Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts
Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts

Chef Sentap Dgn Liyana Jasmay

Baru-baru ini, Liyana Jasmay ada mengulas tentang harga makanan yang sangat mahal di Restoran Ikan Sungai, milik bapanya dan seorang lagi rakan kongsi, iaitu Chef Kamarul. Dalam kenyataan Liyana, dia ada menyebut yang dia tidak layak memberi ulasan kerana restoran itu tidak ada kena-mengena dengan dirinya.


Tetapi dalam masa yang sama, Liyana turut memberi komen yang agak pedas. Kenyataannya berbunyi, “Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ.”


Mungkin bagi Liyana kenyataannya itu biasa sahaja, tetapi lain pula bagi rakan kongsi bapanya, Chef Kamarul. Sumber Cik Andalusia memberitahu, Chef Kamarul telah menghubungi sebuah akhbar untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya itu.


Menurut Chef Kamarul, Liyana tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu. Baginya, pelanggan harus diutamakan dalam perniagaan. Kata-kata Liyana sedikit sebanyak boleh membuatkan pelanggan berasa terkilan.


Bagi Cik Andalusia, betul juga apa yang dikatakan oleh Chef Kamarul itu. Kenyataan Liyana seolah-olah ingin memberitahu, kalau tidak mampu membayar harga makanan di restoran tersebut, jangan sesekali datang menjamu selera! Nasib baik Cik Andalusia tidak makan ikan sungai.

kredit:gua.com.my

Liyana Jasmay nyanyi OST duhai si pari pari



video klip terbaru Liyana Jasmay bertajuk “Aku Jatuh Cinta” (Facebook), juga merupakan soundtrack untuk filem Duhai Si Pari Pari yang akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Filem yang bergenre komedi khayalan ini dibarisi pelakonkan hebat seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik serta dibantu oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac dan Din Beramboi.

Sedikit sinopsis Duhai Si Pari Pari, mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda). Namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk mengaut wang simpanan Syadon.

Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak, dia cukup pandai berjimat. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa sebuah teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay). Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, ayah Pari Pari iaitu Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari Para Para. Apakah yang terjadi selepas itu?

Liyana Jasmay Jelas Isu Restoran Terlalu Mahal


PELAKON dan penyanyi Liyana Jasmay menafikan Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati yang didakwa menjual makanan terlalu mahal itu adalah miliknya.

Sebaliknya restoran yang terkenal dengan menu 10 jenis ikan sungai itu merupakan milik bapanya, Jasmay Shah, 56, yang diusahakan di bawah syarikat Besta Corporation Sdn Bhd sejak November 2008.

Oleh sebab itu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tidak layak untuk menjawab isu harga makanan yang dianggap mahal di restoran itu.

"Saya tidak layak memberikan komen kerana restoran itu tiada kena-mengena dengan saya. Jadi, saya tidak tahu kenapa harga makanan di restoran itu terlalu mahal.

"Tetapi saya memang tahu yang harga makanan di situ agak mahal. Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ...," jawab Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini.

Jelas Liyana, dia menganggap mungkin harga makanan di situ agak mahal kerana jenis ikan sungai yang digunakan.

"Saya sekeluarga memang penggemar ikan sungai. Kami pernah makan ikan sungai di sebuah restoran di Pahang. Harga makanan di restoran itu juga mahal kerana menggunakan ikan-ikan sungai yang segar.

"Walaupun harganya mahal, kami tetap berpuas hati kerana ikan itu memang sedap.

“Sama seperti restoran bapa saya, ia lebih menjual makanan Melayu kampung seperti ikan-ikan sungai segar yang jarang ada di setengah restoran lain.

“Lagipun restoran bapa saya bukan seperti gerai di tepi jalan,” kata pelakon filem Papadom ini.

Tambah penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta ini lagi, “Mungkin orang ingat makanan Melayu ni murah dan makanan barat adalah mahal.”

Dalam pada itu, ibu Liyana, Habsah Simpon, 52, yang lebih arif tentang restoran milik suaminya itu berkata harga makanan mahal disebabkan oleh kesukaran mendapatkan ikan-ikan sungai dari Sungai Pahang dan Sungai Perak itu.

“Ikan-ikan sungai ini merupakan ikan sungai liar yang segar dan bukannya ikan yang dibela dalam sangkar.

“Restoran itu dibuka untuk peminat-peminat ikan sungai. Antara ikan sungai yang boleh didapati di restoran ini adalah Ikan Nanas, Ikan Tengalan, Ikan Kerai dan Ikan Sebarau.

“Ikan Patin pun ada pelbagai jenis dan lebih mahal. Ikan lain yang mahal iaitu dicaj RM35 per 100gm untuk seorang makan seperti Ikan Tengalan, Ikan Sebarau dan Ikan Kerai,” jelas Habsah.

Walaupun mahal, namun restoran itu menjanjikan makanan yang sedap dan menyelerakan dengan menu istimewa seperti ikan masak asam, ikan masak tempoyak, ikan goreng, ikan bakar termasuk beberapa jenis masakan kampung yang lain oleh Chef Kamarul Arifin.

Chef Kamarul merupakan rakan baik selaku rakan kongsi perniagaan di restoran itu.

Di restoran itu juga terdapat poster gambar dan maklumat 10 jenis ikan sungai untuk tujuan pendidikan.

kredit : mstar

Sekitar rakaman video muzik Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta