FASHA, Saya tak boleh paksa QABIL



Saya langsung tak malu dengan isu ini kerana menjadi lumrah kehidupan kadangkala apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan, kata pelakon dan model iklan Fasha Sandha selepas impian mahligai bersama atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil, tidak menjadi kenyataan.


Sehari selepas pendedahan dibuat Qabil, Fasha atau nama sebenarnya Nor Fasha Sandha Hassan, 25, tampil tanpa membuat komen panjang dengan menyifatkan apa berlaku adalah takdir. Dia yang kini berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis, kerana menemani anak saudaranya, Dani Raiyani yang berusia enam bulan kerana alahan ubat, sekarar mengulas menerusi SMS dan mengakui apa yang didedahkan Qabil di Harian Metro adalah benar.


Memang apa yang didedahkan Qabil adalah benar. Kami ada merancang untuk berkahwin, tapi kami tidak mampu untuk melawan takdir. Walaupun tiada jodoh, kami tetap berkawan seperti biasa, katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya punca krisis berkenaan tercetus, Fasha enggan menjelaskannya sambil menafikan ia ada kaitan dengan majlis rumah terbuka atau gambarnya di trek litar lumba kereta yang kini tersebar meluas di Internet.

Tiada apa yang boleh saya jelaskan lagi¡­Cukuplah saya beritahu hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Saya hanya menyayangi Qabil sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

Pasangan itu pernah mengakui saling mengenali antara satu sama lain dan mereka merancang disatukan awal Januari depan dan Qabil, 29, turut menyimpan perasaan dengan bercadang membuat pengumuman mengenainya selepas Aidilfitri.

Bagaimanapun, pengumuman itu secara tiba-tiba bertukar menjadi hangat selepas Qabil mengesahkan untuktidak memilih Fasha sebagai calon isteri. Malah, Qabil menjelaskan keputusan untuk tidak memilih Fasha dibuat atas kerelaannya, bukannya dipaksa keluarga kedua-dua pihak.

Pengakuan itu amat mengejutkan kerana sebelum ini mereka kelihatan begitu intim sehingga menimbulkan persoalan dan sejak itu, pasangan berkenaan terus mendapat perhatian. Penjelasan Qabil tidak lebih daripada mendedahkan keadaan sebenar bagi menolak salah tanggapan semua pihak selama ini.

Saya akan pulang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi dan mahu lupakan soal jodoh buat seketika. Saya mahu tumpukan kepada kerjaya kerana akan memulakan penggambaran drama terbaru Spa Q3 pada 15 Oktober ini, jelas Fasha mengakhiri perbualan menerusi SMS itu.

kredit:hmetro

0 comments:

Post a Comment