Belum rancang bertunang - Pekin



BERTUNANG Februari ini? Mana ada. Tahun ini adalah tahun yang sibuk bagi saya dan Ayu. Kalau bertunang pun, mungkin tahun depan."Itu penjelasan jejaka bernama Mohd. Iznan Ibrahim, 27, atau mesra dengan panggilan Pekin saat diajukan soalan oleh Hits mengenainya yang dikatakan akan bertunang dengan pelakon Ayu Raudhah,24, pada Februari ini.Ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini, pelakon yang mula mencipta nama sekitar tahun 2000 ini menjelaskan bahawa 2009 merupakan tahun yang cukup sibuk dan mencabar baginya dan juga Ayu.Justeru, jelas Pekin, antaranya dan Ayu mahu memfokuskan terlebih dahulu kepada karier di samping mengumpul duit sebelum disatukan dalam ikatan pernikahan."Ayu pun masih muda.

Biarlah dia kumpul duit banyak-banyak dahulu."Jika ada rezeki, insya-Allah kami akan bertunang pada tahun depan."Lagipun, saya sudah tetapkan dalam hati untuk berkahwin pada usia 30 tahun," kata Pekin yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.Menurutnya, hubungan perkenalannya dengan Ayu sudah terjalin sejak enam tahun lalu dan membuatkan mereka sudah memahami antara satu sama lain.

Ujar Pekin, dalam tempoh itu, dia melihat Ayu sebagai seorang yang baik, mendengar kata, lemah lembut dan manja."Saya selesa bersama Ayu. Keluarga saya dan Ayu sudah saling mengenali. Lagipun, kami tinggal berjiran di USJ Subang,'' katanya.

Kisah Ayu yang dikatakan akan bertunang dengan Pekin, Februari ini mula tersebar beberapa minggu lepas dan disiarkan dalam ruangan Gitu...lah! di sisipan hiburan popular Pancaindera.Menerusi ruangan itu, Ayu dan Pekin merancang untuk 'mengikat' cinta mereka selepas hubungan masing-masing pernah putus satu ketika dahulu.

Ayu ketika menjawab mengenai perkara tersebut mengakui menerima dengan hati terbuka andai aktor berkenaan adalah jodohnya.Akui Ayu lagi, dirinya senang berkawan dengan Pekin kerana dia banyak memberinya dorongan dalam kerjaya serta kehidupan.Ayu mula mengenali Pekin di sebuah acara di Bukit Bintang ketika usianya 18 tahun dan Pekin pada waktu itu adalah seorang penyanyi berkumpulan.

Sepanjang tempoh bergelar pelakon, Pekin dan Ayu pernah bersama berlakon dalam beberapa drama antaranya Manjalara, Sutera Maya, Jamilah, Cinta Terhalang serta yang terbaru filem pendek berjudul Aku Dan Sesuatu.Berbalik kepada Pekin, tatkala memberi maklum balas mengenai senario pergolakan rumah tangga artis sepanjang 2008, dirinya tidak gentar untuk memilih Ayu sebagai suri hidupnya."Kalau sudah jodoh, kenapa perlu rasa takut. Hadapi sahaja apa risiko mendatang," ujarnya penuh yakin.

1 comments:

dia ni ke yg belakon darama bersiri Nur kasih sbgai Aliya?? hhmm.. jauh panggang dari api~ kechiwa aku~

 

Post a Comment