Jan
26

Fahrin Menangis Didakwa Panas Baran Dan Kaki Pukul

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam ...
Jan
26

7 Hari Untuk Linda Onn Minta Maaf, Jika Tidak...

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, hari ini menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca.Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara ...
Jan
26

Bung dan Zizie

PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga ...
Jan
24

Radhi- Mahu selesai cara baik!

AKHIRNYA dia muncul juga. Setelah empat kali ‘gagal’ atau sengaja ‘mengagalkan diri’ untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah untuk prosiding kes pengesahan lafaz cerainya, Radhi OAG akhirnya tidak mampu mengelak lagi. Dia akhirnya muncul pada prosiding kes pengesahan lafaz cerai yang dituntut oleh isterinya, Shazlin Sharif pada hari Isnin lepas. Bukan setakat muncul, tetapi datang berkongsi satu kereta lagi. Apakah akan ...
Jan
24

Fahrin: Peguam Saya Dah Hantar Notis Kepada Linda Onn

Aktor dan pengacara Fahrin Ahmad berkata, peguamnya telah mengemukakan notis tuntutan kepada bekas kekasihnya yang juga pengacara dan penyampai radio Linda Onn termasuk beberapa syarikat akhbar, semalam.Tindakan itu dibuat sebagai langkah awal Fahrin untuk membersihkan namanya berikutan Linda mendakwanya sebagai kaki pukul.Dia juga kecewa dengan penyampai radio Suria FM itu yang berterusan memburukkan namanya sejak percintaan ...
Jan
24

Along raja lawak berkahwin

WALAUPUN bergelar raja sehari, pelakon filem Adnan Sempit Along Raja Lawak yang berasal dari Johor Baru, Johor tidak lupa untuk ‘berkabung’ ekoran kemangkatan Sultannya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, mengenakan kain lilitan putih pada songkoknya semasa upacara pernikahan dengan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila ...
Jan
20

Tony Eusoff, Diana Johor Saman Gulatis RM1 Juta

Dua pelakon dan model terkenal, Tony Eusoff atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman,33, dan Diana Johor Zainal Abidin, 29, telah memfailkan saman berjumlah RM500,000 setiap seorang terhadap syarikat tekstil, Gulatis Exclusive Sdn Bhd.Saman dikemukakan melalui peguambela yang mewakili kedua-dua model itu, Ahmad Rizal Effande Zainol.Tony dan Diana memfailkan saman atas alasan syarikat tekstil terkenal itu telah menggunakan ...
Jan
19

Perkahwinan Sheikh Muszaphar Berkonsepkan Istana Kayangan 10.10.2010

PERSANDINGAN angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos bakal berlangsung pada 10 Oktober dengan berkonsepkan Istana Kayangan.Ilham tersebut dicurahkan oleh perancang perkahwinan terkenal, Bill Bora yang bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti."Konsep perkahwinan tradisional dicampur dengan elemen angkasa lepas memberi ilham ...
Jan
19

Betty Banafe Gila Kerana Berkasih Dgn Nash

"‘Are you out of your mind? You boleh dapat lelaki yang lebih baik darinya’," cerita Betty Banafe sambil tersenyum, terkenangkan reaksi kawan-kawannya. Kongsinya lagi, ada juga yang bertanya jika perhubungannya dengan Nash sekadar taktik untuk menimbulkan rasa cemburu pada bekas kekasih.“Biasalah, perkara seperti ini bila didedahkan akan ada yang cuba untuk mempengaruhi, ada yang tak puas hati, mungkin dari sebelah sana ...
Jan
17

Scha dedah cerita putus cinta

PUNCA utama keretakan cinta membabitkan dua pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad serta Scha Alyahya akhirnya terlerai apabila Scha bersuara menceritakan perkara sebenar. Dia tidak mahu peminat mahupun media massa terus berteka-teki memberikan pelbagai spekulasi, ditambah 'hukuman' yang diterimanya apabila diserbu pihak polis apabila didapati berada di sebuah pusat hiburan haram bersama rakan pengacaranya dalam ...
Jan
17

Natasha Hudson jadi penyanyi pula?

SEMPENA kedatangan 2010, aktres Natasha Hudson bertekad untuk membuang jauh-jauh semua 'episod duka' yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini. Untuk tahun ini, Natasha Liana Hudson ingin lebih fokus pada karier seninya.Terbaru, pelakon dan model ini bakal melebarkan cabang seninya ke bidang nyanyian pula."Sebenarnya, saya sudah menjadi artis mereka sejak November lalu. Cuma, kebetulan di Konsert Alibi, malam semalam ...
Jan
17

Heliza Nafi Ada 'Affair' Dengan Suami Orang

ARTIS kelahiran Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini hanya ketawa kecil apabila ditanya tentang khabar angin yang melanda dirinya ketika ini.Dalam nada tenang, Nur Heliza Helmi atau mesra dengan panggilan Heliza berkata, dia sendiri terkejut bila dikaitkan dengan gosip yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan suami orang.Semuanya gara-gara satu panggilan telefon yang dibuat oleh seorang wanita ke radio Hot ...
Jan
11

