.jpg)
Dengan persembahan terbaik dan memenuhi ramalan ramai pihak, anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang.
Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi.
Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus.
Dengan kejayaan itu, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.
Manakala Hafiz pula memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.
"Syukurlah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong saya sepanjang bertanding dalam Anak Wayang. Saya terharu kerana segala usaha keras serta didikan tenaga pengajar telah membuahkan hasil," jelas Hairi
Pentas final Anak Wayang yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104 malam tadi seperti biasa menjemput Rashid Sibir dan Nasha Aziz sebagai pengkritik tetap selain Erra Fazira sebagai juri undangan.
Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.
Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.
Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi.
Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. Apapun, acara siaran langsung ini telah dihoskan oleh pelakon Rusdi Ramli dan Nurfazura sementara Zainal Alam Kadir pula mengendalikan acara karpet merah sebelum pertandingan berlangsung. Ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon siri Kecuali Cintamu.
kredit:murai.com
Sungguhpun Afzan A Rahman menjadi pilihan juri pada Pentas Anak Wayang minggu ke-8 tetapi dia terpaksa akur apabila keputusan SMS penonton tidak menyebelahinya. Afzan hanya mendapat 12.10 peratus undian, diikuti satu-satunya peserta Cina, Ooi Nor Wen atau Ruby, sebanyak 6.29 peratus.
Ketika ditemui pada sidang media pengumuman peserta tersingkir semalam, kedua-dua peserta ini tenang menerima keputusan walaupun jauh di sudut hati kecewa kerana tidak dapat mara dalam Anak Wayang.
"Ruby dah cuba yang terbaik. Ruby menyerah 100 peratus kepada penonton untuk menilai. Mungkin tuah tak berpihak pada diri Ruby. Yang penting, disenaraikan dalam Top 5 pun Ruby dah lega.
"Sebenarnya Ruby dah agak akan tersingkir. Tapi Ruby akui mendapat banyak pendedahan apabila menyertai program Anak Wayang ini. Nak jadi pelakon bukannya mudah dan terima kasih kepada Astro," jelas Ruby.
Menyokong pendapat Ruby, Afzan menegaskan penyertaannya dalam Anak Wayang juga adalah satu platform baru kepada dirinya walaupun sudah setahun berjinak-jinak dalam lakonan.
"Afzan tak nafikan, perasaan kecewa tetap ada. Tapi inikan pertandingan secara SMS dan Afzan kena akur dengan apa jua keputusan. Sekurang-kurangnya komen juri profesional dan karyawan seni berjaya menyuntik semangat baru kepada Afzan," ujarnya.
Dalam pada itu, Afzan yang sudah banyak berlakon drama seperti Cinta Yang Indah (RTM2) dan Bonda (TV9) menjawab gosip mengatakan dia perasan bagus.
"Itu hanya desas-desus sahaja. Saya seorang yang agak pendiam dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Mungkin ada salah faham di mana-mana tapi saya Ok dengan semua peserta," jelasnya.
Ditanya apakah perancangan seterusnya, Afzan dan Ruby berkata mereka akan meneruskan perjuangan sebagai pelakon yang berwibawa. Mereka ingin terus mengutip pengalaman jika diberikan peluang dan mengucapkan selamat berjaya kepada 3 lagi peserta iaitu Dayana, Hairi dan Hafiz yang mara ke Top 3.
Namun kedua-dua mereka sependapat bahawa Hairi mempunyai potensi untuk menjadi Juara Anak Wayang musim pertama kelak.
kredit:murai.com
Hairi mendapat AWUNDI sebanyak 52% manakala Mai pula hanya meraih undian sebanyak 48%. Hairi yang ditemui pada sidang media siang berkata dia sangat terkejut dan tidak menyangka dengan keputusan ini.
kredit:murai.com.my
Hairi atau nama sebenarnya, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, berasal dari Alor Setar, Kedah manakala Mai atau Maisurah Sojangi, 19, pula berasal dari Shah Alam, Selangor adalah finalist anak wayang untuk watak pengurus acara.
Hairi khabarnya seorang Mat Bunga. Mat Bunga yang dimaksudkan itu... Hairi mudah jatuh hati dengan wanita cantik.Hairi dikatakan sudah jatuh hati dengan saingannya sendiri, iaitu Mai.
khabarnya dia juga dikatakan cuba-cuba goda pelakon cantik Raja Farah ketika Farah dijemput ke dalam akademi iaitu tempat peserta AW belajar, baru-baru ini.
