Showing posts with label APM 2009. Show all posts
Showing posts with label APM 2009. Show all posts

Kaka (Slank) ‘dihukum’ lepas londeh seluar di APM 2009




AKSI londeh seluar dan menunjukkan punggung yang ditulis ‘Bombers kiss my...’ oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, Kaka sambil memakai jaket terbuka sehingga mendedahkan dadanya mengejutkan ramai penonton ketika menyaksikan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, semalam.

Insiden itu turut membuatkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. terpana di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Senayan.

Menurut Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur mereka memohon maaf atas perkara yang berlaku.

Justeru, pihak penganjur akan meminta pihak yang bertindak mengendalikan produksi TV, Global TV untuk memberikan penjelasan dan membuat tindakan berhubung hal itu.

“Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura.

“Sebagai penganjur, kami ingin memohon maaf kerana ia di bawah kawalan kami dan memang tidak menjangkakan hal seperti itu akan berlaku.

“Masa sesi raptai pun dia (Kaka) tidak membuat perkara seperti itu
Jelas Amin, dia menganggap ‘aksi luar biasa’ itu sebagai cara Kaka untuk melepaskan geram kepada pengebom yang meletupkan Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, Jakarta, pada Jumaat lalu.

“Apa yang berlaku atas pentas itu mungkin meluahkan rasa marah dan geram kepada semua pengebom dan untuk menyampaikan mesej kepada pihak-pihak penganas bahawa mereka tidak takut dengan apa yang dilakukan.

“Mungkin juga dia (Kaka) rasa malu dengan tetamu dari Singapura dan Malaysia yang menghadiri APM,” tambah Amin.

Ujarnya, atas sebab yang berlaku terus pihak penganjur memantau gerak geri Kaka termasuk ketika dia naik ke pentas untuk menerima anugerah kategori Lagu Paling Popular Indonesia (berdasarkan muat turun) menerusi lagu ‘Kul Cinta’.

“Selepas itu, kami terus arahkan dia memakai baju dan tidak memberikan peluang dia memberikan ucapan sebab kita takut dia akan mengulangi perkara yang tidak menyenangi hati masyarakat Malaysia dan Singapura.

kredit:mstar

Saya tak rasa malu - Faizal Tahir


Kalau bukan kerana Anugerah Planet Muzik (APM 2009) yang berlangsung di sini, penyanyi Faizal Tahir mengaku dia mungkin kekal sebagai peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Namun, disebabkan APM 2009, dia kelam-kabut melangsaikan hutangnya yang sebelum itu didakwa terlepas pandang.

"Saya terlalu sibuk sampai terlepas pandang.

"Saya juga tidak malu dengan apa yang berlaku. Saya sudah membayar semua hutang PTPTN kerana tidak mahu terlepas peluang muncul di APM 2009,''

p/s:apa-apa pun, berbaloi juga Faizal Tahir mengadakan persembahan dengan vokalnya yang mantap dan mungkin menjadi salah satu faktor penyelamat anugerah yang agak membosankan itu...

Anugerah Planet Muzik 2009

fenomena Siti bukan sahaja terhad kepada Malaysia tetapi ia sudah jauh tersebar ke rantau ini. Hinggakan beliau berjaya menggondol gelaran Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 sebentar tadi.

Selain Siti yang juga dinobatkan sebagai Artis Malaysia Paling Popular, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

Tahniah pada Siti, Aizat dan Ayu. Tak lupa juga pada para artis Malaysia yang telah beraksi di pentas APM 2009 termasuk Reshmonu (“Oh Anak-Anak”), Stacy (“Gagap”), Hujan (“Pagi Yang Gelap”) dan Faizal Tahir (“Bencinta”).

Tetapi yang sudah pasti, highlight majlis APM tahun ini – perkara yang akan diperkatakan untuk beberapa hari selepas ini – adalah statement Kaka Slank terhadap insiden pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton Jakarta pada pagi Jumaat lalu.

Dengan selambanya, vokalis kumpulan rock popular Indonesia ini menayangkan seluar dalam putihnya di mana telah ditulis “Bombers Kiss My Ass”. Tak tahu lah jika Kaka akan kena ban selepas ini di Indonesia tetapi kalau di sini, tak perlu lah di teka apa akibatnya. Siapa yang tak ingat insiden buka baju Faizal Tahir tahun lepas yang melihatnya kena ban selama tiga bulan oleh MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) dari keluar TV.

Edisi Anugerah Planet Muzik tahun ini yang telah berlangsung di Plenary Hall Jakarta Convention Centre, dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Nirina Zubir dan Aura Shai.


senarai penuh pemenang
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu:
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Kotak - Beraksi

Artis Baru Lelaki
Aizat – Hanya Kau Yang Mampu

Artis Baru Wanita
Ayu – Hanya Di Mercu

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Be’te – Dewiq Feat. Ipang

Artis Lelaki Terbaik
Afgan – Confession No. 1

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu

Duo / Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno – The Special One

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)

Album Terbaik
Confession No. 1 – Afgan

Artis Singapura Paling Popular
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular
Dato' Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular
Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Singapura Paling Popular
Impianku – Didicazli Feat. Sleeq

Lagu Malaysia Paling Popular
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

Lagu Indonesia Paling Popular
Kuil Cinta - Slank

Kategori Khas:
Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Gigi

kredit: gua.com.my