Showing posts with label Wan Sharmila. Show all posts
Showing posts with label Wan Sharmila. Show all posts

Eira Syazira Bukan Punca Wan Sharmila Bercerai


"Ramai yang telah bertanyakan soalan yang sama. Saya tak tahu kenapa saya dilihat sebagai puncanya," jelas Eira Syazira bila ditanya jika perceraian pelakon 'Tari Tirana', Wan Sharmila dan suami Fazli Baharom ada kaitan dengan dirinya.

Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan berita perceraian Wan dan Fazli. Walaupun Fazli sudah tampil ke depan untuk menafikan punca perceraian itu adalah kerana orang ketiga, namun ia tidak mampu menghalang orang ramai dari membuat spekulasi. Lebih-lebih lagi apabila sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak kerana kehadiran Eira.

"Mungkin sebab gosip sebelum ini yang mengaitkan saya dengan suaminya. Ditambah pula sekarang ini drama terbitan Radius One (dimana Fazli selaku penerbit), 'Cinta Balqis' sedang dimainkan dan saya memegang watak utama. Tapi saya memang menafikan saya adalah punca perceraian mereka."
Mengakui hanya mengetahui berita perceraian Wan melalui laporan akhbar, katanya ketika di belakang pentas sebelum acara pertunjukkan Fesyen Anugerah Skrin 2009 bertemakan 'Arabian Nite', sempena majlis pelancaran Anugerah Skrin 2009 yang berlangsung petang tadi di Sunway Resort Hotel & Spa, mereka sempat berbual bersama.

"Kami bertanya tentang perkembangan terbaru masing-masing tapi tak sentuh soal peribadi. Dia okay je dengan saya. Malah kita boleh jayakan 'fashion show' tu sama-sama. Sebab tu saya tak ambil kisah sangat pun apa cakap orang."

kredit:gua.com.my

Wan Sharmila Bercerai Talak Satu

Setelah lama berteka-teki dengan peminat, akhirnya suami kepada Wan Sharmila, Fazli Baharom hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah pun bercerai dengan pasangannya itu. Pasangan ini dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober lalu.

Mengulas tentang perceraian itu, bekas suami Wan Sharmila memberitahu perpisahannya dengan bekas isteri bukanlah kerana orang ketiga seperti yang digembur-gemburkan sebelum ini.

‘Demi Allah, kami bercerai bukan kerana orang ketiga dan gosip yang tersebar mengatakan rumahtangga kami goyah kerana orang ketiga itu tidak benar sama sekali. Saya tiada wanita lain, begitu juga dengan bekas isteri,’ itu komen yang diberikan Fazli seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro.

Dalam masa yang sama, Fazli juga menafikan dakwaan yang mengatakan Wan Sharmila berkahwin dengannya sebelum ini kerana statusnya sebagai penerbit drama.