Manifestasi anak seni pada Malam Amal Rayuan Atas Nama Kemanusiaan

Penyanyi popular, Mawi tidak ketinggalan membuat persembahan pada malam itu.

Finalis AJL kategori Etnik Kreatif, Aiman tampil dengan pakaian yang sesuai ketika menyampaikan lagu 'Dusta Berkalang'.

Vokal juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor sememangnya mantap ketika menyampaikan lagu 'Imagine'.


Persembahan mantap, Datuk Siti Nurhaliza ketika menyampaikan lagu 'Suara Sepi' sememangnya tidak boleh disangkal lagi.


Misha Omar dengan gaya tersendiri ketika menyampaikan lagu 'Hitam Putih Kehidupan'.


Persembahan paling menarik dan mantap oleh koir Dithyrambic berjaya meruntun perasaan hadirin.

Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip memaku perhatian hadirin ketika mendendangkan lagu'Ziarah'

IBARAT menjadi satu kemestian setiap kali berlangsungnya program amal, pasti disertai dengan konsert dan persembahan artis-artis terkemuka tanah air.

Namun itulah satu sumbangan yang dilakukan oleh golongan seni pada malam Rayuan Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya, Sabtu lalu.

Majlis tersebut juga merupakan satu bentuk manifestasi bagi meringankan beban golongan masyarakat Palestin yang sedang berperang menentang kekejaman regim Zionis.

Majlis yang dihadiri ramai golongan kenamaan, termasuklah Yang di-Pertuan Agong itu merupakan satu majlis yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu diakhiri dengan persembahan monodrama yang meruntun perasaan lakonan Umie Aida dan Sharonizam Noor.

Persembahan yang dipimpin oleh pengarah berkaliber, Erma Fatima ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia berjaya membawa jiwa penonton menghayati dan menyelami perasaan rakyat Palestin yang menderita akibat kematian dan kehilangan orang tersayang.

Acara kemuncak pada malam berkenaan adalah penyampaian sumbangan kepada Dana Atas Nama Kemanusiaan yang berjaya mengumpul RM10.7 juta hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan dermawan di negara ini.

Wang tersebut akan disalurkan kepada Wisma Putra untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Apa yang dapat disimpulkan rata-rata persembahan artis pada malam konsert Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan wajar diberi pujian kerana semua penyanyi menyampaikan lagu-lagu mereka dengan penuh penghayatan.

0 comments:

Post a Comment