Ammar Fobia Berlakon Lagi Gara-gara Produksi Tidak Profesional

Ammar Alfian Aziz, 22, yang mula melonjak nama menerusi drama bersiri popular Tari Tirana.Impian aktor kelahiran Cardiff, Wales ini untuk mengembangkan bakat lakonannya ternyata mengundang mimpi ngeri dan perasaan fobia gara-gara kekusutan dalam sebuah produksi drama."Saya jadi fobia untuk berlakon lagi ekoran apa yang terjadi dalam produksi Radius One yang menerbitkan siri Tari Tirana. Bukan hendak memburuk-burukkan ...
Jan
11

Gaya Selebriti Di Malam AJL24

...
Jan
11

Lagu 'Pergi' Juarai AJL24

Alunan lagu menyentuh perasaan, Pergi nyanyian Aizat telah berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.Dengan kemenangan lagu ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar itu, mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.Aizat juga berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu ...
Jan
10

Cerita Azza 'dibelasah' kekasih

AZZA dipukul kekasih sampai berdarah.Azza dikatakan telah mengalami kecederaan teruk akibat dipukul oleh teman lelakinya sendiri beberapa hari sudah. Azza juga dikatakan telah membuat laporan polis angkara dipukul oleh teman lelaki sendiri. Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan, Azza memberitahu bahawa semua cerita itu telah diberi penambahan yang cukup melampau oleh pihak lain. Azza yang popular dengan ...
Jan
10

Diddy nak kahwin

SELEPAS empat tahun melayari alam pertunangan, akhirnya Syamsul Hirdi Muhid (Diddy), 24, membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan Ellen Norazah Abdullah, 24.Selama ini ada dakwaan mengatakan hubungan mereka sudah berakhir dengan perpisahan.Tetapi bak kata Diddy, ketika dia melangkah ke pentas Akademi Fantasia Keempat (AF4) pada tahun 2006, dia sudah berjanji satu perkara iaitu, cinta dan kasihnya terhadap Ellen tetap tidak akan berubah sampai bila-bila.Dan hari ini Diddy mengotakan janjinya apabila dia mengumumkan hasrat untuk bergelar seorang suami.Memilih tarikh 6 Februari, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor pada pukul 3 petang ...
Jan
10

Chef Sentap Dgn Liyana Jasmay

Baru-baru ini, Liyana Jasmay ada mengulas tentang harga makanan yang sangat mahal di Restoran Ikan Sungai, milik bapanya dan seorang lagi rakan kongsi, iaitu Chef Kamarul. Dalam kenyataan Liyana, dia ada menyebut yang dia tidak layak memberi ulasan kerana restoran itu tidak ada kena-mengena dengan dirinya.Tetapi dalam masa yang sama, Liyana turut memberi komen yang agak pedas. Kenyataannya berbunyi, “Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ.”Mungkin bagi Liyana kenyataannya itu biasa sahaja, tetapi lain pula bagi rakan kongsi bapanya, Chef Kamarul. Sumber Cik Andalusia memberitahu, Chef Kamarul telah menghubungi sebuah akhbar untuk meluahkan rasa tidak ...
Jan
6

Abby & Norman Hakim di first day sekolah anak mereka

...
Jan
4

Tahniah Ako..Dah Jadi Bapa

isteri Ako Mustapha nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, Kartina Shuaib Abdullah, 29, apabila baru saja dikurniakan anak perempuan tanggal 31 Disember lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Batu 4, Sandakan,Sabah, 17 Januari lalu.Syukur kepada Allah kerana isteri Ako, Kartina selamat melahirkan bayi perempuan comel yang dinamakan Merissa Tempawan di Tropicana Medical Center.nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Seperti yang kita tahu Ako adalah cucu kepada kakak sulung Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah.Bagaimanapun, buat masa ini, Ako dan Kartina belum bersedia menayangkan wajah anak mereka kepada ...
Jan
4

Jais panggil Sosilawati

Usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya dan suaminya yang dihebahkan ditangkap berkhalwat pada malam tahun baru Jumaat lalu diarahkan ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam, hari ini. Baru-baru ini sebuah akhbar dalam talian melaporkan Sosilawati ditangkap khalwat dengan seorang duda anak tiga di Astana Damansara, Petaling Jaya pada malam tahun baru dan mengaku bersalah serta meminta ...
Jan
4

Lynn & Shahira meniti bahagia dalam perkahwinan kedua

Tatkala diajukan pertanyaan mengenai perkahwinan lalu, Lynn atau nama sebenarnya Sharifah Norhaslinda Syed Abu Bakar enggan komen lebih lanjut kerana mahu menjaga hati kedua belah pihak. Enggan bercakap banyak fasal perkahwinan lalu, Lynn sebaliknya menganggap kebahagiaan dan kegagalan segalanya kehendak Tuhan. Sebagai umat-Nya, dia mahu berusaha ke arah menjayakan perkahwinannya kini. Selebihnya, dia serahkan pada Yang ...