Showing posts with label juara. Show all posts
Showing posts with label juara. Show all posts

Sein-Nana Juarai Sehati Berdansa Musim Ketiga









Pasangan Sein dan Nana dinobatkan sebagai juara program pertandingan tarian, Sehati Berdansa pada Malam Kemuncak Sehati Berdansa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Pasangan suami isteri itu membawa pulang hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8) , pakej bulan madu ke Rom Itali beserta trofi setelah menewaskan pasangan Sazzy dan Nazril pada program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria itu.

Badan kebajikan yang diwakili oleh pasangan juara itu iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur pula menerima wang tunai berjumlah RM20,000.manakala koreografer pasangan tersebut juga, Bayu turut menerima hadiah pakej percutian ke Rom, Itali beserta sebuah trofi.

Dalam pada itu, naib juara badan kebajikan yang diwakili oleh iaitu Persatuan Parkinson Malaysia menerima wang tunai berjumlah RM 15,000.

Juara Sehati Berdansa malam tadi ditentukan 100 peratus berdasarkan undian SMS oleh penonton manakala Joseph Gonzalez, Linda Jasmine, Lisdawati dan Fauzi Nawawi bertindak selaku pengkritik pada program akhir itu.

Kedua-dua pasangan selebriti itu telah mempersembahkan dua jenis tarian iaitu Kurik Kundi dan Tarian Latin dengan bimbingan koreografer masing-masing.

kredit:mstar

Hairi Juara Pertama Anak Wayang


Dengan persembahan terbaik dan memenuhi ramalan ramai pihak, anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang.

Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi.

Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus.

Dengan kejayaan itu, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Manakala Hafiz pula memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.

"Syukurlah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong saya sepanjang bertanding dalam Anak Wayang. Saya terharu kerana segala usaha keras serta didikan tenaga pengajar telah membuahkan hasil," jelas Hairi

Pentas final Anak Wayang yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104 malam tadi seperti biasa menjemput Rashid Sibir dan Nasha Aziz sebagai pengkritik tetap selain Erra Fazira sebagai juri undangan.

Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.

Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.

Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi.

Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. Apapun, acara siaran langsung ini telah dihoskan oleh pelakon Rusdi Ramli dan Nurfazura sementara Zainal Alam Kadir pula mengendalikan acara karpet merah sebelum pertandingan berlangsung. Ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon siri Kecuali Cintamu.

kredit:murai.com