Malam Debaran Sehati Berdansa minggu ke-9 telah menyaksikan pasangan Zul dan Isma gagal untuk melangkah ke pentas akhir minggu hadapan apabila tersingkir malam tadi.
Pasangan itu mendapat keputusan undian terendah, 58 peratus berbanding pasangan Sein dan Nana, 70 peratus dan pasangan Sazzy dan Nazril dengan 61 peratus.
Penyingkiran pasangan ini bagaimanapun membolehkan mereka menyumbang sebanyak RM9,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.
Menurut Isma yang ditemui di majlis sidang media selepas itu, dia sedikit kecewa kerana terpaksa akur dengan penyingkiran itu.
Tambahnya, dia dan suami, Zul bagaimanapun berpuas hati dan gembira dengan segala usaha dan komitmen yang telah mereka berikan sepanjang sembilan minggu berada dalam program realiti tarian popular ini.
"Saya akui memang agak sedih dan hampa sebab tidak dapat teruskan cabaran ke Malam Kemuncak minggu depan.
"Namun, saya akur dengan keputusan ini. Kami telah memberikan yang terbaik sepanjang sembilan minggu di sini, mungkin setakat ini saja rezeki kami.
"Saya dan suami sangat gembira dengan apa yang telah kami usahakan. Kami sedikit pun tidak tertekan walaupun terpaksa menari dua jenis tarian untuk minggu ini.
"Walaupun tak berjaya ke Malam Kemuncak, tapi kami telah berikan yang terbaik. Mereka lebih layak ke Malam Kemuncak," kata Isma yang gagal menahan emosinya.
Zul pula menyifatkan, dia tidak pernah menyangka akan bertahan sehingga ke minggu ke-9.
kredit:mstar
0 comments:
Post a Comment