Eira Syazira Bukan Punca Wan Sharmila Bercerai


"Ramai yang telah bertanyakan soalan yang sama. Saya tak tahu kenapa saya dilihat sebagai puncanya," jelas Eira Syazira bila ditanya jika perceraian pelakon 'Tari Tirana', Wan Sharmila dan suami Fazli Baharom ada kaitan dengan dirinya.

Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan berita perceraian Wan dan Fazli. Walaupun Fazli sudah tampil ke depan untuk menafikan punca perceraian itu adalah kerana orang ketiga, namun ia tidak mampu menghalang orang ramai dari membuat spekulasi. Lebih-lebih lagi apabila sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak kerana kehadiran Eira.

"Mungkin sebab gosip sebelum ini yang mengaitkan saya dengan suaminya. Ditambah pula sekarang ini drama terbitan Radius One (dimana Fazli selaku penerbit), 'Cinta Balqis' sedang dimainkan dan saya memegang watak utama. Tapi saya memang menafikan saya adalah punca perceraian mereka."
Mengakui hanya mengetahui berita perceraian Wan melalui laporan akhbar, katanya ketika di belakang pentas sebelum acara pertunjukkan Fesyen Anugerah Skrin 2009 bertemakan 'Arabian Nite', sempena majlis pelancaran Anugerah Skrin 2009 yang berlangsung petang tadi di Sunway Resort Hotel & Spa, mereka sempat berbual bersama.

"Kami bertanya tentang perkembangan terbaru masing-masing tapi tak sentuh soal peribadi. Dia okay je dengan saya. Malah kita boleh jayakan 'fashion show' tu sama-sama. Sebab tu saya tak ambil kisah sangat pun apa cakap orang."

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment