Nov
26

Lan kristal akan berkahwin 6 Disember ini

Lan Kristal (Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan bakal isteri, Ain (Nur Sheila Hassim) dah menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media. Majlis di rumah Ain akan diadakan pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur. Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi ...
Nov
24

Ida Nerina-Sha'arin Sudah Lebih Dua Bulan Tidak Tinggal Sebumbung

Sebutan kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin telah mengarahkan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari mewakili Sha’arin untuk melayangkan surat saman agar pelakon itu hadir ke ...
Nov
22

Nora Danish akan di saman?

NAMPAKNYA krisis yang berlaku antara pelakon Nora Danish dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. masih belum berkesudahan. Sepanjang minggu lepas banyak akhbar melaporkan kesedihan produser syarikat itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa atau Kak Ton yang kecewa dengan tindakan Nora. Nora menarik diri membintangi drama bersiri Spa Qistina gara-gara dia bertembung dengan Fasha Sandha di lokasi pada hari penggambaran. Dia merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang dipersetujui. Mengikut perjanjian awal, tidak ada adegan bersama atau mereka tidak akan bertemu muka sepanjang penggambaran berlangsung. Tapi macam Kak Ton jelaskan sebelum ini, soal penggambaran tidak boleh nak dijangka. ...
Nov
21

mamat- saya tidak bersalah

Bekas anggota kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat yang ditahan atas dakwaan mencuri telefon bimbit seorang pelakon tempatan pada Jumaat minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jaminan malam kelmarin. Mamat dipercayai diikat jamin oleh bapa saudaranya yang menetap di sini sekitar jam 8 malam di Balai Polis Bedok. Polis mengesahkan penyanyi yang terkenal lagu Oh Ibu sudah bebas tetapi siasatan masih dijalankan. Penyanyi itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau juga dikenali sebagai Amy Kecik membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumah beliau pada pagi Jumaat minggu lalu. Amy Kecik ketika dihubungi mahu menarik ...
Nov
20

Faizal Tahir muntah darah

Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara. Faizal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital. "Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah. "Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor ...
Nov
20

Hos program mistik didenda berkhalwat

Seorang hos program mistik televisyen yang melarikan diri daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tubuh hanya dibalut kain langsir didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah dia mengaku berkhalwat dengan tunangnya, seorang penolong penerbit TV, pada Jun lalu. Hakim syarie, Ghazali Ahmad turut mengarahkan Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dihukum penjara tiga bulan ...
Nov
19

Penyanyi popular M'sia ditangkap curi telefon di Singapura

SEORANG penyanyi rok popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura. Telefon bimbit terpakai yang lesap itu - yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 - dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu. Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari semalam mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang. Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu. Pada sekitar 8 pagi 14 November ...
Nov
18

kami tak gaduh- Dira & Sazzy

Sazzy kononnya dikatakan tidak berpuas hati dengan Dira yang dikatakan sanggup berhabis duit untuk mengundi diri sendiri bagi meraih tempat tertinggi dalam undian bagi program tersebut. Lalu, Sazzy meletakkan rasa ketidakpuasan hatinya itu dalam status laman web sosial, Facebook tanpa merujuk nama peserta yang dimaksudkan. Sazzy dalam statusnya berpendapat seseorang itu tidak perlu berhabis wang untuk mengundi diri sendiri, biarlah masyarakat luar yang mengundi. Dira kemudian dikatakan membalas semula status Sazzy itu melalui ruangan nota di laman Facebooknya pula. Selepas itu, kedua mereka mendapat komen dan kritikan hebat daripada peminat masing-masing. Beritahu Sazzy, apa yang ditulis ...
Nov
16

Nora Danish: Orang Ingat Saya Lembut, Boleh Pijak Kepala Saya!

JIKA dulu, pelakon Nora Danish selalu mengambil langkah ‘selamat’ dan mendiamkan diri saat disoal tentang kisah peribadi seperti kontroversi penceraiannya. Biar apa pun helah media, dia tetap tidak mahu memberikan komen dan terus-terusan membuat penafian sehingga terungkainya kebenaran. Lantas, apabila tercetusnya isu dia tidak profesional dan menarik diri dari drama ‘Spa Qistina’, mudah pula Nora memberikan penjelasan ...
Nov
12

zahida rafik seksi giler

...
Nov
12

Mamat sudah lafaz cerai

PERGOLAKAN rumah tangga penyanyi Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist, nampaknya belum menampakkan tanda-tanda untuk ke penghujung meskipun sebelum ini Mamat menyatakan masih ada harapan untuk berbaik semula dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila). Dakwaan Mamat seperti disiarkan dalam Kosmo! pada Isnin lalu dipertikaikan oleh isterinya. Malah Shila juga mendedahkan bahawa hubungannya ...
Nov
10

gambar baby Intan Sarafina-Megat Evan Raez

...
Nov
10

Fazura gagal tuntut ganti rugi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan pelakon dan pengacara Nor Fazura Sharifudin dengan kos kerana dia telah gagal membuktikan kenyataan dalam akhbar Mingguan Warta Perdana adalah fitnah. Oleh yang demikian, tidak timbul soal dia menanggung kerugian akibat laporan akhbar itu. Semalam, Fazura memberitahu dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah ...
Nov
9

Lebih 1,000 hadiri majlis perkahwinan Tam Spider-Aida

Lebih 1,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam dan isterinya, Aida Mustafa yang berlangsung di Dewan Komuniti di Pekan Nanas, di sini, hari ini. Berkonsepkan tradisional dan moden, majlis bersejarah penyanyi itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, ...
Nov
9

gambar tunang nor aliah lee

...
Nov
7

Belum rezeki dapat anak

Sudah lebih setahun bergelar suami isteri, pasangan penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani dan Ekin (Nora' Asikin Rahmat) kini bagaikan belangkas, asyik bersama ke mana berpergian. Malah, ada kawan-kawan mereka memberitahu Mawi dan Ekin macam pasangan baru bercinta kerana selalu berkepit, langsung tidak berenggang. Tidak pernah merasa terkongkong memandang Ekin kini juga menjadi pengurusnya, Mawi merasakan ...
Nov
7

Betty gigit jari, kereta hilang dalam masa 10 minit

Kereta Satria GTI berwarna perak milik penyanyi dan pelakon Betty Banafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit. Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) ...
Nov
6

Noorkhiriah selamat bersalin selepas tiga tahun

Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini. Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu. “Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi. Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular ...
Nov
6

Fiqa Dinobat Juara Gadis Melayu Musim 2

Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu, yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur malam tadi. Bagi yang sempat mengikuti siaran langsung program realiti itu di TV9 sejak ...
Nov
6

Ibu Bising Almy Selalu Bergambar Dengan Fizz

Almy dan Fizz cuba mengelak untk mengambil gambar bersama,"Mak dia dah bising sebab kita kerap sangat bergambar bersama," kata pelakon berusia 30 tahun itu. "Iya-lah dia pun masih anak orang lagi. Kalau paksaan (ambil gambar), takpe. Tapi kalau sukarela tu, tak boleh," selorohnya. Kalau dah macam tu, bila lagi Fizz nak masuk meminang? "Kita berilah peluang pada dia untuk bekerja dulu. Dia nak berlakon, jadi artis. ...
Nov
6

Zaidi Omar terlanggar penunggang motosikal

Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW dalam satu kemalangan maut di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Batu Caves, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, berasal dari Pangkalan Kubur, Kelantan dikatakan menunggang motosikalnya melawan arus di lorong kanan lebuh raya berkenaan untuk ...
Nov
5

Lisdawati-Fauzi dapat bayi perempuan Nur Aina Fazneesya

Pelakon dan model Lisdawati telah selamat melahirkan bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang tadi di Hospital Islam Kampung Baru, di sini. Lisdawati atau Lis melahirkan bayi seberat 3.2 kg itu secara normal. Menurut suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, bayi dan Lis berada dalam keadaan sihat dan stabil. "Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam. "Doktor ...
Nov
5

Bekas isteri Hattan dakwa tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai

Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd. Abidin mendakwa dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai. Ketika ditemuramah di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Arianie, 38, memberitahu dia tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai dengan Hattan atau nama sebenar Mohd. Shukri Shahabuddin, 45, pada 2004. "Ini adalah tidak adil kerana saya telah mendiamkan diri ...
Nov
4

Nora Danish Maafkan Fasha Sandha?

Lebih setahun selepas perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli, Nora Danish nampaknya sudah bersedia memaafkan orang ketiga yang dipercayai ramai menyebabkan keruntuhan rumah tangganya, yang dibina tak sampai dua tahun itu. "Lama-kelamaan kita akan maafkan juga orang yang membuat salah pada kita, lebih-lebih lagi bila hati Nora ni lembut. Cuma Nora terkilan bila perkara itu diperbesarkan," dedahnya bila ditemui petang ...
Nov
4

Eira Syazira Bukan Punca Wan Sharmila Bercerai

"Ramai yang telah bertanyakan soalan yang sama. Saya tak tahu kenapa saya dilihat sebagai puncanya," jelas Eira Syazira bila ditanya jika perceraian pelakon 'Tari Tirana', Wan Sharmila dan suami Fazli Baharom ada kaitan dengan dirinya. Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan berita perceraian Wan dan Fazli. Walaupun Fazli sudah tampil ke depan untuk menafikan punca perceraian itu adalah kerana orang ketiga, ...
Nov
3

Shamsul-Hati sudah dimiliki!

Pasti ramai yang terkejut bila suara pengarah muda ini kerap didengar di corong-corong radio. Benar, kini Shamsul melangkah setapak lagi di bidang seni dengan mencuba nasib dengan mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Bidadari. Malah, Shamsul juga turut menyumbang suaranya dalam filem KL Drift 2 dalam lagu tema. "Sebenarnya memang saya dah lama nak keluarkan satu single untuk peminat, cuma masa saja tidak ...
Nov
2

Hati ibu kuat mengatakan jodoh Waheeda-Akhil kekal

IBU Waheeda, Asri Othman, 58, menganggap ‘kontroversi’ yang berlaku terhadap anaknya itu sebagai asam garam kehidupan seorang artis.Malah, dia berpendapat isu yang berlaku terhadap Waheeda dan Akhil turut dilalui oleh pasangan bukan artis.“Selama mana anak saya bergelar artis, gosip dan umpatan orang akan menjadi lumrah hidupnya.“Apa yang terjadi telah disusun dan saya tidak terlintas langsung akan berlaku seperti ini.“Nak ...