bercerita lanjut tentang gosip yang melanda mereka berdua kononnya dikatakan mempunyai hubungan 'istimewa', Imran dan Saerah dalam nada ceria mengaku semuanya mungkin berpunca gara-gara mereka berjalan bersama sewaktu sesi karpet merah di Anugerah Juara Lagu ke-23 baru-baru ini.
Mereka dikatakan agak 'mesra' dan ada yang melihat pasangan ini berpegangan tangan.
"Saya tidak tahu bagaimana boleh wujud gosip kami berpegangan tangan semasa berjalan pada waktu itu sedangkan kami tidak buat pun.
"Kami berjumpa di situ pun secara kebetulan, dan terus bercadang untuk berjalan bersama. Apapun, hubungan saya dan Saerah tidak lebih daripada berkawan sahaja.
Saya juga ingin betulkan fakta yang mengatakan kami berpakat memakai pakaian sedondon pada hari itu. Pakaian kami mana ada sedondon..," jelas Imran.
Menyelongkar tentang bagaimana mereka ditemukan, Imran dan adik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini mula berkenalan selepas duduk sebelah-menyebelah ketika menonton Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6 (AF6).
"Saya menghadiri konsert itu kerana ingin menonton persembahan Stanley AF6 yang menyanyikan lagu saya iaitu Sudah Tu Sudah.
"Manakala Saerah pula datang untuk melihat kakaknya, Saida membuat persembahan dalam konsert itu.
"Waktu itu, Saerah tidak duduk diam dan hujung kakinya selalu terkena saya. Jadi, selepas kerap kali kaki dia berlaga dengan kaki saya, kerap kalilah Saerah meminta maaf dan dari situlah kami memulakan perbualan. Selepas itu, kami tak pernah ‘keep in touch’.
"Lama kemudian, saya menyanyi untuk Hari Lahir Kak Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu sebagai kejutan untuk Kak Siti setelah mendapat tahu dia meminati lagu Seribu Tahun.
"Jika benarlah kami mempunyai hubungan semasa AJL baru-baru ini, saya tidak akan pimpin dan pegang tangannya di depan khalayak seperti yang diperkatakan," katanya.
Dalam pada itu, Saerah pula berkata persahabatannya dengan Imran tetap diteruskan walaupun ramai yang bercakap mengenai gosip tersebut.
"Gosip tidak akan mengganggu hubungan kami sebagai kawan. Mana tahu dengan gosip ini, hubungan kami semakin rapat.
Namun, apabila ditanya tentang status masing-masing, kedua-duanya mengaku masih solo.
Kebetulan, mereka juga berkongsi zodiak yang sama iaitu Taurus. Saerah dilahirkan pada 15 April 1983 manakala Imran pula dilahirkan pada 25 April 1981.
Menurut Imran, sudah dua tahun dia hidup solo tanpa teman wanita.
Sementara Saerah pula berkata dia kembali solo selepas putus tunang dulu.
kredit:mstar
0 comments:
Post a Comment