Menyentuh mengenai gosip yang kian hebat diperkatakan iaitu mengenai hubungannya dengan pelakon Irma Hasmie, Nabil tidak menolak bahawa mereka kini sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Ya, memang saya ada keluar dengan dia seperti apa yang diperkatakan peminat sekarang ni. Kami baru nak kenal. Kalau nak kenal siapa-siapapun kita kena kenal hati budi dulukan?
Sebelum ini Nabil pernah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan anak pengurus besar Grand Brilliance Sdn. Bhd, yang lebih dikenali dengan nama Mira.
Ini menyebabkan timbulnya cakap-cakap kurang enak menganai ‘bintang’ baru ini.
“Saya akui kami rapat. Tapi mungkin disebabkan saya suka dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja disamping sikap ‘gila-gila’ saya membuatkan ada segelintir pihak yang salah faham. ”
Menyentuh mengenai Raja Lawak musim ketiga yang sedang berlangsung ketika ini, Nabil mengakui bahawa dia masih belum berkesempatan untuk menontonnya lantaran sentiasa dihimpit jadual yang padat.
Ditanya adakah Nabil akan tergugat dengan kemunculan Raja Lawak yang baru, katanya bukan populariti yang dikejar sebaliknya rezeki yang ada biarlah dikongsi bersama.
kredit:jomstar
0 comments:
Post a Comment