Lu Fikirla Sendiri The Movie








Tak sabar rasanya nk tunggu filem ni keluar panggung..sebab Nabil memang best.filem ini akan di tayangkan dalam tahun ni jugak...2009...menampilkan artis2 yang x kurang hebat. dibintangi oleh pelakon seperti Nabil, Tasha, Mila AF5, Vanidah Imran, Ebby Yus, Ummi Nazeera, Zaibo, Amy Search dan Fahrin Ahmad dan skripnya ditulis oleh Aminah Rhapor.
SINOPSIS
Mengisahkan tentang mengejar impian, cita-cita dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Seorang anak hartawan dan seorang lagi hidup dalam kesederhanaan. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri. Nabil, seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM bekerja sebagai penghantar surat. Sabtu dan ahadnya bekerja di workshop motor. Malam minggunya pula membantu kawan berniaga di pasar malam. Sentiasa bertukar kerja atas alasan dan masalah tertentu. Hidup tak perlu kaya. Asal hidup boleh membantu keluarga dan merasa sedikit kesenangan sudah mencukupi. Merupakan remaja yang bersih dari gejala sosial, berdikari, rajin dan tidak mengenal putus asa.

0 comments:

Post a Comment