Showing posts with label que haidar. Show all posts
Showing posts with label que haidar. Show all posts

Majlis Perkenalkan Ratu














WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang

Majlis bermula dengan memasukkan Ratu dalam stroller dan Que menolaknya ke buaian di pelamin yang dihias indah dengan pepatung oleh Cradle ‘N’ All.

“Selepas meletakkan Ratu ke dalam buaian, terus dia tidur. Selepas itu, bila saya bangunkan dia dari tidur, muka dia terpisat-pisat kerana baru bangun tidur. Tetapi bila orang ramai mengambil gambarnya banyak-banyak, dia tidak meragam,” kata Linda kepada mStar Online.

Tambah koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu lagi, majlis yang mendapat tajaan Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak itu bertemakan warna putih, emas dan krim.

Setiap tetamu yang hadir juga dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu

kredit:mstar

Pepatung Dan Tiara Hiasi Majlis Perkenal Ratu

KEMUNCULAN Tengku Ratu Haidar pastinya dinanti-nantikan sejak anak pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine itu dilahirkan pada 26 Oktober 2009.

Que dan Linda telah memilih tarikh 27 Februari ini untuk mengadakan sebuah majlis kecil untuk memperkenalkan Ratu di Bora Ombak, Ampang.

“Kalau jadi, kita akan membuat majlis memperkenalkan Ratu pada 27 Februari ini. Setakat ini, majlis itu akan ditaja oleh Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak.

“Seperti yang dibincangkan, pihak penaja bersetuju dengan idea saya untuk memilih tema tiara (mahkota) dan pepatung dengan konsep warna putih dan emas yang melibatkan elemen tradisional.

“Saya memilih tema tiara sebagai simbolik kepada nama Ratu manakala pepatung pula diambil mengikut tema yang pernah digunakan dalam majlis perkahwinan saya dan Que,” kata Linda, koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu.

Linda berkata, majlis itu terhad kepada 100 orang tetamu sahaja yang terdiri daripada keluarga, kawan rapat, rakan artis dan para media.

Mereka yang hadir akan menerima sedikit cenderamata sumbangan Cradle ‘N’ All serta disajikan dengan makanan tempatan.

Cradle ‘N’ All pernah menaja majlis cukur jambul anak sulung aktres Erra Fazira dan Engku Emran sebelum ini.

“Saya berharap semua tetamu yang hadir temasuk rakan media memakai pakaian mengikut warna tema iaitu putih atau emas,” ujarnya kepada mStar Online.

Setelah berusia empat bulan baru Ratu akan diperkenalkan kepada media. Menjawab hal itu, Linda memberikan alasan dia dan Que sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tambahan lagi, kami memang nak tunggu Ratu besar dahulu dan lebih lasak. Nanti kesian pula dia.

“Sekarang, dia sudah besar dan beratnya juga sudah mencecah 7 kg. Jadi, kami rasa sudah tiba masanya untuk perkenalkan Ratu kepada orang ramai,” jelasnya yang turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Qalif Khan.

Dalam masa yang sama, Linda memberitahu dia dan Que menetapkan tarikh majlis cukur jambul Ratu di kampung Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor iaitu pada 6 Februari ini.

Majlis itu akan dilakukan secara tertutup. Linda berkata mereka memilih untuk mengadakan majlis itu di luar Kuala Lumpur atas permintaan ibu Que.

“Ibu mertua saya minta buat di sana bagi memudahkan keluarga dan sanak saudara Que untuk hadir ke majlis cukur jambul itu.

“Lagipun, suasana majlis itu pasti lebih terasa apabila dilakukan di kampung dengan iringan marhaban…,” tuturnya lagi.

kredit:mstar

Liyana Jasmay nyanyi OST duhai si pari pari



video klip terbaru Liyana Jasmay bertajuk “Aku Jatuh Cinta” (Facebook), juga merupakan soundtrack untuk filem Duhai Si Pari Pari yang akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Filem yang bergenre komedi khayalan ini dibarisi pelakonkan hebat seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik serta dibantu oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac dan Din Beramboi.

Sedikit sinopsis Duhai Si Pari Pari, mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda). Namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk mengaut wang simpanan Syadon.

Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak, dia cukup pandai berjimat. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa sebuah teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay). Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, ayah Pari Pari iaitu Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari Para Para. Apakah yang terjadi selepas itu?

Tengku Ratu Haidar penyeri hidup Linda-Que


Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar, pada pukul 2 petang semalam di hospital Gleaneagles, Ampang.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan Ratu secara pembedahan

Que yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3 kg itu.

"Semasa menemaninya bersalin, perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar, teruja serta takut.

"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan juga semangat untuk terus berada di situ sampai Linda selesai bersalin.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah pada ubat-ubatan," katanya yang berehat sementara daripada lakonan demi menjaga Linda dan anaknya itu.

Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak, Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka di media massa, namun tidak menghalang pihak media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

kredit:mstar