gambar upacara peringatan Michael Jackson





















Akma Hisyam yang terlebih seksi







kredit: sumber

Hantu michael jackson?

video dibawah diambil semasa Larry King menemuramah Jermaine Jackson di dalam rumah Michael jackson di neverland untuk siaran CNN.Ada kelibat melintas di depan pintu dan dapat dirakamkan. ada kah itu hantu michael jackson?

Lisdawati tak sedar hamil lima bulan



Lisda disahkan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.Pelakon itu yang ditemui pada majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, dua hari selepas majlis pelancaran telefilem Buih-Buih Cinta, dia terasa badannya lain macam. Lalu diapergi berjumpa doktor untuk periksa apa yang patut.

Rupa-rupanya doktor mengesahkan yang dia memang mengandung dan usia kandungannya sudah punmasuk lima bulan setengah. Terkejut Lisda dibuatnya sebab dia tak kenasebarang alahan dan kebetulan dia pun menyusukan bayi sulungnya yangberusia setahun lapan bulan sepenuhnya, jadi dia tak rasa langsung tanda-tanda itu.

gambar isteri zaefrul






Jacko dikebumi tanpa otak


Jenazah penyanyi terkenal, Michael Jackson akan dikebumikan pada Selasa ini tanpa otaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga Michael terpaksa mengebumikan penyanyi itu tanpa otaknya kerana ia cuma boleh dikembalikan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas ujian dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Jurucakap pihak berkuasa di Los Angeles, Craig Harvey mengesahkan ujian neuropatologi akan dilakukan bagi mencari petunjuk yang menyebabkan kematiannya.

Namun, ujian itu tidak dapat dilakukan dengan segera.

Ujian itu perlu dilakukan dua minggu selepas kematian Michael pada 25 Jun lalu.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di Beverly Hills selepas degupan jantungnya berhenti.

Sumber-sumber di pejabat koroner menyatakan otaknya sudah dikeluarkan sebelum mayatnya dihantar kepada keluarganya.

Seorang anggota forensik akan menguji otak Jacko bagi mengetahui tahap penggunaan ubat-ubatan.

Ujian itu boleh menunjukkan sebarang penggunaan alkohol dan penyakit yang dihidapi oleh Jacko.

Menurut bekas koroner dan salah seorang tokoh forensik patologi iaitu Dr. Cyril Wecht, otak tidak boleh diperiksa ketika bedah siasat dilakukan.

"Anda tidak boleh membuat ujian jika otak itu berada dalam tubuh. Justeru, ia perlu dikeluarkan," katanya.

Pada kebiasaannya, otak itu akan diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang dicampurkan dengan bahan pengawet iaitu cecair formaldehid sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.

kredit:kosmo

Rebecca nak jadi diri sendiri



Pelakon ini memang cantik, begitu juga namanya. Tapi bila Rebecca mengenakan baju terbelah yang menampakkan belakang badan dan bahagian rusuknya, ada yang mempertikaikan tindakan itu sangat kontra dengan nama Nur Al-Islam. Dia juga sering berpakaian seksi sebelum ini.

"Saya malas nak komen sebenarnya sebab rasa perkara ini agak lucu. Saya menjadi diri saya sendiri dan selesa dengan pemakaian saya," ujar Rebecca, 23.

Adik-beradik Rebecca memang mempunyai nama yang unik seperti Idi Amin, 37, Hafiz Al-Alsad, 36, Yasser Arafat, 33, Muammar Gaddafi, 32, dan Al-Malik Hussein, 20. Kakaknya yang berusia 25 tahun bernama Farah Nur Hidayah.

"Bagi saya yang penting adalah saya bahagia dan orang terdekat tahu hati saya. Saya juga tidak rasa saya seksi. Kebanyakan orang hanya memuji saya cantik selain seksi," akui Rebecca.

Rebecca atau manja dipanggil Becca merasakan baju yang dipakainya sewaktu Parti Selebriti Kosmo! baru-baru ini unik. Baju itu direka Calvin Thoo.

"Selalunya orang hanya terbuka di bawah atau depan. Nampak lurah di depan atau tayang kaki. Saya mahukan kelainan dan merasakan bukaan di belakang baju itu lebih cantik dan unik."

kredit: kosmo

Farawahida ada video lucah?




Farawahida membuat laporan polis mendakwa Julfekar mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan

Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.


Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

p/s: kalau Farawahida heroinnya...siapa hero dalam video lucah tu?....

Elyana bertunang 11 Julai



Penyanyi Elyana sudah bersedia untuk ke gerbang hidup dewasa apabila mula memikirkan pasal alam perkahwinan.

Elyana akan bertunang pada 11 Julai ini di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Lelaki yang dikaitkan dengannya ialah seorang lelaki yang dikenali sebagai K sahaja.

Tunggulah apabila majlis pertunangan mereka sempurna nanti.

Elyana, 22, sudah mula menghantar kad undangan dan undangan melalui e-mel kepada rakan media dan kenalannya.

K pernah muncul dalam majlis sambutan ulang tahun Elyana tidak lama dulu. Lelaki yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya itu beberapa kali dilihat bersama-sama Elyana dalam beberapa buah majlis yang dihadiri oleh penyanyi yang gemar berkaki ayam di atas pentas itu.

Sarah kembali bersama bapa

Sarah Raissuddin yang khabarnya sudah kembali diuruskan oleh bapanya, Raisuddin Hamzah.

Suatu ketika dulu hubungan antara mereka berdua berantakan seketika kononnya disebabkan perkahwinan kali kedua bapanya itu dengan teman baiknya sendiri yang sememangnya sudah kecoh satu Malaya.

Namun, bak air yang dicincang tidak akan putus begitulah hubungan bapa dan anak.

Khabar yang disampaikan oleh orang yang rapat dengan Sarah, kini Sarah kembali diuruskan bapanya dan tidak lagi menggunakan pengurus peribadi.

kredit: kosmo

sambutan malam anugerah ABPBH 2008 bersama refflesia pearl center

















kredit:mstar

kepalsuan gambar si "bawang merah"


gambar palsu nia ramadhani yang dikatakan hanya berselimut dan mendedahkan sebelah payudaranya