"Ketika sesi berlakon bersama Raja Farah, kita orang perasan Hairi cuba tunjuk aksi over confident dan ada gerak-geri tubuhnya macam nak goda Raja Farah,"
kredit:murai.com.my
Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan status duda yang dipegangnya sejak 3 tahun lalu. Baginya tiada apa yang harus disembunyikan kerana ia sudah takdir. Itulah pengakuan peserta Anak Wayang, Afzan Rahman, 27, yang kini memburu cita-cita sebagai seorang pelakon.
Sejak berpisah, Afzan mula sibuk bekerja sebagai penari di Yayasan Warisan Johor selain meneruskan cara hidup baru. Namun dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Muhammad Haikal, 6, yang kini dijaga oleh keluarga bekas isterinya itu. Jika ada kesempatan, pasti anak tunggalnya itu akan ditemui.
"Kami mendirikan rumah tangga ketika saya berusia 19 tahun dan ketika itu bekas isteri saya pula 18 tahun. Lepas 2 bulan berkawan, kami mengambil keputusan untuk berumah tangga kami tetapi akhirnya berpisah pada 2006. Bagi saya semua sudah menjadi kenangan dan apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Cuma ketika ini saya gembira kerana perjuangan saya dalam Anak Wayang disokong oleh anak dan keluarga saya. Kerana merekalah pendorong untuk saya terus berusaha dan berjaya,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih setahun dalam bidang lakonan.
kredit:murai.com.my
Selepas Dayana, kini tiba giliran 2 jejaka kacak, Afzan dan Lan pula yang akan diundi secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bagi melayakkan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya program realiti TV, Anak Wayang.
Afzan atau nama sebenarnya Afzan A Rahman, 27, dan Lan (Mazlan Mokhtar, 26), telah berjaya melepasi cabaran di peringkat Pentas Anak Wayang setelah bakat lakonan mereka diadili oleh 3 juri profesional, di sini, malam tadi. Kedua-dua mereka berasal dari Pahang Darul Makmur.
Kejayaan itu sekali gus mengenepikan 3 lagi peserta lain iaitu Amar Mohd Baharin (Amar), Syed Hasan Nabil Al-Habshi (Biel), Lokman Sokran (Lokman) yang telah sama-sama memegang watak sebagai Mekanik
kredit:murai.com.my
Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, yang berwajah iras pelakon Scha Al-Yahya dan Amy Mastura, telah terpilih menerusi undian SMS penonton sejak kelmarin, Jumaat selepas dia dan Feeya dipilih oleh juri profesional iaitu Nasha Aziz, AR Badul dan Rashid Sibir.
Sebelum ini dalam Pentas Anak Wayang, Dayana telah beraksi dengan beberapa tugasan di studio dan sebabak drama sebagai jururawat arahan Prof A Razak Mohaideen.
Selepas terpilih dalam undian SMS, barulah Dayana muncul dalam episod sebenar Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima malam tadi. Turut berlakon dalam siri itu adalah Nanu Baharuddin, Haleeda, Aman Shah, Mustapha Kamal, Puspha Narayanan dan Liza Abdullah.
kredit:murai.com
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Cuma ada 2 hari dari sekarang untuk anda mengundi siapakah yang akan layak ke peringkat seterusnya, program realiti TV terbaru terbitan Astro Ria, Anak Wayang.
Adakah Nur Dayana Kamsun Baharin (Dayana) ataupun Nor Shafiza Iskandar Azizan (Feeya)?
Mereka berdua adalah 2 peserta yang telah berjaya dipilih oleh 3 juri professional, Rashid Sibir, Nasha Aziz dan AR Badul pada minggu pertama Pentas Anak Wayang yang disiarkan di Astro Ria, malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus mengetepikan 3 lagi peserta lain iaitu Norria Adelina Abdullah (Delina), Juwieta Haniem Rahmat (Juwita) dan Widya Irani Mohd Nasir (Widya) yang telah sama-sama memegang watak sebagai jururawat
Selain peranan jururawat yang diarahkan oleh Profesor A Razak Mohaideen, kelima-lima peserta telah diuji dengan 2 lagi tugasan secara spontan yang perlu mereka lakukan di hadapan juri dan penonton.
Untuk babak pertama, peserta perlu melakukan watak mengikut situasi yang dipilih sendiri oleh peserta bersama-sama gandingan mantap pelakon berpengalaman, Amyza Aznan dan Ery Putra.
Bagi babak ke-2 pula, kredibiliti mereka sebagai pelakon berbakat di nilai menerusi lakonan di hadapan skrin hijau bersama-sama pelawak popular, Johan
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)