Ako dijatuhkan hukuman denda dan penjara 3 bulan

Pelakon Ako Mustapha yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Bagaimanapun, Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Ako berkata dia sedang membuat permohonan untuk penggantungan perintah sementara menunggu rayuan terhadap kedua-dua hukuman tersebut dan memfailkan permohonan tersebut pada petang ini.

Dimaklumkan, Ako juga sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment