ENAM majlis resepsi akan dilangsungkan sempena perkahwinan anak dara Chef Wan, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, 26, yang bakal menjelang 1 Januari ini.
“Semua majlis resepsi ini bukan dibuat atas kehendak saya. Pada mulanya, saya dan Gavin hanya hendak bernikah dan bersanding tetapi saya perlu sedar yang saya mempunyai seorang ayah yang dikenali ramai.
“Saya juga bangga dengannya yang ingin memperkenalkan negara kita menerusi Asian Food Channel (AFC) selama satu jam untuk mempromosikan Malaysia dan budaya perkahwinan Melayu.
“Walaupun majlis-majlis ini belum berlangsung lagi, saya sudah tertekan. Saya berharap kami berdua akan segar dan sihat sepanjang majlis itu nanti,”
“Saya agak tertekan apabila semakin dekat dengan majlis perkahwinan. Betul juga kawan-kawan saya perkatakan sebelum ini yang bukan mudah untuk membuat majlis ini.
“Bagaimanapun, saya amat menghargai bantuan ayah saya dalam menjayakan majlis ini. Kadangkala, kami ada juga bertengkar apabila berbeza pendapat
“Saya pula seorang yang degil, jadi kalau boleh saya nak penuhi semua kehendak saya. Jadi, saya akan berbincang dengan ayah tentang persiapan majlis itu.
“Setakat ini, semuanya mencapai keinginan saya,”
Namun, tidak bermakna anak bongsu daripada dua beradik ini tidak mengeluarkan simpanannya sendiri.
“Saya juga ada mengeluarkan sedikit belanja untuk membantu ayah saya.
“Selepas ini mungkin saya akan hadiahkan percutian kepada ayah dan mak sebagai membalas jasa mereka,” ujarnya yang mengambil cuti selama sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan.
Menurut Serina, dia turut menghabiskan masa cutinya untuk menguruskan borang nikah dan imigresen memandangkan bakal suaminya itu berasal dari London, England.
kredit:mstar
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment