Showing posts with label fasha. Show all posts
Showing posts with label fasha. Show all posts

'Lega umum tak kahwin Fasha Sandha'


“Saya rasa lega dan terlepas dari bebanan sebaik saja membuat pengumuman itu. Terus terang, keputusan yang saya buat ini tidak dipengaruhi sesiapa dan semuanya atas kemahuan saya sendiri. Dan ini adalah keputusan yang saya buat seorang diri dan bukannya bersama seperti yang Fasha nyatakan.

“Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudah lama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkan sendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan.

“Enggan membiarkan perkara ini berlanjutan serta membuatkan saya terus tertekan dengan keadaan sekeliling dan kebetulan pula ada wartawan yang bertanyakan saya mengenai hal itu, jadi saya rasakan inilah masanya untuk saya menceritakan perkara sebenar supaya tidak ada pihak yang keliru atau tertanya-tanya di manakah hala tujunya hubungan kami ini,” jelas Qabil penuh hati-hati.

Tegar mempertahankan prinsipnya untuk tidak mahu memburukkan mana-mana pihak, Qabil menyifatkan apa yang berlaku adalah suratan takdir dan antara mereka memang tiada jodoh. Namun apa yang lelaki ini boleh kongsikan pada khalayak adalah, antara dia dan Fasha tidak mungkin dapat hidup bersama.

“Saya akui, sepanjang kami hidup bersama, banyak cerita yang saya dengar mengenainya. Malah kawan-kawan saya sendiri banyak menasihatkan saya apabila mendapat tahu yang sedang berkawan dengannya.

“Namun semua itu tidak saya endahkan. Saya adalah seorang yang tidak mudah percaya cakap-cakap orang. Dan kalau betul pun apa yang diceritakan itu, saya tidak mahu buruk sangka, mungkin itu cerita lama dan dia sudah berubah. Tapi selepas setahun berkawan dengannya, saya sendiri dapat merasakan yang antara kami memang tidak sehaluan dalam banyak perkara.

“Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas saya melihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga saya serta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha,” katanya yang tetap tidak mahu mendedahkan apakah insiden yang mengubah pendiriannya itu.

Tidak seperti pasangan lain, anak kedua dari tiga beradik ini mengakui mereka jarang keluar bersama. Kesibukan mereka dengan urusan masing-masing membuatkan mereka terpaksa membataskan pertemuan mereka.

“Kami keluar bersama pun dalam sebulan sekali. Iyalah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Malah, kalau berjumpa pun kami tidaklah berbincang soal perkahwinan secara serius.

“Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalau saya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya,” tutur Qabil yang mengakui di awal perkenalan, dia tidak tahu yang Fasha seorang pelakon.

Diusik dengan pertanyaan apakah peristiwa itu akan membuatkan dirinya serik untuk menjalinkan hubungan dengan artis, Qabil menolak andaian nakal itu.

“Saya tidak pernah memandang rendah golongan artis, begitu juga keluarga saya. Dan saya tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan itu. Tidak semua artis sama,” ujarnya sambil memberitahu sejak mengumumkan hal itu, dia dan pelakon itu sudah tidak lagi berhubungan.

kredit:bharian

FASHA, Saya tak boleh paksa QABIL



Saya langsung tak malu dengan isu ini kerana menjadi lumrah kehidupan kadangkala apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan, kata pelakon dan model iklan Fasha Sandha selepas impian mahligai bersama atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil, tidak menjadi kenyataan.


Sehari selepas pendedahan dibuat Qabil, Fasha atau nama sebenarnya Nor Fasha Sandha Hassan, 25, tampil tanpa membuat komen panjang dengan menyifatkan apa berlaku adalah takdir. Dia yang kini berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis, kerana menemani anak saudaranya, Dani Raiyani yang berusia enam bulan kerana alahan ubat, sekarar mengulas menerusi SMS dan mengakui apa yang didedahkan Qabil di Harian Metro adalah benar.


Memang apa yang didedahkan Qabil adalah benar. Kami ada merancang untuk berkahwin, tapi kami tidak mampu untuk melawan takdir. Walaupun tiada jodoh, kami tetap berkawan seperti biasa, katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya punca krisis berkenaan tercetus, Fasha enggan menjelaskannya sambil menafikan ia ada kaitan dengan majlis rumah terbuka atau gambarnya di trek litar lumba kereta yang kini tersebar meluas di Internet.

Tiada apa yang boleh saya jelaskan lagi¡­Cukuplah saya beritahu hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Saya hanya menyayangi Qabil sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

Pasangan itu pernah mengakui saling mengenali antara satu sama lain dan mereka merancang disatukan awal Januari depan dan Qabil, 29, turut menyimpan perasaan dengan bercadang membuat pengumuman mengenainya selepas Aidilfitri.

