Zizie Ezette sah bernikah dengan Datuk Bung Mokhtar Radin



Pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette, 31, mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.

Bagaimanapun, aktres berkulit gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun ketika ini timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.

Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.

"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie ketika ditemui di lokasi drama Suraya di sini hari ini.

Aktres itu berkata, sememangnya sudah sampai masa untuknya memikirkan secara serius mengenai perkahwinan apatah lagi usianya sudah mencecah 31 tahun.

Namun begitu, buat masa ini, Zizie tidak dapat memberikan kepastian bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

"Setakat ini kami masih berkawan. Saya dan dia dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terlalu awal untuk saya bercakap mengenai perkahwinan. Kami baru sangat kenal," jelasnya.

Pada masa sama, Zizie menegaskan, dia tidak pernah meletak sasaran untuk berkahwin dengan lelaki berstatus, hartawan mahupun tokoh politik.

"Kriteria lelaki yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang boleh menjadi pemimpin yang baik dalam keluarga dan boleh membimbing saya menjadi muslim yang baik.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh menghalang ketentuan Allah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus," jelas Zizie.

Tambahnya, sebelum ini dia sering mengelak untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki berpengaruh terutamanya untuk mengelakkan pandangan kurang manis masyarakat.

Justeru penjelasannya ini, katanya, diharapkan tidak akan membuka ruang kepada pihak tertentu mencetuskan spekulasi liar.

"Sebetulnya saya kurang gemar untuk bercakap mengenai hal peribadi. Lebih-lebih lagi dalam konteks ini, semuanya masih baru dan saya sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada masa depan.

"Justeru saya mengharapkan anda (wartawan) bersabar. Kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya akan umumkan," kata Zizie lagi.

Selama ini juga, Zizie berkata, dia lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak bercerita lanjut mengenai hubungannya kerana bimbang penjelasannya akan menimbulkan banyak salah faham.

"Berdiam diri lebih baik sebenarnya daripada bercerita panjang lebar. Seperti yang saya katakan, kalau sampai masanya nanti sudah tentu saya kongsi khabar gembira ini dengan semua orang," ujarnya.

kredit:utusan

Aktres Zizie Ezette sah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu dan esok hanya majlis jamuan sahaja akan diadakan.
Bila dan di mana mereka berkahwin belum dapat dipastikan.

Sumber -Malaysia Instinct

0 comments:

Post a Comment