Showing posts with label rita rudaini. Show all posts
Showing posts with label rita rudaini. Show all posts

Remy Punca Suami Larang Rita Berlakon Drama ‘Suraya’?


"SIAPA jahat mulut ni...siapa cakap macam tu?” soal pelakon cantik Rita Rudaini Mokhtar setelah disoal mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak menghalangnya berlakon drama berjudul Suraya kerana aktor Remy Ishak turut membintangi drama itu.

Baru-baru ini, sebuah laman web hiburan melaporkan Aidil, pemain bola sepak kebangsaan tidak senang duduk setelah isterinya itu menerima banyak tawaran berlakon.

Aidil dikhabarkan menghalang Rita berlakon kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut berlakon sama.

Laman web itu juga mengatakan Remy dan Rita pernah mempunyai sejarah berlakon bersama dalam drama Jalan Pintas Ke Neraka termasuk berlakon dalam satu babak di bilik air.

“Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya.

“Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau... lagipun saya tiada babak dalam bilik air,” jawabnya lagi penuh dengan rasa terkilan.

Menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan.

“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah.

“Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak.

“Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya,” tegas Rita yang sudah mula berlakon sekarang.

Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.

“Saya baru sahaja lepas bersalin dan berpantang. Jadi saya bukan nak kurangkan lakonan.

kredit:mstar

Rita mahu Rayyan jadi ‘kawan’ kala susah, senang

Rita, 33, baru sahaja menikmati kehidupan baru bersama bayi sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang dilahirkan pada 8 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Jelas isteri kepada Aidil Zafuan Abd. Radzak ini, dia inginkan ‘permata hatinya’ itu menjadi ‘kawan’nya dikala susah mahupun senang.

“Saya nak jadikan Rayyan sebagai kawan baik saya supaya apa-apa masalah boleh beritahu dia. Kalau boleh saya tak nak ada jurang dengannya.

“Kami boleh berkongsi masalah dan bercakap sebagai seorang kawan.

Diikutkan, Rayyan telah lama berkongsi cerita dengan ibunya itu memandangkan Rita berkata dia selalu bercakap dengan kandungannya selama mengalami tekanan dan berasa sedih.

“Semasa mengandung, saya cepat susah hati dan tidak lalu makan jika merasa tertekan. Saya selalu bercakap dengan ‘baby’ dan tolong jadi kuat untuk ‘mummy’.

“Kadangkala saya takut jika kandungan gugur atau ‘baby’ meninggal akibat tekanan.

“Saya mintanya bertahan sehingga dilahirkan. Selepas itu, saya cakap terima kasih kerana membuatkan saya kuat dan dapat melahirkannya dengan mudah.

“Alhamdulillah, saya mendapat ‘baby’ yang tak menyusahkan saya,” ujarnya yang seakan-akan merindui saat mengandungkan Airit selama sembilan bulan.

Tambah Rita, setelah sudah mempunyai anak sekarang, dia tidak mahu mempedulikan hal lain melainkan tumpuan kepada Rayyan.

“Lepas Rayyan lahir, saya dah cakap kat dia, lepas ni apa pun terjadi ‘mummy’ (saya) tak nak peduli apa pun..saya hanya mahu menjaga anak yang lebih penting dan baru nak mulakan hidupnya,” janjinya yang mahu menjaga Rayyan dengan sebaiknya.

Rita juga tidak kisah seandainya Rayyan mahu mengikut jejaknya dalam bidang seni atau sukan bola sepak seperti bapanya.

Selepas melahirkan Rayyan, ibu dan bapa mertuanya, Azizah Arshat, 56, dan Abd. Radzak Salleh, 59, turut menziarahi dia dan anaknya.

Ditanya tentang hubungannya dengan mertua dan keluarga Aidil sekarang, Rita bagaimanapun enggan menjawabnya.

“Saya tak nak cakap dan bercerita tentang hal itu,” tuturnya ringkas.

“Saya dah tak kisah apa yang akan berlaku selepas ini kerana hati saya dah kering.

“Kasihan kat budak (Rayyan). Masa saya mengandung, saya rasa bersalah kerana memberikan tekanan emosi kepadanya.

“Apabila dia lahir, saya cakap kepadanya inilah anak ‘mummy’ yang kuat. Bila saya lihat muka dia sahaja, mesti saya akan mengalirkan air mata,” ujar Rita yang cuba mengumpul semangat untuk membesarkan anaknya selepas ini.

Menceritakan tentang wajah bayinya itu, Rita berkata sekarang ini ramai yang mengatakan Rayyan mirip wajah Aidil tetapi dalam masa yang sama dia berharap agar Rayyan mengikut wajahnya.

Sepanjang berpantang ini, Rita akan berada di rumah keluarganya di Perlis dan akan meraikan majlis cukur jambul di sana.

“Insya-Allah, kami akan membuat kenduri besar semasa majlis cukur jambul itu nanti,” ujarnya yang menganggap Rayyan adalah ‘rezeki’ yang muncul tiga bulan selepas dia dan Aidil berkahwin.

Rita juga menegaskan dia tidak akan mencari nama yang tiada makna untuk anaknya di mana nama Rayyan dipilih olehnya iaitu Airit merupakan nama gabungan Aidil dan Rita manakala Rayyan bermaksud ‘salah satu jalan ke syurga’ dan Rizqin adalah rezeki.

kredit:mstar

comelnya anak Rita-Aidil





Comelnya anak pasangan kontroversi Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang baru dilahirkan semalam.

Bayi penyeri hidup yang diberi nama Aidit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg.

Rayyan dilahirkan petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat.

Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin.

Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil.

Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga.

"Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan," kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital.
kredit:mangga online

perkahwinan rita dan Aidil sah



Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini hari ini mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Rendah Mahkamah Syariah, Mohd. Yunus Mohamad Zin pada pagi tadi.

“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini. Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.

Aidil dan Rita bagaimanapun menafikan yang mereka sengaja melambatkan urusan pendaftaran nikah.

“Kami bukan lambat tetapi sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Dia (Aidil) sibuk dengan kerjanya (bola sepak) dan saya pula sibuk dengan ‘shooting’.

“Lagipun, kami perlu menunggu peguam kami menguruskan hal ini,” kata Rita yang sedang sarat mengandung enam bulan.

Ditanya adakah mereka akan dikenakan denda kerana lewat mendaftar pernikahan, Rita dan Aidil menjawab: “Kami belum tahu lagi dan semuanya tiada masalah.”

kredit:mstar