Bagaimanapun, pengumuman itu secara tiba-tiba bertukar menjadi hangat selepas Qabil mengesahkan untuktidak memilih Fasha sebagai calon isteri. Malah, Qabil menjelaskan keputusan untuk tidak memilih Fasha dibuat atas kerelaannya, bukannya dipaksa keluarga kedua-dua pihak.

Pengakuan itu amat mengejutkan kerana sebelum ini mereka kelihatan begitu intim sehingga menimbulkan persoalan dan sejak itu, pasangan berkenaan terus mendapat perhatian. Penjelasan Qabil tidak lebih daripada mendedahkan keadaan sebenar bagi menolak salah tanggapan semua pihak selama ini.

Saya akan pulang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi dan mahu lupakan soal jodoh buat seketika. Saya mahu tumpukan kepada kerjaya kerana akan memulakan penggambaran drama terbaru Spa Q3 pada 15 Oktober ini, jelas Fasha mengakhiri perbualan menerusi SMS itu.

kredit:hmetro

Qabil tak jadi pinang Fasha





“Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha).”

Demikian pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumuman mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini.

Hubungan mereka heboh diperkatakan sebelum ini kononnya Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan menjadi pilihan Qabil selepas mereka dilihat begitu mesra pada satu majlis.

“Ada sebab mengapa saya tak jadi berkahwin dengannya. Memang kami ada perancangan (untuk berkahwin) sebelum ini, tapi semuanya tak menjadi kenyataan.

“Jadi, saya ingin jelaskan kami sudah tidak bersama lagi. Kenapa saya buat keputusan ini, saya tidak dapat jelaskan dan yakin Fasha sendiri tahu mengapa hubungan kami tak kekal,” katanya.

Menurutnya, selepas berita berkaitan hubungannya dengan Fasha heboh diperkatakan, seluruh negara tertumpu kepadanya dan dia terpaksa memberi penjelasan kerana tidak mahu pihak lain tersalah anggap.

Menghangatkan hubungan pasangan itu apabila sehari selepas Qabil mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha, pelakon itu teruk ‘diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, tersebar di Internet.

Difahamkan, hubungan itu gagal menyatukan mereka kerana dipercayai ada kaitan berkenaan satu majlis rumah terbuka baru-baru ini yang turut dihadiri Fasha.

“Saya sudah tidak berhubung dengannya sejak dua bulan lalu. Semua dapat melihat apa yang berlaku pada majlis itu. Kalau sesiapa bertanyakan hubungan saya dengannya selepas ini, saya boleh katakan kami sekadar kawan dan ia tidak lebih daripada itu,” katanya.

kredit:hmetro&gua.com.my

Fasha kantoi



Fasha Sandha kanto apabila dilihat bersama dengan jejai di merdeka millennium endurance race, pada 8 ogos 2009.

kredit:mama_nutty@cari forum

Fasha Umum bakal suami September ini


Fasha telah dia membuat pengakuan akan mendirikan rumahtangga kemungkinan pada awal tahun depan.

Ada juga yang mendakwa pelakon ini sebenarnya telah pun berkahwin. Namun, bagi Fasha sendiri, dia lebih senang untuk terus mengunci mulut tentang perkara tersebut termasuklah siapa pilihan hatinya itu.

Di dalam sebuah akhbar tidak lama dulu, Fasha mengaku akan bertunang pada September ini dengan seorang ahli perniagaan dan menafikan bakal suaminya itu ialah duda mahupun suami orang.

Fasha turut menafikan dia mempunyai hubungan dengan hartawan, Datuk Shafik Rizaal Saaban, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, yang juga merupakan bekas suami pelakon, Nora Danish.

"Saya memang tidak mahu lagi bercerita tentang perkahwinan...belum tiba masanya untuk saya bercakap mengenai hal itu. Lagipun, kekasih saya juga tidak mahu saya terlalu bercerita tentang perkahwinan kami.

"Insya-allah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu.

"Buat masa ini, biarlah orang terus berteka-teki siapa lelaki itu dan bila tarikhnya. Tetapi, ingin saya tegaskan di sini, meskipun saya tidak dedahkan siapa kekasih saya, itu tidak menghalang kami untuk keluar 'dating' seperti biasa.

"Kami tetap berpegangan tangan...pergi menonton wayang bersama. Saya tidak pernah menyembunyikan hubungan kami," ujar Fasha yang menambah persiapan sempena majlis bersejarahnya itu masih lagi di peringkat awal.

kredit:mstar