Mimi Rahzia Angelina Jolie Malaysia???



Bukan mudah untuk seseorang itu menceburkan diri dalam industri seni, lebih-lebih lagi jika individu berkenaan tidak mempunyai pengetahuan dan kenalan rapat dalam industri hiburan tanah air. Banyak laporan di dada-dada akhbar yang menceritakan perihal anak gadis yang ditipu oleh individu-individu tertentu, gara-gara mahu merealisasikan impian mereka seorang pelakon terkenal satu hari nanti.

Walaupun pelbagai berita negatif yang dimainkan oleh media, namun semuanya itu tidak mampu mempengaruhi Mimi Rahzia, anak kelahiran Brunei ini untuk menceburkan diri dalam dunia yang penuh glamor ini.

"Bagi Mimi kita kena pandai mencari jalan dan arah untuk masuk ke dunia seni ni, lebih-lebih lagi jika kita tak ada guide yang nak bantu kita."

Ditanya bagaimanakah dia boleh mendapat arah untuk menceburkan diri dalam dunia seni ini, Mimi menjawab, dia banyak melakukan 'homework' melalui internet mencari agensi-agensi modelling atau syarikat produksi yang mahu mencari pelakon.

Katanya detik permulaan dirinya melangkah masuk kedalam dunia seni ini ketika sewaktu dia menyertai pertandingan pencarian Wajah Wanita - Avon 2005. Katanya sejak dari situlah dia mula belajar dan mengenali orang-orang yang terlibat dengan industri hiburan tanah air.

Satu yang menarik mengenai Mimi Rahzia ini, jika diperhatikan kepada wajahnya, bibir pelakon ini iras-iras seperti selebriti terkenal Hollywood, Angelina Jolie. Ditanya mengenai persamaan bibir yang dimiliki olehnya persis Angelina Jolie, Mimi menjawab dia sedar dengan keadaan tersebut.

"Banyak orang yang jumpa Mimi ada cakap mengenai hal bibir Mimi, tapi bagi Mimi ianya satu kebetulan. Tetapi Mimi memang meminati Angelina Jolie. Bukan kerana bibir Mimi yang sama sepertinya tetapi Mimi memang suka dengan gaya lakonannya selain dari tubuh badannya yang seksi," ujar Mimi sambil tersenyum.

Mimi turut menambah walaupun dikatakan memiliki bibir seiras dengan pelakon wanita berkenaan, ianya bukan membawa maksud mahu meninggi diri.

"Buat apa bibir je sama, tapi dari segi mutu lakonan tak sama. Mimi tak nak macam tu. Kalau boleh Mimi nak lebih baik dari Angelina Jolie."

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Mimi memberitahu Jomstar bahawa dia kini dalam proses persediaan untuk menjalani proses pengambaran filem pertamanya 'Bunian Mahkota Seri Helang".

Info Mimi

Nama Penuh : Mimi Rahzia Tamim
Nama Glamor : Mimi Rahzia
Tarikh Lahir :13 Januari 1983
Tempat Lahir : Brunei Darussalam
Anak ke : 2 dari 6 adik beradik
Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (UniversityTechnology of Sydney)
Makanan Kegemaran : Grilled Chix (Nando's)
Hobi : Membaca Novel, Filem,
Warna Kegemaran : Merah Jambu
Saiz Baju : M
Saiz Kasut : 6
Percutian Impian : Los Angeles, Paris

0 comments:

Post a Comment