Nurul Syuhada di Gaza









Sembilan hari bermastautin di Semenanjung Gaza banyak menginsafkan pengacara dan kru Majalah Tiga

Berpeluang menjejakkan kaki di bumi yang baru bermandikan darah iaitu Palestin, baru-baru ini atas nama bertugas, perantara program Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain lebih mengenali erti sebuah kehidupan.

Saya kagum semangat yang ditunjukkan mereka. Walaupun dilanda perangn namun situasi itu sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang mempertahankan maruah diri dan negara.

“Bagi mereka, mati kerana mempertahankan negara adalah mati syahid dan mereka bangga dengan perkara itu,” ujar Nurul yang baru pulang membuat liputan di Semenanjung Gaza untuk program Majalah Tiga hujung Januari lalu.

“Sedih melihat keadaan mereka. Mujur juga Nurul ada bawa tiga kotak coklat, jadi sepanjang membuat liputan tu, Nurul berilah coklat kepada mereka. Macam Santa Claus,” seloroh Nurul sambil tertawa.

Begitupun, pengacara yang dicungkil bakatnya menerusi program Pengacara Jemputan Nona ini sempat juga menceritakan mengenai kejadian misteri yang sehingga kini masih lagi menghantui fikirannya.

“Sewaktu berada di ibu pejabat polis yang mana terdapat 250 orang yang mati syahid akibat dibedil, saya ada menemui tulang jari yang masih terlekat cebisan daging. Masa jumpa tu, Nurul masih tak pasti apakah benda itu dan tiba-tiba Nurul mengambil tulang itu dan menciumnya.

“Apabila mendapat tahu yang tulang itu adalah tulang manusia, Nurul memang terkejut sangat. Cuma yang menghairankan, tulang itu tidak berbau langsung. Lazimnya kalau cebisan mayat memang berbau. Inilah kuasa Tuhan dan ini juga adalah ciri-ciri mereka yang mati syahid,” cerita Nurul sambil memberitahu tulang itu kemudian dikebumikan dengan sempurna oleh kru Majalah Tiga serta anggota Dewan Pemuda Masjid yang turut bersama-sama mereka ketika itu.

kredit:berita harian

0 comments:

Post a Comment