat kami tidak lagi bersama, namun saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa ini.
“Kami sama-sama berusaha menyelamatkan hubungan ini, namun ternyata jodoh kami tidak panjang dan saya akur dengan ketentuan Tuhan,” kata Sarimah
kredit:hmetro


