AKSI londeh seluar dan menunjukkan punggung yang ditulis ‘Bombers kiss my...’ oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, Kaka sambil memakai jaket terbuka sehingga mendedahkan dadanya mengejutkan ramai penonton ketika menyaksikan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, semalam.
Insiden itu turut membuatkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. terpana di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Senayan.
Menurut Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur mereka memohon maaf atas perkara yang berlaku.
Justeru, pihak penganjur akan meminta pihak yang bertindak mengendalikan produksi TV, Global TV untuk memberikan penjelasan dan membuat tindakan berhubung hal itu.
“Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura.
“Sebagai penganjur, kami ingin memohon maaf kerana ia di bawah kawalan kami dan memang tidak menjangkakan hal seperti itu akan berlaku.
“Masa sesi raptai pun dia (Kaka) tidak membuat perkara seperti itu
Jelas Amin, dia menganggap ‘aksi luar biasa’ itu sebagai cara Kaka untuk melepaskan geram kepada pengebom yang meletupkan Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, Jakarta, pada Jumaat lalu.
“Apa yang berlaku atas pentas itu mungkin meluahkan rasa marah dan geram kepada semua pengebom dan untuk menyampaikan mesej kepada pihak-pihak penganas bahawa mereka tidak takut dengan apa yang dilakukan.
“Mungkin juga dia (Kaka) rasa malu dengan tetamu dari Singapura dan Malaysia yang menghadiri APM,” tambah Amin.
Ujarnya, atas sebab yang berlaku terus pihak penganjur memantau gerak geri Kaka termasuk ketika dia naik ke pentas untuk menerima anugerah kategori Lagu Paling Popular Indonesia (berdasarkan muat turun) menerusi lagu ‘Kul Cinta’.
“Selepas itu, kami terus arahkan dia memakai baju dan tidak memberikan peluang dia memberikan ucapan sebab kita takut dia akan mengulangi perkara yang tidak menyenangi hati masyarakat Malaysia dan Singapura.
kredit:mstar
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment