Debaran detik 14 Februari


KAD undangan direka khas oleh sepupu Linda, Jeslina Hashim




Menanti detik 14 Februari untuk disatukan sebagai suami isteri mengundang pelbagai rasa kepada aktor, Que Haidar dan koreografer popular, Linda Jasmine.

“Semuanya bercampur baur ketika ini - berdebar, teruja, seronok dan memikirkannya membuatkan saya gelisah memikirkan hari mendatang,” kata Que yang ditemani bakal isterinya ketika ditemui pada sesi suai padan pakaian di Lord’s Tailor, Bangsar, petang Selasa lalu.

Perasaan yang sama turut dirasai Linda yang mengakui, hatinya tidak tenteram selagi segala perancangan diatur belum selesai.

Tiada lain yang diimpikan kecuali majlis pernikahan dan persandingan yang akan berlangsung di Bora Ombak, Ampang, bermula jam 5 petang itu berlangsung sempurna.

“Semakin hampir acara, makin banyak persiapan yang perlu dilakukan. Memang agak terkejar-kejar namun saya bernasib baik kerana pengalaman sebagai koreografer banyak membantu saya untuk bertenang menanganinya.

Akui Que, menjelang tarikh pernikahan jadual hariannya agak padat apatah lagi masih terikat dengan penggambaran telefilem sehingga 11 Februari ini.

Justeru, kebanyakan persiapan terpaksa diuruskan Linda sendirian membuatkan Que kagum dengan ketabahan dan kekuatan bakal isterinya.

“Saya tahu ada ketika Linda tertekan untuk memastikan semua persiapan sempurna seperti yang diimpikannya. Cuma telefon menjadi pengerat hubungan, tempat Linda mengadu dan mencurah rasa hatinya.

“Dalam hal ini kami banyak bersabar. Perjalanan menempuh alam baru bukan sesuatu yang mudah, jadi saya sentiasa mengingatkan diri supaya tenang dalam menempuh dugaan,” katanya.

***************************************************
Info Majlis pernikahan Linda Jasmine, Que Haidar

•Linda akan menggayakan empat persalinan daripada tiga pereka berbeza iaitu rekaan Kirana pada upacara akad nikah di Bora Ombak, Ampang.

•Kirana menjadi pilihan Linda kerana mereka sudah lama berkawan rapat, malah dia menyenangi rekaannya yang cantik, kreatif dan selesa digayakan. Kirana ialah pereka pakaian Linda sejak masih di bangku sekolah lagi.

•Untuk majlis persandingan pula, dia memilih rekaan Syaiful Bahrim kerana pereka muda itu mempunyai cita rasa tersendiri. Calvin Thoo pula mereka pakaian mereka berdua untuk acara memotong kek. Calvin juga rapat dengan Linda, selain memahami bentuk tubuhnya untuk memberikan rekaan terbaik.

•Que pula memilih sut rekaan Lord’s Tailor untuk majlis persandingan kerana jenama itu sudah lama bertapak dengan sentuhan yang cantik dan kemas.

•Majlis persandingan di kampung Que pula akan berlangsung pada 15 Mac depan. Membawakan tema diraja, pelamin mereka menerima tajaan daripada Az Salon & Bridal.

•Majlis yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak itu juga diserikan dengan penuh adat termasuk berzanji, persembahan tarian zapin, sesi karaoke dan pertunjukan bunga api.

kredit:berita harian

0 comments:

Post a Comment