Showing posts with label ajai. Show all posts
Showing posts with label ajai. Show all posts

Liza mengandung lima minggu


TAHNIAH buat Liza Ilas, isteri kepada komposer Ajai yang tersayang kerana dah mengandung.

Liza (Norliza Ilias),37, dan Ajai (Mohd. Faizal Maas),36, nikah pada 15 Ogos lalu di Pulau Pinang. Mengikut cerita Liza, mulanya dia rasa loya dan muntah-mutah. Lepas pergi klinik buat pemeriksaan, doktor sahkan dia mengandung lima minggu.

“Sekarang ni bila dah mengandung, tak ada masa nak melawa. Berjalan pun pakai selipar je ni,” katanya.

Niezam tanya kenapa macam tu? Ada alahan ke? Kata Liza, bila dah mengandung dia rasa macam malas nak bergerak ke mana-mana. Kalau boleh nak memerap dalam rumah saja. Badan pula sikit-sikit letih dan rasa lemah. Biasalah orang mengandung memang macam tu. Apatah lagi mengandung anak pertama. Mesti dia meragam sikit.

Cuma kata Liza, dia tak macam orang lain yang terlalu sensitif dan hendak dimanja 24 jam. Setakat ni Liza dapat kawal keadaan dirinya dan syukur Ajai pun selalu ambil berat selepas mengetahui dia berbadan dua.

kredit:utusan

Ajai-Liza kini sah suami isteri











Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Menurut Norliza yang ditemubual mStar Online selepas majlis akad nikah tersebut menyatakan kesyukurannya kerana majlis tersebut berlangsung dengan selamat seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan seperti yang dirancang dan berjalan dengan selamat.

"Malah semua ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara tidak kira yang dekat dan jauh hadir ke majlis hari ini untuk meraikan saya dan Ajai," kata Norliza.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Norliza berkata, dia dan Ajai masih belum membuat perancangan itu kerana lebih 'excited' untuk menyambut bulan Ramadan bersama.

"Buat masa ini, belum ada perancangan untuk berbulan madu lagi kerana kami lebih 'excited' untuk sambut puasa bersama-sama.

"Lagipun kami masing-masing ada komitmen dengan kerja, jadi mungkin untuk bulan madu kami akan tangguh dulu hingga hujung tahun ini," jelas Norliza yang agak sibuk melayan tetamu yang hadir ketika itu.

Norliza turut menyatakan harapannya terhadap perkahwinan bersama Ajai setelah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta dan pernah dilanda kisah panas yang menguji keutuhan cinta mereka.

"Sama seperti semua pasangan yang baru berkahwin, saya berharap perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.

"Saya juga tidak sabar untuk mulakan sebuah keluarga dengan Ajai," katanya.

Ditanya mengenai bilangan cahaya mata yang diinginkannya, Norliza berkata: "Berkenaan anak, kami terima je apa yang Tuhan bagi. Kami pun belum ada perancangan lagi.

"Tapi mungkin saya nak anak dalam tiga atau empat orang anak," katanya sambil ketawa.

Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh.

Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry.

Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.

kredit:mstar

Ajai dan Liza nikah 15 Ogos ni


Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.

kredit: mangga online

“Jangan Cari Publisiti Murahan” - Ajai












Ajai menafikan semua cerita yang disampaikan oleh gadis yang bernama Sharifah Nor Idayu Syed Abdul Rahman, 22, yang merupakan seorang model dan pelakon baru.

“Saya anggap cerita ini sebagai sebahagian hal peribadi dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara ini. Bagi saya wanita itu sengaja mahu ambil kesempatan untuk tumpang populariti. Sebab itu dia tidak habis-habis bercerita tentang perkara ini. Memang saya mengenali dia, tetapi saya tiada sebarang hubungan istimewa dengan dia. Mungkin dia yang tersalah anggap.”

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis itu, Ajai memberitahu dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang selagi ia tidak menjejaskan maruahnya.

“Selagi perkara ini tidak menjejaskan maruah saya, saya tidak akan ambil sebarang tindakan. Tapi kalau dia melakukan sesuatu yang melampaui batas nanti, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah jangan cari populariti dengan buat publisiti murahan,” jelas Ajai yang turut menafikan dia pernah membuat panggilan video atau MMS kepada gadis itu.

kredit:gua.com.my