Showing posts with label hairi. Show all posts
Showing posts with label hairi. Show all posts

Hos Pemburu Hantu tak hadir kes khalwat


Seorang hos rancangan mistik, Pemburu Hantu dan tunangnya, seorang penolong penerbit di saluran berbayar Astro ditegur hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana gagal hadir bagi sebutan kes khalwat mereka dengan kedua-dua memberi alasan demam.

Hakim syarie, Ghazali Ahmad yang kelihatan berang dengan alasan tersebut turut menegur penjamin pasangan berkenaan yang gagal memastikan kehadiran pasangan itu.

Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan Ziffa Zubir, 28, masing-masing sepatutnya dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan khalwat di sebuah apartmen di Petaling Jaya, mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Namun, penjamin mereka yang hadir memaklumkan pasangan tersebut mengambil cuti sakit kerana kedua-duanya demam.

"Takkan kedua-dua demam? Sakit sangat sampai tak boleh datang!" selar Ghazali yang seolah-olah kurang percaya sijil cuti sakit yang dikemukakan pasangan itu.

"Kamu sepatutnya sedar tugas sebagai penjamin, bukan senang, kena penjara pun boleh, jadi sekiranya tidak hadir, penjamin kena bayar RM3,000 setiap seorang, kamu nak bayar ke?" soal beliau dengan nada serius.

Sehubungan itu, Ghazali memberi amaran kepada penjamin itu supaya memastikan kedua-dua tertuduh hadir pada sebutan akan datang bagi tuduhan dibacakan.

kredit:kosmo

Hairi Juara Pertama Anak Wayang


Dengan persembahan terbaik dan memenuhi ramalan ramai pihak, anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang.

Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi.

Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus.

Dengan kejayaan itu, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Manakala Hafiz pula memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.

"Syukurlah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong saya sepanjang bertanding dalam Anak Wayang. Saya terharu kerana segala usaha keras serta didikan tenaga pengajar telah membuahkan hasil," jelas Hairi

Pentas final Anak Wayang yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104 malam tadi seperti biasa menjemput Rashid Sibir dan Nasha Aziz sebagai pengkritik tetap selain Erra Fazira sebagai juri undangan.

Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.

Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.

Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi.

Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. Apapun, acara siaran langsung ini telah dihoskan oleh pelakon Rusdi Ramli dan Nurfazura sementara Zainal Alam Kadir pula mengendalikan acara karpet merah sebelum pertandingan berlangsung. Ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon siri Kecuali Cintamu.

kredit:murai.com

Hairi Tewaskan Mai

Bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan teater, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi, akhirnya berjaya memikat hati penonton dengan menewaskan Maisarah Sojangi, 19; atau Mai, dalam saingan ketiga Anak Wayang

Hairi mendapat AWUNDI sebanyak 52% manakala Mai pula hanya meraih undian sebanyak 48%. Hairi yang ditemui pada sidang media siang berkata dia sangat terkejut dan tidak menyangka dengan keputusan ini.

kredit:murai.com.my