Ramli antara selebriti yang terbabit menyahut usaha yang dikelolakan akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mewujudkan Tabung NSTP Untuk Gaza.
Sebanyak 12 koleksi miliknya iaitu jaket, kemeja, seluar jeans, semburan pewangi badan, tali pinggang dan tali leher akan dilelong dengan harga yang cukup istimewa dan munasabah.
Jika ada yang ingin memiliki sepasang sut jenama Hugo Boss yang hanya dipakainya selama tiga jam sewaktu Anugerah Era berlangsung beberapa tahun lalu dan dibeli dengan harga mencecah empat angka tetapi akan dibida dengan harga permulaan dari RM500 hingga ke RM600. Kebanyakan koleksinya ini dibeli di Paris dan London. Ada antaranya koleksi yang dibelinya sejak 20 tahun lalu, malah ada yang hanya dipakai sekali saja.
Menurut Ramli, 100 peratus keuntungan lelongan akan disalurkan ke tabung terbabit. Malah apabila melihat sambutan deretan nama selebriti yang menyatakan persetujuan untuk turut terbabit di dalam karnival ini, Ramli meluahkan rasa gembira dan bersedia untuk memberi sokongan.
Apa yang dianjurkan NSTP ini satu perkara yang bagus dan pembabitan artis menunjukkan kepekaan dan keprihatinan selebriti tempatan terhadap kemelut kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin. Kita sama-sama akan membuat kebajikan (hari ini). Kalau nak menderma sekalipun biarlah setulus hati dan tidak terbit langsung kekesalan untuk saya 'mengorbankan' barangan ini semua. Lagipun, ia untuk tujuan baik dan tidak salah saya melelong barang yang masih elok untuk dipakai
Barangan lelongan Ramli MS
•Kemeja berkolar Hugo Boss dan kemeja T berlengan panjang, Armand Basi dilelong pada harga permulaan RM150.
•Dua pasang jeans jenama Paul Smith dan Aigner akan dilelong pada harga permulaan RM450 setiap satu.
•Jaket Christian Dior dan Zegna, kedua-duanya dibida dengan harga permulaan RM350 dan bersaiz 50
•Sepasang sut denim Hugo Boss dilelong pada harga permulaan sekitar RM500 hingga ke RM600
•Set pewangi Estee Lauder dan Clinique masing-masing dijual pada harga RM150
•Tali pinggang Prada dan Gucci boleh dengan harga bidaan RM550 dan bersaiz 85
•Tali leher Hermes pula dilelong pada harga permulaan RM400
Menarik ABPBH 2008 Untuk Gaza
•Selain lelongan dan jualan amal, turut dilakukan sesi bergambar bersama artis dikenakan bayaran berpatutan dan persembahan artis popular. Setiap bayaran dimasukkan terus ke Tabung NSTP Untuk Gaza.
•Anita Sarawak melelong dan menjual pakaian yang pernah dipakainya sewaktu membuat persembahan pentas dan menghadiri acara hiburan.
•Pelakon Sherry Ibrahim menjual biskut dan setiap RM2 daripada jualan akan disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza.
•Chef Wan akan menjual buku masakan, kek, mi segera Cintan dan kari ayam di dalam tin, Ayamas
•Pasangan suami isteri, Erra Fazira dan Engku Emran masing-masing akan melelong beg kantung Christian Dior dan jaket denim Levis.
•Alyah akan menjual koleksi cenderahati yang akan dibelinya sewaktu bercuti.
•Dia Fadila pula melelong dua pasang kasut jenama Adidas dan Kickers serta tas tangan Guess dan kemeja United Benetton.
•Aznil Nawawi melelong satu baju yang pernah dipakai sewaktu Anugerah Skrin
kredit: bharian
0 comments:
Post a Comment