Ally nafi bercinta dengan Elyana



Ally pada mulanaya sekadar berkawan dengan penyanyi berkenaan. Sebelum ini, Ally dikatakan tidak rapat dengan Elyana kerana menganggap penyanyi itu sombong. Elyana juga tidak bersahabat baik dengan Ally dengan alasan sama, pengacara itu sombong.

Namun, apabila Elyana dan Ally sama-sama terbabit dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 dan Elyana sendiri menjadi tetamu rancangan Ally, mereka mula akrab. Apatah lagi Ally dan Elyana pernah belajar di sekolah yang sama di Shah Alam. Jadi, ada jugalah benda yang mereka hendak borakkan apabila berjumpa.

buat masa ini Ally tidak mahu bercinta dengan sesiapa. Katanya, susah hendak mencari wanita yang benar-benar faham kedudukannya sebagai personaliti TV yang sentiasa menjadi perhatian orang. Jadi, dia ala-ala mahu bebas daripada ikatan cinta, sebaliknya memberikan tumpuan kepada program kendaliannya yang kian mendapat tempat di kalangan penonton TV3.

kredit:berita harian

0 comments:

Post a Comment