Liza mengandung lima minggu


TAHNIAH buat Liza Ilas, isteri kepada komposer Ajai yang tersayang kerana dah mengandung.

Liza (Norliza Ilias),37, dan Ajai (Mohd. Faizal Maas),36, nikah pada 15 Ogos lalu di Pulau Pinang. Mengikut cerita Liza, mulanya dia rasa loya dan muntah-mutah. Lepas pergi klinik buat pemeriksaan, doktor sahkan dia mengandung lima minggu.

“Sekarang ni bila dah mengandung, tak ada masa nak melawa. Berjalan pun pakai selipar je ni,” katanya.

Niezam tanya kenapa macam tu? Ada alahan ke? Kata Liza, bila dah mengandung dia rasa macam malas nak bergerak ke mana-mana. Kalau boleh nak memerap dalam rumah saja. Badan pula sikit-sikit letih dan rasa lemah. Biasalah orang mengandung memang macam tu. Apatah lagi mengandung anak pertama. Mesti dia meragam sikit.

Cuma kata Liza, dia tak macam orang lain yang terlalu sensitif dan hendak dimanja 24 jam. Setakat ni Liza dapat kawal keadaan dirinya dan syukur Ajai pun selalu ambil berat selepas mengetahui dia berbadan dua.

kredit:utusan

0 comments:

Post a Comment